-->

Friday, June 30, 2006

Cerita AP (Approval Permit)

Terdapat dua jenis AP iaitu AP terbuka dan AP francais. Bagi AP terbuka, pemegangnya dibenarkan mengimport kereta baru dan kereta terpakai dari mana-mana sumber tetapi pemberian AP ini dihentikan pada 1988 manakala AP francais pula diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai perjanjian agensi eksklusif dengan pengeluar kereta asing.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada petang 18hb Julai 2005 yang lalu terdapat empat orang iaitu Tan SriNasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd. Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad, yang telah diberikan lebih 25,000 permit import (AP) untuk mengimport kereta mewah pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, Syed Azman, Mohd. Haniff dan Azzuddin menerima sejumlah 16,214 AP menerusi beberapa syarikat manakala Nasimuddin, pengarah urusan NazaMotor Group, memegang 9,412 AP kebanyakannya menerusi Naza Kia Sdn. Bhd.

Syed Azman dan Mohd Haniff mengimport kereta mereka menerusi syarikat-syarikat seperti Westcar Motorsport Sdn Bhd, Atlantic Star Auto Sdn Bhd, Auto Pacific Star Sdn Bhd, Go Smartstar Sdn Bhd, Global World Trade Sdn Bhd dan Territorial Star Sdn Bhd. Seorang lagi pemilik saham di Weststar ialah Azzuddin. Syarikat mereka mengimport kereta-kereta seperti Honda, Ford, Chevrolet, Smart, Suzuki Audi.

Syarikat-syarikat milik Nasimuddin ialah Naza Kia Sdn, Next Car Sdn Bhd, NZ Wheel (M) Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd dan Naza Brabus, yang mengimport kereta-kereta seperti Kia, Mercedes Benz, Peugeot, Ferrari, Modena, Maserati, Rolls Royce, Bentley dan Brabus.

Antara penerima lain dalam bilangan besar ialah HyumalMotor Sdn Bhd yang dimiliki oleh Berjaya Group Bhd, Sime Darby Bhd dan Tan Sri Vincent Tan yang diperuntukan 8,573 AP bagi kereta Hyundai.

Senarai meliputi 67,158 AP itu bagi tahun ini dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ekoran timbulnya kontroversi mengenai pemberian AP. Adalah suatu yang agak aneh senarai penerima AP tersebut tidak dikeluarkan oleh MITI meskipun isu AP di bawah MITI.

Mengapakah terdapat inidividu-individu tertentu seperti Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd. Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad, telah diberikan lebih 25,000 permit import (AP) untuk mengimport kereta mewah pada tahun ini dan apakah asas dan kriteria yang digunakan dalam pemberian AP tersebut ?

Bacalah lagi dari blog peguampas

No comments: