-->

Sunday, February 25, 2007

Pilihlah Yang Terbaik

Firman Allah yang bermaksud. "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun)."

"Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata) : "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." surah Al-Israa' ayat 23-24.

Mentaati ibubapa hukumnya wajib pada perkara yang maaruf dan memberi manfaat kepada keduanya. Tidak wajib mentaati makhluk pada perkara maksiat terhadap Allah atau memberi kemudaratan pada si anak. Wajib juga memelihara redha kedua ibubapa.

Perasaan tak puas hati ataupun berbeza pendapat tu memang biasa berlaku. Tapi jangan sampai berlarutan sampai mengeruhkan keadaan. Sebab perbezaan biasanya akan menyebabkan satu pihak mengalami kerugian. Apa yang disimpan didalam hati jangan dibiarkan lama2. Takut ia akan semakin membarah.

Namun semua tu tidaklah menghalang berlakunya perbincangan. Kalaulah pendapat dah sama, tidak perlu nak bincang. Tapi bila berlaku perbincangan, satu pendapat harus diterima. Bagi pendapat yang ditolak harusnya merasakan syukur. Apa yang kita rasakan baik, tidak semestinya baik untuk kita begitu jugak sebaliknya.

Kita boleh berbeza pendapat tapi dengan syarat kita sedang berada keadaan masing-masing mampu menerima pendapat orang lain. Tapi kalau awal2 lagi sudah diset dalam otak kita bahawa pendapat kita yang betul dan yang lain salah akan datang masalah.

Masa itu kita perlu lebih bersifat terbuka dan berlapang dada. Apatah lagi memang sifat kita bukan suka membantah atau melawan. Lebih2 lagi terhadap ibubapa. Semestinya juga di pihak ibubapa bersifat yang sama. Sedia mendengar pendapat anak-anak. Pokoknya, teruslah berbincang. Carilah pelan damai. Agar tidak ada yang terbuku dalam hati. Juga tidak ada pihak yang terluka.

Wallahua'lam.

[+] Read More

Saturday, February 24, 2007

Bukan Rajin Sangat

Bukan rajin sangat keje menjaga tepi kain orang ni. Kain sendiri pun tak berapa nak dijaga. Tapi masalahnya sekarang ni bila dah ramai sangat orang membukak kain di tempat awam. Takkan nak diam. Ni tak kira lagik yang main sorok-sorok...

Tapi PM kata tak usah intip maksiat orang. Hentikanlah menjaga tepi kain orang lain, sebaliknya berikan tumpuan menangani isu-isu lebih utama masyarakat Islam. -mstar

Kalau dulu perbuatan jaga tepi kain orang lain adalah istilah bagi orang yang suka cari aib, kaki korek rahsia dan menceritakan keburukan orang lain. Tapi akhir2 ni, maknanya dah berubah. Menjaga tepi kain orang lain ialah mengambil tahu hal orang lain dan sifat prihatin.
"Kenapa kita nak jaga tepi kain orang dengan ambil gambar mereka? Jawapannya, bukan nak jaga tepi kain orang, tapi bila dah selak-selak, kita nak suruh dia tutup-tutupkan" -bukunota
75 peratus dari 1137 undian bersetuju bahawa unsur-unsur positif dalam budaya “jaga tepi kain orang” wajar diamalkan ke arah mewujudkan masyarakat sejahtera dan bebas jenayah. -undian Bernama.com

Firman Allah bermaksud: "Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan." Al-Maaidah ayat 78-79.

Skuad intip: Perdana Menteri jangan campur tangan kuasa Raja-Raja Melayu

[+] Read More

Wednesday, February 21, 2007

Penyakit Bila Fanatik

Rupa-rupanya, apabila terlalu fanatik atau terlalu meminati sesuatu boleh menyebabkan datang berbagai penyakit. Sakit fizikal dan jugak mental. Sedih dan kecewa.

Tu belum kira yang kena sakit jantung. Berdebar-debar menyaksikan perlawanan dan tidak dapat menerima kekalahan team yang diminati. Terutamanya bila musuh tradisi.

Sakit hati bila dikutuk akibat team yang diminati kalah. Waduh... sakit jugak bila kena kutuk. Panas jer telinga. Dah minat nak buat camne. Kena terima jugak 'psycho war'.

Pada musim 1997-1998, hospital Careggi mengalami lonjakan jumlah pesakit setelah Fiorentina menderita kekalahan dalam sebuah pertandingan. Setelah diselidiki, diketahui pesakit mengalami masalah pada perutnya. Gangguan itu terjadi karena meningkatnya jumlah bakteria Elico - yang kemudian memicu seperti bisul - yang muncul karena terstimulasi suasana marah dan frust.

Kalau di Itali bukan satu nyawa yang terkorban kerana bola sepak. Raciti, Ermano Licursi dan Potenzo Gaetano Plaitano antara korban bola sepak akibat rusuhan penyokong.

"Saya fikir kondisi ini membuktikan kalau ramai orang di berbagai negara sangat mudah dipengaruhi oleh team kesayangan mereka. Itu bukan hanya mengganggu pikiran, tapi juga terjadi pada keseluruhan orang itu," -Dr Paul Bernhardt, Psikologi dari Universiti Utah.

www.detiksport.com

[+] Read More

Tuesday, February 20, 2007

Pondok Menjadi Istana

Bulan ni dilancarkan kempen mengisytiharkan harta untuk semua kakitangan kastam. Satu cadangan yang bagus. Tapi alangkah bagusnya kalau pemimpin tertinggi negara pun buat perkara yang sama. Takkan pegawai kastam jer yang kena istihar. Otai2 bila pulak.

Sebelum tu, Setiausaha Agung PPB yang baru, Ban Ki-Moon dah pun istiharkan harta ngan keluarga dia sekali. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hanya memiliki sebuah kereta berusia 30 tahun dan akuan bank kosong apabila mendedahkan aset miliknya. Wakil rakyat Malaysia?.

Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming yang tidak terurus pentadbirannya menyebabkan tentera dan kakitancan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya hancur.
Kalau rasuah haram dan babi itu juga haram. Tapi ramai yang sanggup makan rasuah tidak pula sanggup memakan babi
Tidak mustahil kerajaan yang ada pada hari ini pun akan tumbang kerana masalah yang sama. Bila yang memiliki pondok kecil mampu membina istana. Dari mana datangnya duit nak bina istana. Kalau gaji tak seberapa. Oh.. mereka mendapat hadiah, bukan rasuah. Hehe.

Memetik kata Ketua Pengarah pertama BPR, Tan Sri Harun Mahmud Hashim pada seorang bekas Menteri Besar.. ``Datuk, kalau Datuk makan rumput, minum air hujan saja dan setiap sen elaun disimpan masih tak boleh buat rumah macam ini".

http://info.gerakmalaysia.org/

[+] Read More

Thursday, February 15, 2007

Jom Tukar dan Menang

'Come on' lah rakyat Malaysia. Apalah sangat ngan Myvi kan. Korang dah lama kena camni kan. Korang kena memainkan jer. Manusia berpegang pada janji. Itu yang tertanam pada otak rakyat kita.
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu. Masihkan tunduk tersipu-sipu?. Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan.

Tapi seharusnya kita menyedari. Bilakah janji ditabur dan bilakah janji akan berkubur. Bagai menanam tebu ditepi bibir. Huhu. Masih ada hati lagi untuk bercerita tentang tanggungjawab.

Kempen ‘Jom Tukar dan Menang’ ni memang cantik. Harusnya rakyat kena ubah mentaliti masing-masing. Kena melihat kepada yang lebih besar lagi. Kena membuat pertukaran kuasa kepimpinan. Alihkan dari berpegang janji dengan 'si pelupa' dan yang sering melupakan.

Masa untuk menukar kerajaan yang ada akan tiba. Masa untuk meraih kemenangan berada ditangan rakyat Malaysia. So, tiba masanya untuk rakyat Malaysia merealisasikan kempen ‘Jom Tukar dan Menang’.

'Tawaran Myvi kurang bijak'
Shahidan gesa Radzi tarik balik perkataan ‘bodoh’

[+] Read More

Tuesday, February 13, 2007

Lupakan Saja

Dah lama teringin minum kopi kat Starbucks City Center. Hanya untuk merasa best ker tidak macam yang orang cakap. Tapi tak terpegi2 gak. Tau benda tu kena boikot. Tapi nak merasa sekali jer. Aku menggoda diri sendiri dan cuba menggoda housemate sekali. Hehe.

Hari ni aku dapat offline mesej dari bathal7 : Kpd Pengemar2 Cofee Beans N Starbucks...Tolong sebarkan yang baik. HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. Thank you.

U are welcome. Nasib baik. Pekena kopi bonjorno yang Suhaimi buat pun ok sebenarnya. Memujuk diri sendiri.

Nota Tambahan:

Howard Shultz, pengerusi Starbucks seorang zionis yang aktif.

Pada 1998 dia diberi penghormatan oleh Jerusalem Fund of Aish HaTorah dengan "Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award" untuk khidmatnya kepada negara zionis dalam "memainkan peranan penting dalam mempromosikan hubungan antara Amerika Syarikat dan Israel".

Dana Yerusalem Aish HaTorah membiayai senjata dalam pembantaian umat Islam di Jenin yang diketuai oleh - Jenderal Shaul Mofaz, dan laman web propaganda zionis - honestreporting.com.

Di waktu ketika perusahaan lain menarik keluar perusahaan mereka dari Israel, Starbucks memutuskan menolong memulihkan ekonomi Israel dan melabur ke dalam Israel - usahasama dengan konglomerat Israel, Delek Group untuk Starbucks di Israel (Shalom Coffee Co).

Sudah terdedah bahwa Starbucks masih terus mendokong Israel dengan menjadi penaja pengumpulan dana untuk Israel.

boycott starbucks

[+] Read More