-->

Wednesday, July 25, 2007

Kata Bersulam Dusta

Berdiri pemimpin itu di hadapan aku, dia, kamu dan semua. Dia berkata "mereka yang bersalah tidak akan terlepas daripada undang-undang negara."

Itu katanya. Tapi hakikatnya tidaklah begitu. Tapi kalau dia baik dengan sang pemimpin itu pastinya bisa terlepas juga. Tapi awas kamu rakyat jelata. Kalau kamu mencuri seposen pun takkan terlepas. Jaringnya bermata halus tapi reput. Ikan kecil tersangkut, ikan besar merobek jaring.

Pemimpin itu berkata lagi "rakyat di beri kebebasan tetapi kebebasan itu ada hadnya"

Indah kata-katanya. Sebenarnya dia nak katakan "kamu semua tak bebas. Jangan cuba-cuba nak lawan saya." Senang cerita. Tapi takut kelihatan macam zalim sangat, kena cover jugak.

Pemimpin itu mengingatkan lagi "kami telah bertoleransi dan rakyat bebas untuk mengatakan apa sahaja tapi perlu memikirkan kesannya kepada masyarakat."

Sebenarnya dia ingin mengatakan "aku hanya bertoleransi pada sebahagian perkara yang memberi keuntungan pada ku. Kalau tidak, aku akan katakan itu adalah pemecah belah masyarakat."

Pemimpin itu berkata lagi "aku begitu toleran terhadap pendirian anti kepada aku dan kritikan yang dibuat, aku amat bimbang kepada kenyataan yang menghina agama dan berbau perkauman sehingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat."

Semakin hebat ucapannya. Tetapi sebenarnya rakyat dalam keresahan atas serangan terhadap agama Islam tanpa pembelaan. Siapa yang beriya-iya berjuang atas nama perkauman dan bangsa. Di manakah ruang untuk rakyat menyatakan kritikan? Televisyen? Radio? Surat Khabar?

Pemimpin itu berkata dengan tegas, "Atas nama kebebasan, rakyatku membenarkan fitnah, pembohongan, maki hamun, kata-kata kesat, keji dan kenyataan bersifat perkauman disampaikan tanpa mengambil kira kesannya kepada masyarakat."

Aku suka ucapan ini. Memang benar, ucapan anti pemimpin itu disorot dan diteliti. Dicari mana salahnya. Penyampainya akan ditangkap. Akan dikenakan hukuman. Biar berkurang ancaman. Biar mereka merasa ketakutan.

Cuma ucapan dia dan kawan-kawannya tidak perlu begitu. Katakanlah apa korang nak kata. Kerana korang berada di pihak pemimpin itu.

2 comments:

Anonymous said...

Salam.. wah, sudah tegar mengungkapkan kata2 penuh puitis nampaknya..

Am said...

alhamdulillah..amat hebat puitis