
Saturday, April 29, 2006
Amaran Windows Ciplak

Posted by
Da Munique
at
1:23 AM
0
comments
Labels: Komputer
Monday, April 24, 2006
Roboh Di Zaman Hadhari
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh apa di kata
Badan dan nyawa hamba serahkan
Pantun ni dikategorikan pantun jihad dan perjuangan oleh Abu Raudhah. Tapi ada gak yg guna sebagai pantun cinta. Cinta gila babi ler tu. Tapi aku bukan nak cerita pasal pantun ni. Sebab Abu Raudhah dah ulas bab tu. Cuma nak mengimbau beberapa peristiwa yang berlaku di tanahair terutamanya peristiwa robohnya Masjid RTB Kampung Bujal hampir setahun berlalu. Roboh.
Kat bawah ni beberapa peristiwa berlaku dalam era pemerintahan kerajaan Islam Hadhari. Apakah ini balasan kepada rakyat kerana mereka menyokong hadhari.
18 April 2006 - Rumah penduduk Kampung Desa Mukmin Permai.Batu 7,Jalan Gombak dirobohkan >>
17 April 2006 - Surau Seksyen Dua, Taman Bandara Puteri Jaya ( Sungai Petani ) yang masih dalam pembinaan dirobohkan >>
5 April 2006 - Lebih 40 buah rumah kawasan setinggan Kampung Dato' Harun, Petaling Jaya dirobohkan >>
5 April 2006 - Majlis Daerah Setiu (MDS) merobohkan gerai milik 14 peniaga ikan di Kampung Penarik >>
15 Mac 2006 - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) meroboh dan merampas sejumlah khemah rakyat miskin >>
14 Februari 2006 - Sekumpulan penguat kuasa MPAJ telah merobohkan rumah-rumah peneroka bandar di AU 3, Hulu Klang >>
16 November 2005 - Gerai peniaga bumiputera di Bazar Mara Jalan Laksamana dirobohkan >>
26 Mei 2005 - Masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal dirobohkan >>
Jais merampas dan meroboh lebih tujuh masjid dan surau di sekitar negeri Selangor. Antaranya, Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas; Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Al Hidayah Kelana Jaya, Masjid Al Munawwarah Shah Alam, Surau Ar Rasyidin Gombak dan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. >>
Lebih daripada 1,200 buah masjid dan musolla milik umat Islam telah dirobohkan oleh tentera Israel sejak menjajah bumi Palestin pada tahun 1948. >>
Posted by
Da Munique
at
12:41 AM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Wednesday, April 19, 2006
Ketam Punya Cerita

Lebih kurang 15 tahun dulu.. diceritakan bahawa seorang raja memerintah di muka bumi ini. Namanya tidak pula dikhabarkan. Begitu juga dengan negeri kekuasaannya tidak dapat dipetakan. Mungkin cerita ini hanyalah rekaan jenaka dan teka-teki buat kanak2 di zaman itu.. Tapi hamba tak dapat nak cari keshahihan cerita ni..
Pada suatu hari.. tukang masak di dapur istana bertanya. Apakah masakan yang ingin disantap oleh tuanku tengahari ini? Belum sempat dijawab. Datanglah pula tukang kayu. Tuanku... kayu sudah siap digergaji tuanku. Belum sempat memberi perintah. Petani pula datang. Tuanku... padi semua telah masak tuanku. Lantas dijawab. Ketammmm...
Setelah beberapa tahun berlalu... ada lagi cerita pasal ketam. Kali ini mengenai perbezaan antara ketam cina dan ketam melayu. Ringkas cerita pasal beza ketam2 ni ialah ketam cina kena tutup bekasnya. Ketam melayu takyah tutup pun takpe. Sebab kalau seekor ketam melayu ni nak kuar. Ketam yang kat bawah akan tarik. Bagi jatuh. Kalau lepas keluar. Blah gitu jer. Taknak tolong member2 ketam yang lain. Kalau ketam cina nak keluar. Ketam yang lain akan bantu dia naik bekas tu dan yang di atas akan tolong yang di bawah naik.
Hamba pun taktau betul ker tidak citer ni. Tapi kalau tukar perkataan 'ketam' tu kepada 'orang'. Hamba rasa betul jugak adanya cerita itu hakikatnya. Kasihan kepada orang Melayu yang berjuang atas dasar kebangsaan. Meninggalkan Islam sebagai cara hidup mereka. Kemulian itu milik Allah.
Posted by
Da Munique
at
11:09 PM
2
comments
Labels: Bingkisan
Monday, April 17, 2006
Macam Sama Jer

Seorang anggota polis Bangladesh membelasah wartawan veteran ketika waktu rehat perlawanan kriket di antara pasukan Bangladesh dan Australia di Stadium Chittagong, semalam.
Mereka bertindak sedemikian sebagai susulan terhadap tunjuk perasaan yang dilakukan oleh para wartawan sebagai memprotes tindakan polis Bangladesh, memukul seorang jurugambar Shammul Haque Tanku di pintu masuk stadium. [ utusan ]
TERSUNGKUR BUKANNYA HINA...

Demi kerana hak rakyat dicabuli, walaupun dipaksa menyembah bumi, digari dan ditahan, semangat rakyat tidak akan dipatahkan. Seorang yang ditahan, seribu lagi akan tampil menentang kezaliman dan penindasan. Rakyat akan teruskan protes menentang kenaikan harga minyak. [ web PAS ]
Situasi berbeza. Tapi tindakan hampir sama. Kenapa cuma di Bangladesh situasi ini dikatakan kejam. Sedangkan di negara kita kenapa tidak?. Aku rasa sama jer...
Posted by
Da Munique
at
4:13 AM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Saturday, April 15, 2006
Projek Gajah Putih
Kenapa letak nama gajah putih? Dulu2 cuma golongan diraja sahaja yang boleh memiliki gajah putih di Thailand. Di negara kita. Rata2 'gajah putih' masih dibela orang2 yg memiliki kuasa. Lebih kurang macam zaman dulu jugak. Senang cerita, projek gajah putih ni adalah gelaran bagi projek yang membazir. Sesuatu yang mahal tidak berguna.
Bila search kat internet sure jumpa banyak citer pasal Projek Gajah Putih ni. Paling hot sekarangni pasal Jambatan Bengkok atau Scenic Bridge itu menelan belanja RM620 juta. Kat Johor. Bumi kelahiranku yang nyaris2 menjual 50juta meter padu pasir kepada Singapura dan membenarkan ruang udara untuk pesawat tentera SAF.
Pembatalan projek Jambatan Bengkok ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada Gerbang Perdana sebanyak RM100 juta. Duit kerajaan tu duit kita. Kita kena membayar atas kelemahan kerajaan. Lemahnya siapa yang menyokong lagik kerajaan yang ada.
Bila membaca tulisan Ibrahim Baba mengenai Projek Marina Harbour di Kuala Kedah. Siapa yang untung dengan pembelanjaan RM200 juta untuk Monsoon Cup? Siapa akan untung dengan perbelanjaan yang sudah mencecah RM200 juta untuk Pusat Sukan Kuda di Kuala Ibai? Dahsyat..
Apa kena mengena Projek Gajah Putih dengan Villa Shakira? Siapakah empunya Villa Shakira? Korang gi tengok ler sendiri.. Fikir2kan lah..
Posted by
Da Munique
at
8:08 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Monday, April 10, 2006
Kenapa Mesti Takut..
Mungkin perkara yang aku alami, tak semua orang merasainya. Tapi yang aku pasti mesti ada yang sama perasaannya dengan aku. Takkan aku sorang2 jer. Takut bertandang dalam perasaanku...
Semalam komputer aku 'infected' dengan spyware. Sedih pun ada. Letih pun ia juga. Sedih sebab baru jer lepas install windows. Dah kena. Letih kerana nak cari jalan penyelesaian masalah aku ni. Sebenarnya aku takut kalau2 spyware itu mendatangkan masalah terhadap aku. Walaupun masalah tu, aku yang cari sebenarnya.
Pelik tapi benar. Kalau ada 'alert' mengatakan komputer aku ada spyware. Lepas tu dia [alert] promote satu perisian konon2nya untuk membantu masalah aku tuler. Rupa2nya spyware tu dia yang punya. Baik punya cilokz. Nasib baik wa tak kena beb. Cari perisian lain.
Iktibar dari masalah aku ni...
Pertama: Kita akan takut kalau kita tahu. Aku tengok budak2 lain selamber jer. Kebal agaknya. Takyah nak install anti spyware pun. Kita tak takutkan Allah mungkin dengan sebab kita tak tahu, mungkin jugak dah bebal. Pastinya Ulama' itu lebih takutkan Allah.
Kedua : Kadang2 yang ingin membantu itu sebenarnya membawa masalah. Macam 'alert' tadi ler kan. Macam tu jugak syaitan itu cuba membantu. Sebenarnya cuba membantu menyesatkan kita lagi ada ler. Syaitan manusia? Lebih kurang sama ler. Dah namanya syaitan.
Ketiga : Kita sebenarnya banyak benda lagik tak tahu. Kena ambil tahu. Bukan tunggu diberitahu.
Posted by
Da Munique
at
5:28 PM
0
comments
Labels: Komputer
Saturday, April 8, 2006
Angka-angka Terbilang
Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menduduki ranking ke 39 dengan indek 5.1 berbanding Singapura ranking ke 5 dengan indek 9.4 [ baca ]
Dewan Rakyat menjadi riuh seketika semalam apabila M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mendakwa Ahli Parlimen Sungai Siput, Dato' Seri S. Samy Vellu memiliki rumah bernilai RM5.6 juta di kawasannya (Sungai Siput).[ baca ]
Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih tidak dibebaskan walaupun sudah hampir 6 tahun. [ baca ]
Seorang pakar undang-undang perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa berpendapat adalah menjadi satu kewajaran bagi 9 menteri bukan Islam yang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri baru-baru ini meletak jawatan. [ baca ]
Mengikut 2004 Durex Global Sex Survey, gadis Malaysia kehilangan dara mereka pada purata usia 19.3 tahun. [ baca ]
Bilangan gadis Melayu yang bekerja sebagai tukang urut di rumah-rumah urut di sekitar Lembah Kelang mencecah 5000 orang [ baca ]
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid [ baca ]
Sejak tahun 1988 hingga 2005, seramai 289,763 orang penagih dadah telah dikesan di Malaysia. Jumlah ini amat menggerunkan kerana ia merupakan 1% daripada jumlah penduduk negara [ baca ]
64,439 rakyat Malaysia dijangkiti HIV, 9,442 kes AIDS dan 7,195 yang telah mati kerana AIDS. [ baca ]
Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini. [ baca ]
Posted by
Da Munique
at
11:17 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Tuesday, April 4, 2006
Tudung Bukan Sekadar Fesyen

Dan katakanlah ( wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman : hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka (daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai oang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan, kemenangan atau kebahgiaan yang hakiki." ( surah An-Nur ayat 31)
Posted by
Da Munique
at
3:26 AM
0
comments
Labels: Tazkirah
Sunday, April 2, 2006
First Hijab-clad Presenter on Danish TV

"I'm seeking to project a good image about hijab-clad Muslim women in Denmark," Asmaa Abdol-Hamid told IslamOnline.net Friday, March 31.
Asmaa, 24, appeared for the first time on the small screen on Wednesday, March 29.
The young lady has grown up in Denmark since she was six years old.
"I'm proud to be a Danish Muslim of Palestinian origin," said Asmaa, who is doing an MA in sociology.Asmaa believes that her hijab will be the talk of the audience at the very beginning.
"But I'm confident that with the passage of time they would come to realize my distinct personality and presentation."
Posted by
Da Munique
at
1:48 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Saturday, April 1, 2006
Laman-laman Yang Mengelirukan
Mohon agar pesanan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!! Jika tidak... maka akan ada Muslim di dunia ini saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu mohon dengan sangat agar dapat menyebarkan pesanan ini..
Waspadalah terhadap website di bawah ini:
1. www.answering-islam.org
Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan.
Posted by
Da Munique
at
2:05 PM
0
comments
Labels: Boikot
Tipah Kata..
Posted by
Da Munique
at
8:52 AM
0
comments
Labels: Bingkisan