-->

Saturday, July 14, 2007

Apa Boleh Buat?

Jika anda mendengar seorang pemimpin paling power dalam negara anda berkata demikian: “Keluar Islam bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Ia pernah berlaku sebelum ini. Untuk sesiapa yang tidak mahu beragama islam lagi, apa yang boleh kita buat?” [harakahdaily]. Apakah perasaan anda? Apakah anda inginkan pemimpin seperti ini terus menerajui negara anda?

Jika anda mendengar seorang mufti di negeri anda menjawab apabila ditanya mengenai ada orang yang ingin murtad, dia menjawab: "biarlah, biar dia clear, dia kafir..." dan dalam klip yang sama dia mengucapkan: "kalau dia nak murtad juga, apa kita boleh buat. dari kita menyimpan munafik yang duduk dalam agama, kita biar dia declare diri dia secara terbuka, dia kafir. keluar dari agama..." [youtube]. Anda boleh menyaksikan klip itu. Kalau aku salah memahami tegurlah aku.

Ucapan dari orang yang berbeza... tapi membawa makna yang hampir serupa. Aku taktau siapa belajar dari siapa atau siapa yang mengajar siapa. Kenapa harus biarlah dan apa boleh kita buat jawapannya. Agaknya murtad bukan satu jenayah. Tapi inilah nasib umat Islam di negara kita. Kalau rakyat berhimpun dengar ceramah, demonstrasi tau pulak nak antar FRU. Menyokong parti pembangkang lebih mendatangkan masalah dari sesapa nak murtad.

Sheikh Abul Hassan Ali Al Nadwi telah menulis dalam risalahnya "Gejala Riddah Mengapa Tiada Abu Bakar Memeranginya" menyatakan: "Di kebanyakkan negara orang-orang Islam hari ini, kita akan dapati sebahagian besar daripada orang-orang yang memegang teraju pemerintahan, terdiri dari pemeluk-pemeluk agama baru ini, sungguhpun cara mereka bertaqlid agak berlainan. Boleh jadi di antara mereka ini ada yang mengakui beragama Islam, tetapi dengan lisan sahaja sedangkan perbuatan mereka dipengaruhi oleh falsafah kebendaan dari barat yang menjadi asas penting bagi faham Mulhid (atheism).

Kalau Fabio Capello dengan gaya sepakbola ultra defensive berjaya membawa Real Madrid menjadi juara liga Sepanyol pun tersingkir dari jawatannya, hanya kerana tidak memberikan gaya permainan yang diharapkan. Itu baru sebuah kelab bolasepak. Tapi bagaimana seorang pemimpin negara tidak tahu nak buat apa kalau rakyat negaranya murtad. Nampaknya rakyat kena tahu nak buat camne. Jangan anda pun join sekali berkata, biarlah... apa boleh buat.

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

Ertinya : Ingatlah akan hari kiamat Yang padanya ada muka orang-orang menjadi putih berseri, dan ada muka orang-orang menjadi hitam legam. Adapun orang-orang Yang telah hitam legam mukanya, (Mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu". surah Ali-Imran 106

1 comment:

Ibnu Ali said...

Tiada apa lagi yang hendak diharapkan oleh kepimpinan Dolah. Lihat sahaja kenyataan beliau. Langsungtidak mencerminkan seorang muslim yang mukmin.

Terang dan jelas seorang fasik memerintah negara. Ya Allah, campakkanlah kesedaran kepada Dolah.

Namun masih ramai lagi di antara kita masih tak sedar. Bahkan diorang tak amik tahu pun dengan ucapan2 kuangajor PM kita ni.

Sebenarnya kata2 kuangajor ni bermula dari era kepimpinan Mahathir. Namun masih ada yang mngaguminya.

Hai Nadi UMNO mesir kalo tak sedar, den tak boleh kato apo lah.