-->

Friday, May 5, 2006

Bila Hilang Kawalan

Cukup menakutkan kalau manusia ketika memandu hilang kawalan, kebarangkalian nyawa yang akan terkorban hanyalah sifar, satu mungkin juga sampai beratus. Begitu juga kalau kapten pesawat, kapal laut, keratapi hilang kawalan, kebinasaan mungkin mencapai ribuan nyawa terkorban.

Tapi lebih menggerunkan bila manusia sendiri yang hilang kawalan. Akal fikiran tak mampu lagi dipandu. Nafsu pula terus memacu syahwat yang melulu. Akhirnya korban yang tak berkesudahan. Dendam yahudi berlalu beribu tahun tanpa pernah padam apinya. Kesumat Nasrani masih segar dan dibaja, membenih kesesatan. Umat Islam menjadi mangsa.

Amat mengerikan lagi bila umat Islam yang hilang kawalan keimanan. Akal fikiran melayang tanpa ikatan. Melewati batas kewarasan dan keinsanan. Hanya kerana sebuah perselisihan mengakibatkan pembunuhan dan peperangan. Cukuplah sejarah hitam yang ada. Anak kecil bermain api, akhirnya membakar diri sendiri...

Teringat bicara teman, yang menukilkan kata-kata Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi... "kereta yang dicipta manusia kadang-kadang akan melanggar himar. Tetapi himar yang dicipta oleh Allah, tidak pernah melanggar kereta" lebih kurang camtulah.

No comments: