-->

Sunday, September 24, 2006

Madrasah Ramadhan

Sedari atau tidak. Ramadhan telah datang lagik. Macam baru jer berlalu. Bulan kerahmatan didatangkan. Mendatangi. Berkunjung. Tapi apakah ianya disambut dan dinanti. Tanyalah pada diri. Adakah gembira dengan kunjungan ini.


Mungkin tak berlaku pada semua. Tapi kan kelakar kalau ada orang yang dihari pertama mereka berpuasa. Setelah bersahur, mereka telah berbicara pula tentang apakah juadah untuk berbuka. Memikirkan cara paling mudah untuk melalui siang hari Ramadhan. Lucu tapi kalau orang tau buat malu jer.

Semoga semua umat Islam bergembira. Orang Israel pun gembira dengan kedatangan Ramadhan. Sebagai contoh, kurma Israel telah dieksport ke Perancis. Kiranya petani Israel pun gembira. Orang cina pun gembira jugak. Diorang dah standby kan mercun2 utk dieksport ke negara2 umat Islam. Tapi kalau ada orang Islam pikir bulan Ramadhan ni untuk mengaut keuntungan semata-mata. Takde bezalah ngan orang Israel yang tanam kurma tuh.

Ramadhan mengajar erti ketaatan. Hanya antara kita dan Allah. Orang lain mungkin tak nampak. Tapi Allah yang menilai puasa kita. Sejauh mana keinginan kita berpuasa. Atau hanya menjaga mulut dan perut sahaja. Menjaga lapar dan dahaga.

Ramadhan mengajar erti persaudaraan. Kita membayar zakat. Kita memberi makanan. Biarpun cengkodok atau lempeng cuma. Kita bersedekah walaupun seposen. Tidak perlu tunggu yang lazat atau tunggu nilai berjuta. Biar orang lain merasa mereka masih ada saudara. Biar keimanan yang menjadi pengikat persaudaraan ini dihargai.

Ramadhan mengajar erti kesakitan dan keperitan. Kita memiliki. Tapi kita dilarang menggunakan. Kita ada macam2 dalam peti sejuk. Tapi jangan dimakan. Tapi orang lain tidak memiliki. Mengais dan mencari. Kehidupan yang penuh dengan kehausan dan kelaparan.

Ramadhan mengajar erti kesabaran. Kerana kita diajar berpuasa pada siang hari. Disuruh diakhirkan bersahur. Disunatkan berbuka diawal waktunya. Hanya perlu bertahan beberapa ketika. Susah ketika disiang hari. Senang ketika berbuka. Susah ketika di dunia. Gembira di akhirat sana.

Moga Madrasah Ramadhan kali ini mengajar kita untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Agar rahmat, keampunan dan terlindung dari azab neraka diberikan kepada kita. Selamat Berpuasa.

No comments: