-->

Wednesday, September 6, 2006

Tolonglah! Bantulah! Sedarlah!

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Hrkh) - Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) merayu agar umat Islam di negara ini menandatangani Petisyen Sokongan Memorandum Anti Murtad yang akan diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Setiausaha Eksekutif Forkad, Abdullah Karim ketika menghubungi Harakahdaily berkata, kempen menandatangani memorandum itu masih giat dijalankan memandangkan jumlah tandatangan yang diterima belum mencapai matlamat iaitu satu juta.

Katanya, individu yang hendak menurunkan tandatangan boleh melayari laman web di alamat: www.myislamnetwork.net dan kempen ini akan berakhir pada 12 September ini.

Frokad merupakan salah satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah NGO pembela Islam (Pembela) dan berhasrat untuk mengumpul sejuta tandatangan umat Islam untuk menyokong memorandum anti murtad.

Abdullah juga turut menggesa PAS cawangan dan kawasan di seluruh Malaysia mencetak borang tandatangan daripada laman web tersebut kemudian diagihkan kepada ahli PAS.

"Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet boleh mencetak borang dari laman web dan mengagihkannya kepada ahli PAS serta kemudian diposkan kepada ibu pejabat Abim," jelasnya.

Sementara itu, Abdullah mengutuk tindakan mereka yang menyebarkan 'e-mel' dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang berbaur ugutan terhadap Peguam Malik Imtiaz.

Tambahnya, beliau turut menafikan dan menolak 'e-mel' yang cuba melibatkan Forkad dalam perbuatan ugutan itu.

Download [ BORANG SOKONGAN ] atau [ PETISYEN ONLINE ]

No comments: