-->

Friday, March 30, 2007

Biarkan Luka Berdarah

Ada orang menyangka Air Mata Berembang sebuah tajuk drama melayu tempatan. Tapi bagi aku itulah episod drama yang benar-benar terjadi tetapi tidak ditayangkan di kaca tv. Ramai orang taktau dan tak ambil peduli sebab ianya takkan keluar kat tv dan ramai yang tak ambil peduli. Bukan kampung mereka yang kena.

Kalau ditayangkan, aku percaya ianya akan mampu mengalahkan program realiti yang lain. Kerana ia adalah realiti sebenar kehidupan masyarakat Melayu di kawasan bandar yang mula ternafi hak mereka. Kalau di tv sibuk mencari potensi penghibur yang baru, di Selangor khususnya tanah-tanah yang berpotensi terus dicari. Program realiti yang tidak memerlukan undian sms dari anda. Tapi sms2 lah untuk memberitahu rakyat yang lain.

Episod drama Kampung Berembang, Kampung Semarak, Kampung Rimba Jaya, Kampung Wira Damai, Kampung Banjar dan Kampung Kassipillay antara drama yang menggambarkan bagaimana impian "setinggan sifar" dilaksanakan.

Membaca cerita atau berita memang tak sama dengan menonton cerita. Ketika seorang kawan minta dicarikan video Duka dan Lara Kampung Berembang, rupanya dah banyak episod telah ke udara tetapi hanya dapat dilayan bagi siapa yang memiliki kemudahan.

Mungkin kita lebih tau tentang cerita bagaimana jentolak merobohkan rumah-rumah di Palestine. Kita akan mengutuk kezaliman Israel kerana merobohkan kediaman dan merosakkan harta orang Islam. Tapi kisah yang hampir sama berlaku kepada penduduk setinggan bandar yang menghuni rumah mereka sejak berpuluh tahun. Bezanya mereka beragama Yahudi dan di tanahair mereka melaung-laungkan Islam Hadhari.

Kalau Israel meroboh rumah orang Palestine yang telah didiami sejak berkurun lamanya kerana mereka mendakwa tanah itu adalah milik datuk moyang mereka. Mereka akan dirikan kediaman baru untuk rakyat Israel. Di Malaysia mereka dinafikan hak mereka dengan alasan mereka menghuni di tanah kerajaan. Mereka tinggal dalam khemah bagaikan pelarian.

Lacrima (baca: airmata) dan kesedihan melanda penduduk kampung setinggan membentuk luka yang amat pedih. Bagi yang hanya menonton videonya cuma turut merasakan perkara yang sama. Kerana ini bukan filem Bilut yang menggambarkan bagaimana kerajaan memberi hutan untuk rakyat. Tapi drama ini mengisahkan bagaimana kerajaan tanah bandar dari tangan rakyat.

Kekecewaan rakyat yang selama ini menyokong kerajaan selama berpuluh tahun, suatu masa dulu dia berjuang untuk kemerdekaan negara menghalau komunis. Ada yang sanggup bergadai nyawa ketika peristiwa 13 Mei 1969. Rumahnya dirobohkan hinggakan mereka merasa sebagai pendatang asing. Kalau pendatang asing berhak mendapat keistimewaan di negara ini. Sebagai rakyat negara ini, kehilangan hak mereka merupakan sesuatu kekecewaan dan kelukaan.

Apa yang diharapkan kelukaan ini tidak segera sembuh. Kalaupun mampu disembuhkan, harap-harap parutnya tidak dilupakan. Mereka telah menyedari bagaimana kerajaan datang kepada mereka ketika pilihanraya. Merayu kepada setiap orang agar memberikan undi mereka. Pandanglah kepada luka yang ada. Bijaklah ketika membuat pilihan. Apakah memang benar melayu mudah lupa.

Sifar setinggan, agenda sifarkan Melayu miskin dari bandar - wakil BN
'Padang jarak padang tekukur' di Kampung Berembang

2 comments:

Ibnu Ali said...

Salam maulidurrasul..

Teringat kenangan orang-orang setinggan yang dihalau. Masalah mereka degil atau lainnya ditolak tepi dahulu. Cba check kenapa mereka berdegil?

Bagi kaum ku Melayu, tiada kata lain yang mahu aku simpulkan hanya dengan Islam Memerintah nescaya terbela nasib segenap makhluk.

Cita-citaku: Baldatun Toiyibatun Wa Robbun Ghafur

Da Munique said...

اللَّهمَّ صَلِّ على مُحمَّدٍ ، وَعَلى آلِ مُحمَّد ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلى آلِ إبْرَاهِيمَ ، إنَّكَ حمِيدٌ مجيدٌ

aku takut kalau rakyat malaysia yg terluka ni senang jer diubat ngan beras dua tiga kampit.. duit 2,3 ratus.. lupa kisah2 pahit diorang. bila dah kena baru lah nak menyesal sbb sokong dulu2..

rakyat malaysia yg cukup baik ni, takut ada yg amik kesempatan..