-->

Thursday, October 12, 2006

Lelaki Terakhir

Hari ni aku pergi temankan member pegi register adsl kat Yalla. Apa nak aku citer kat sini ialah pengamalan menarik aku kat Yalla. Bukan promosi. Tapi berharap suatu masa nanti, semua orang mementingkan Allah lebih dari yang lain. Islam bukan kat dalam masjid jer. Tapi kat mana-mana.

Aku sampai kat Yalla hampir masuk waktu zuhur. Ketika berurusan, azan berkumandang. Staf yang layan kitorang pun cakap "kita semayang dulu, lepas ni baru sambung balik". Kalau ikutkan urusan daftar tu taklah sampai 10 minit kalau nak disiapkan. Tapi inilah pengamalan yang diorang buat dan pengajaran yang aku dapat. Nak ajak orang semayang ni bukan keje pak imam dan pak bilal. Semua orang boleh buat.

Apa kena mengena Yalla dengan 'Lelaki Terakhir'?. Sebenarnya lepas solat zuhur tu ada tazkirah. Staf kat Yalla gak yang sampaikan. Ada buku tazkirah kat tangan staf tu. Agaknya semua staf kat situ kena bagi tazkirah. Aku agak jer. Sebab aku tak rajin nak bertanya.

Kisah lelaki terakhir masuk Syurga. Aku ingat ni sebab dah hujung2 tazkirah tu. Kisah diceritakan dalam hadith riwayat Abdullah bin Mas'ud r.a. Kisah tentang lelaki yang paling akhir dikeluarkan dari Neraka dan paling akhir masuk Syurga. Dia adalah ahli Syurga yang paling rendah kedudukkannya. Paling 'low' di antara 'high class'. Dalam keadaan merangkak dia mendatangi Syurga. Allah suruh dia masuk. Lelaki tu masih ragu-ragu. Allah memerintahkan dia masuk Syurga. Berulang-ulang. Bagi lelaki itu Syurga seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya.

Dapat tanah sekangkang kera pun dah suka gila bangkong. Inikan pulak Syurga yang besarnya sepuluh kali ganda dunia. Bestnya.

Lelaki itu berkata. Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. Subhanallah.

Ramadhan pun dah masuk sepertiga yang akhir. Moga Allah melepaskan kita dari azab api Neraka. Kena wap pun dah panas. Lom lagik kena api. So, kena lah cari something yang boleh melindungi dari api neraka. Sebelah kurma pun ok. Nanti Allah pandai kira.

No comments: