-->

Sunday, February 25, 2007

Pilihlah Yang Terbaik

Firman Allah yang bermaksud. "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun)."

"Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata) : "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." surah Al-Israa' ayat 23-24.

Mentaati ibubapa hukumnya wajib pada perkara yang maaruf dan memberi manfaat kepada keduanya. Tidak wajib mentaati makhluk pada perkara maksiat terhadap Allah atau memberi kemudaratan pada si anak. Wajib juga memelihara redha kedua ibubapa.

Perasaan tak puas hati ataupun berbeza pendapat tu memang biasa berlaku. Tapi jangan sampai berlarutan sampai mengeruhkan keadaan. Sebab perbezaan biasanya akan menyebabkan satu pihak mengalami kerugian. Apa yang disimpan didalam hati jangan dibiarkan lama2. Takut ia akan semakin membarah.

Namun semua tu tidaklah menghalang berlakunya perbincangan. Kalaulah pendapat dah sama, tidak perlu nak bincang. Tapi bila berlaku perbincangan, satu pendapat harus diterima. Bagi pendapat yang ditolak harusnya merasakan syukur. Apa yang kita rasakan baik, tidak semestinya baik untuk kita begitu jugak sebaliknya.

Kita boleh berbeza pendapat tapi dengan syarat kita sedang berada keadaan masing-masing mampu menerima pendapat orang lain. Tapi kalau awal2 lagi sudah diset dalam otak kita bahawa pendapat kita yang betul dan yang lain salah akan datang masalah.

Masa itu kita perlu lebih bersifat terbuka dan berlapang dada. Apatah lagi memang sifat kita bukan suka membantah atau melawan. Lebih2 lagi terhadap ibubapa. Semestinya juga di pihak ibubapa bersifat yang sama. Sedia mendengar pendapat anak-anak. Pokoknya, teruslah berbincang. Carilah pelan damai. Agar tidak ada yang terbuku dalam hati. Juga tidak ada pihak yang terluka.

Wallahua'lam.

No comments: