-->

Thursday, May 17, 2007

Anak Makcik Eta

Makcik Eta yang mengaku dirinya tak berapa tua menziarahi anak-anaknya yang belajar di universiti. Walaupun agak jauh perjalanan, tapi makcik Eta taklah kisah sangat sebab segala kos perjalanan mendapat support dari JKK Kampung Barang Naik.

Kalau nak harapkan gaji dia sebagai guru fardu ain, manalah dia sanggup nak jalan jauh. Minyak jer dah naik 30 sen satu liter. Tu belum masuk harga tol dari utara ke selatan. Kena kira jugak duit untuk bayar bil letrik dan gas, barangan harian yang naik seposen dua, roti canai pun naik harga sebab tepung makin mahal. Astro pulak naik kadar langganan. Jawapannya tunggu anak-anak balik kampung time cuti semester jerlah.

Harus diketahui bahawa makcik Eta yang sebelum ni mengajar kelas fardu ain telah dilantik menjadi JKK kampung berkat rekomen dari ketua kampung tu gak, Pak Dol. So, menjadi harapan Pak Dol supaya anak-anak makcik Eta membantu dia mengekalkan jawatan kalau ada pemilihan akan datang. Budak-budak universiti lah katakan, sapa lagik nak diharapkan.

Sampai-sampai jer, makcik Eta pun belanja anak-anak dia makan dulu. Bila dah habis makan, makcik Eta pun mula membebel dihadapan anak-anaknya agar membantu ketua kampungnya. Sebab memang itu tujuan dia menjenguk anak-anaknya. Kalau tak, lebih baik dia duduk kat rumah amik upah menjahit baju kebaya nyonya. Pak Dol pun suka pada baju jenis tu. Taste orang tua-tualah. Tapi bukan semua.

"Korang tau tak, Pak Dol merayu pada mak agar korang ni tolong dia. Tulunglah Pak Dol, tulunglah Pak Dol... kalau anak-anak mak tak tolong Pak Dol... sapa lagi nak tulung" makcik Eta merayu dengan muka kesian. Walaupun dia tau anak-anaknya tak suka pada Pak Dol.

"Korang tengok mak orang lain, ada jenguk anak-anak dia? Mak kalau duduk kat umah boleh dapat duit tau, boleh tengok tv, boleh hantar sms AFUNDI tapi mak sanggup jengok korang. Tapi mak datang sini, belanja korang makan. Kasi lagi duit poket. Takper, anak mak punya pasal" makcik Eta mula memujuk sambil mengungkit.

"Walaupun Pak Dol ada kelemahan, korang jangan pandai nak mengomen jer. Takyah tanya Pak Dol dah buat apa, dah seleweng apa kat kampung kita. Mak tau korang pandai. Tapi korang kenalah pandai mengampu jugak. Kena sokong Pak Dol." makcik Eta cuba mempertahankan Pak Dol.

"Pak Dol dah menunjukkan satu contoh yang terbaik untuk kita. Takde pun orang yang punya idea sebernas Pak Dol. Sebab kat kampung kita kalau mencuri tak kena potong tangan. Kalau ada pencuri kena tangkap, dibagi kerja kat dia. Bagi dia peluang berniaga. Biar dia tak mencuri lagi. Bekalkan jarum suntikan dan kondom dan methadone percuma untuk penagih dan pesakit HIV kat kampung kita. " makcik Eta pun blur dengan Pak Dol punya idea sebab tak berapa nak sama dengan apa yang dia ajar kat kelas Fardu Ain.

Anak-anak makcik Eta sebenarnya memang tak puashati ngan Pak Dol. Dah lama orang pertikaikan kebolehan Pak Dol memimpin. Sejak Pak Dol pegang kampung tuh, bertambah-tambah pencuri. Getah sekerap kena curi. Kelapa sawit pun hilang. Penagih tak berkurang. Dewan serbaguna yang baru direpair pulak bocor. Masa tar jalan kampung tu, Pak Dol ambil kesempatan tar halaman rumah dia sekali. Pak Dol memang cekap menyeleweng.

Makcik Eta pun tau yang Pak Dol tidak berapa baik orangnya. Sebab tu dia menyifatkan Pak Dol sebagai tong yang berisi keladak dan kotoran. Bagi makcik Eta, sebagai wanita dia tidak mampu untung menumbangkan tong dan membuang isinya. Apa yang dia dapat lakukan hanyalah mengisi air yang banyak dalam tong itu agar keladak dan kotorannya boleh hilang. Kalau perlu, makcik Eta akan masuk dalam tong itu dan menyental kotoran yang ada.

Lepas ini, mungkin beberapa JKK kampung yang lain turut di minta menziarahi anak-anak di universiti. Yerlah, kerana Pak Dol dah mintak tolong. Tak kiralah anak nak periksa ker masa tu. Apa yang perlu ialah survival kepimpinan Pak Dol di pertahankan.

2 comments:

Mohd Zaki M.Noor said...

Eta dan Pak Dol, penyamaran nama yang tak tersamarkan. :D

Da Munique said...

baru nak blaja2 buat penyamaran. insya Allah nanti aku test buat jenis jerangkap samar punya.