-->

Sunday, May 27, 2007

Boikot Barangan Naik

Hari ini aku membaca berita pasal kenaikkan harga barang. Najib suruh boikot. Dia kata “Kita boleh bertindak dan paling berkesan pengguna sendiri memboikot kedai mengenakan caj berlebihan dan menaikkan harga tidak berpatutan sebagai pengajaran,” Aku memang setuju. Tapi aku tau memang ada yang tak setuju. Pastinya peniaga yang naikkan harga ler. Ayat diorang "ini takde ambik untung punya..."

Barangan Naik (BN) memang patut diberikan pengajaran. Memang patut diboikot. Sebab BN ni menyusahkan orang jer. Terutamanya dah memang ler hidupnya susah. Baru ada ura-ura kenaikkan gaji barang pun turut naik sama. Tu kalau hidup makan gaji ngan kerajaan kira ok ler sikit. Kalau hidupnya keje swasta, apatah lagi tak makan gaji macam petani dan nelayan. Bahkan peniaga tu sendiri akan merasainya. Takkan selamanya nak makan barang sendiri.

Maka akan bertambahlah lagi cabaran dalam kehidupan. Bak kata orang "bukan senang nak senang, bukan susah nak susah." Peniaga pun susah juga sebab manalah ada orang nak beli kalau harga mahal. Tapi kalau terpaksa camne? Macam gula, tepung dan minyak masak dan gas. Soalan yang lain... kalau terpaksa boleh ker nak boikot?

Kenapa adanya BN dalam negara kita? Mungkin kita perlu merenungi lagu 'bangau oh bangau' yang menggambarkan hal-hal itu sebenarnya bersangkut-sangkut dan berantai-rantai. Tak berapa lama dulu minyak petrol dan diesel naik. Pastu elektrik pun naik jugak. Tol memang dah banyak kali naik. Pastu kekurangan bekalan di pasaran. Pastu mula ler naik harga.

Maka, adalah tidak bijak kalau si pengilang itu menggunakan basikal untuk memasarkan barangan mereka dan kilang mereka tidak menggunakan bekalan elektrik untuk penjimatan kos. Kalau kos dah naik maka harga barang pun naik ler jugak. Bila kilang dah naikkan harga, pembekal pun ikut sekali. Last2 peniaga yang naikkan harga dia pulak yang kena boikot...

Kalau boikot BN, pembeli nak beralih arah kemana? Jawapannya kena carilah alternatif. Kalau ada 'pesta naik harga' maka dilancarkan 'Kempen Beli Barang Murah'. Kan ada pasaraya Hyper macam Tesco, Giant, Carrefour dan Mydin yang menawarkan harga lebih murah. Biar peniaga-peniaga kecil ni bungkus. Kalau dah bungkus diorang nak ke mana?

Tapi bukan jawapan yang tepat jugak sebenarnya. Kalau macam rumah aku yang di kawasan pendalaman pastu nak pergi ke bandar untuk membeli barangan yang murah. Adalah tidak bijak juga. Sebab kena pulak mengisi minyak, membayar tol dan membayar tempat letak kereta. Lebih kurang jer.

Jadinya, supaya lebih bijak kenalah boikot penyebab utama BN ni terus berkuasa. Kenalah belajar-belajar teori domino. Macam main domino jugak ler. Boikotlah BN.

4 comments:

Mohamadfairuz said...

BN ni memang la.Barang naik..Bila Naik??Baru naik..Berapa naik??Banyak Naik...Bagaimana Naik??Banyak Nipotisme..Banyak Nipu..Banyak nalekek..

Oleh itu jauihilah BN walau di mana anda berada..

Da Munique said...

semalam punya berita.. 2000 barang turun harga.. maknanya apa?

selama nih keje naikkan harga ler..

iBNu NooR aL-HaJ said...

takde maknanya.. barang dah reject baru turun harga... jika hypermatrket main harga borong, peniaga bumiputera juga yg susah....

Ibnu Ali said...

Woi.. ape ni? Apela korang! Sokong BN la bagus! KLCC, Sepang circut, Genting kasino.. Semua ada..

Pastu, orang melayu dah naik taraf, tak duk setinggan dah, duk "khemah" plak...