-->

Saturday, May 12, 2007

Tawaran Pelakon Tambahan

Seorang sutradara mengarahkan krewnya untuk mencari pelakon tambahan. Imbuhannya yang ditawarkan untuk pelakon tambahan agak lumayan. Setiap seorang akan dibayar dalam RM150. Kalau pelakon wanita akan diberikan wang dan mesin jahit. Payung dan air mineral ketika berlakon. Watak yang perlu dilakonkan sekitar 20 minit. Rasanya cukup berbaloi dengan ganjaran itu.

Lagi ramai adalah lebih baik. Tapi jangan terlalu ramai sangat. Nanti ketahuan orang tak pandai mengarah. Sebab zaman dulu-dulu manalah ramai sangat orang dalam satu kawasan tu kan. Kalau tak cukup dari kawasan tu, carik ler dari kawasan-kawasan berhampiran. Kalau ada yang datang dari jauh pun boleh jugak. Bas akan disediakan.

Filem yang mengisahkan tentang seorang pahlawan di masa lampau yang mampu memerintah dan memperhambakan sebuah daerah yang di diami oleh manusia dan hantu. Sebuah kawasan yang tak berapa glamor hampir tidak ditemui dalam peta dunia. Tapi hantu ni bukan macam citer 'jangan pandang belakang' tuh. Bukan jenis yang pandai hilang-hilang. Ni macam citer Resident Evil, orang yang dah mati boleh hidup balik. Pastu sibuk nak mentekadarah jer sebab tu mereka tak kisah sapa perintah.

Bila dibuat offer jer, ramai ler yang nak jugak berlakon. Termasuklah seorang nenek tua. Masa casting diminta nenek tu punya ic. Nama dia boleh pulak tak sama. Nenek tu jawab "Ni arwah akak aku yang punya." Disebabkan nak carik pelakon susah, asal datang jer masuk dalam senarai pelakon tambahan. Nenek kalau berlakon ok, nanti saya rekomenkan pegang watak mak lampir. Krew tu mula berjanji.

Ketika filem itu ditayangkan, walau menampakkan keganasan, kecacatan dan beberapa part yang tak masuk akal tetap mendapat sambutan. Hero pun taklah terkenal sangat. Bakat baru dalam berlakon dan masih single. Lagipun bukan bakat yang dipertandingkan, yang penting teknik pengarahan. Hari ini bakat tidak akan menentukan segalanya.

Ada lagik filem dan hero yang berlakon lebih bagus dan lebih berpengalaman tapi promosi kurang hebat. Walaupun jalan cerita yang baik. Tema penceritaan mengenai keadilan dan kemanusiaan. Tapi tidak dipromosikan di TV1, TV2, TV3 dan apa jugak jenis tv adanya. Kat radio pun takde kedengaran iklan mengenainya. Hanya menggunakan taktik lama. Pasang kain rentang, pasang sepanduk kat lori. Bergaung speaker suruh orang datang ke panggung. Alah, macam zaman P. Ramlee tuh.

Pelakon tambahan tak ramai. Bajet tak banyak. Mana boleh lawan filem tadi tuh. Bajetnya jer lebih kurang 30 juta. Datang di hari pertama tayangan siap dapat hadiah macam-macam. Berduyun-duyun orang datang. Lebih dari jangkaan. Mengatasi catatan bilangan penonton sebelum ini.

Kalau bukan citer hantu dan mistik, orang malas nak tengok. Sebab bukan trend penonton sekarang. Maka berkatalah hero filem tuh "saya akan melakonkan apa saja yang peminat minta". Katanya, nak buat kenduri selamat bila dah menang anugerah nanti.

Ada orang bertanya kepada sutradara filem tuh bagaimana boleh menghasilkan filem yang mendapat sambutan ramai, apakah rahsianya? Jawapannya mudah... pastikan semua orang yang menonton puas. Camne nak bagi orang kepuasan? dan dengan apa nak bagi orang puas tu rahsia saya... ?

2 comments:

Mohamadfairuz said...

salam..waa..bagus aaa..cerita macam ni kalau masuk ruangan gosip terbaru majalah mangga dan melodi edisi exam..mesti meletup ni..huuuhuu

iBNu NooR aL-HaJ said...

assalamualaikum. wah, ni kira merapu ke? tapi ok je layan... zasstttt