-->

Friday, May 4, 2007

Kelebihan Surah Al-Mulk

بسم الله الرحمن الرحيم

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إن سورة من القرآن ثلاثون آية شفعت لرجل حتى غفر له وهي سورة تبارك الذي بيده الملك .رواه الترمذي وأبو داود وابن ماجه

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu Surah tabarakallazi biyadihil mulk."

حدثنا إبراهيم بن الحكم عن أبيه عن عكرمة عن إبن عبّاس انه قال لرجل : الا اتحفك بحديث تفرح به؟ قال بلى، قال : اقرا تبارك الذي بيده الملك و علمها اهلك و جميع ولدك و صبيان بيتك و جيرانك ، فانها المنجيه والمجادله تجادل و تخاصم يوم القيامه عند ربها لقارئها و تطلب له ان ينجيه من عذاب النار و ينجي بها صاحبها من عذاب القبر. قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : وددت ان تبارك الذى بيده الملك في قلب كل انسان - ابن كثير

Dari Ibnu Abbas telah berkata kepada seorang lelaki, "mahukah kamu aku berikan sebuah hadis yang kau akan bergermbira dengannya? Lelaki itu berkata: "ya", Ibnu Abbas berkata "bacalah tabarakallazi biyadihil mulk hingga akhir surah al-Mulk dan ajarkan kepada keluarga, isteri, anak-anakmu, serta tetanggamu, maka surah ini akan menyelamatkan bahkan akan membelanya di hari kiamat di hadapan Tuhan terhadap orang yang selalu membacanya, ia akan minta kepada Tuhan bagi orang yang membacanya supaya selamat dari siksa kubur dan siksa neraka.' bahkan Nabi s.a.w. bersabda, "sesungguhnya aku ingin supaya surah ini diucapkan di dalam hati (dihafalkan) oleh setiap umatku." riwayat At-Thabarani.

عن ابن عباس قال:ضرب بعض اصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم خباء على قبر و هو لا يحسب انه قبر - فاذا قبر انسان يقرا سورة الملك حتى ختمها فاتى النبي صلى الله عليه و سلم فقال : يا رسول الله: ضربت خبائي على قبر و انا لا احسب انه قبر فاذا انسان يقرا سورة الملك تبارك حتى ختمها فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : هي المانعه هي المنجيه تنجيه من عذاب القبر – الترمذي

Daripada Ibnu Abbas r.a, seorang sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu, beliau terdengar suara orang membaca Surah Al-Mulk sehingga khatam. Beliau lalu menemui baginda dan berkata: "Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui; saya mendengar seseorang sedang membaca Surah Al-Mulk sehingga khatam." Maka Nabi SAW bersabda: "Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia dari siksa kubur." Riwayat At-Tarmizi

عن جابر قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا ينام حتى يقرأ " آلم " تنزيل السجدة ، و " تبارك الذي بيده الملك "
رواه الترمذي


Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur sebelum ia membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk). Riwayat At-Tarmizi

فلذلكَ كان عثمانُ رضي الله عنه إذا أتى القبورَ بكى حتى يبُلَّ لحيتَه بالدموعِ فقيلَ له في ذلك، فقالَ هذا البيتَ وذكر أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "القبرُ أولُ منزلةٍ من منازلِ الآخرةِ فمن نجا منهُ كان أنجى مما بعدَه ومن لم ينجُ منهُ كان ما بعدَهُ أشدَّ عليه". فمن نجا في قبرِهِ من النكدِ والعذابِ كان ناجِيا في الآخرةِ من العذاب. فالعاقلُ الذي بلغَه هذا الحديثُ لا يتهاونُ بهذا الفضلِ العظيم.

Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu. Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

عن عبد الله بن مسعود قال : من قرأ تبارك الذي بيده الملك كل ليلة منعه الله بها من عذاب القبر ، وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم نسميها المانعة ، وإنها في كتاب الله سورة من قرأ بها في كل ليلة فقد أكثر وأطاب

Dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah mencegahnya daripada azab kubur."

Wallahu'alam.


Download

No comments: