-->

Sunday, May 28, 2006

Anjing Tuan Anjing

Lepaskan anjing-anjing. Arahkan mereka. Biar mereka menggigit kambing-kambing itu. Biar mereka bertempiaran lari. Biarpun digigit di depan keluarga sendiri. Tuan anjing cukup berpuas hati. Tersenyum lebar. Kerana anjing terlatih ini seringkali menenangkan keadaan. Bagaikan perisai atas nama keamanan.

Jangan biarkan mereka membuat bising. Kerana tuan anjing hendak tidur di hari minggu. Siram mereka. Kalau tidak takut dengan air biasa. Campurkan saja bahan kimia. Biarkan mereka rasa. Tangkap mereka. Gonggong mereka. Simpan mereka dalam kandang kita. Jangan peduli apa yang mereka kata. Kerana memprotes keputusan tuan anjing dianggap derhaka.

Setiap minggu kambing buat bising. Mana tidaknya. Makanan semakin mahal. Air begitu juga. Api naik harga. Kambing kena bayar harga untuk semua itu. Bukan percuma. Kena bagi susu. Kena bagi daging. Anak kambing pun tak cukup susu. Ni tuan anjing punya kerja. Sampai ke kulit kalau ada harga, tuan anjing akan rampas.

Tapi yang hairannya. Ada kambing yang selamba. Tak kisah. Malah setuju dengan keputusan tuan anjing. Kerana tuan anjing buatkan kandang untuk mereka. Buatkan jalan untuk mereka. Buatkan jamban untuk mereka melabur. Kerana tuan anjing akan menjanjikan kemajuan buat warga kambing. Kambing ini masih mampu tersenyum. Senyum kambing.

[+] Read More

Saturday, May 27, 2006

Perginya Seorang Mujahidah

Pilu bila membaca kisah pemergiannya. Bukan kerana terlalu tragis. Tetapi pemergian seperti inilah yang sering diimpikan oleh pejuang Allah. Walau gelarnya hanyalah Puan. Terhenti noktah perjuangannya ketika berada fisabilillah.

Allahyarhamah Faridah Ismail pergi menemui Allah pada 21 May 2006/23 Rabiulakhir 1427. Hembusan nafas terakhir beliau ketika dalam perjalanan ke Muktamar Agung yang berlangsung di Gemencheh, Tampin Negeri Sembilan.

Menurut Ustaz Ali (suami), mereka berdua dari Kuala Lumpur kerana isterinya menghadiri mesyuarat DMPP. Allahyarhamah dan suami bermalam di Damansara memandangkan Ustaz Ali ada kuliah di sana. Selepas subuh, beliau bertolak balik ke NS untuk menghadiri muktamar agung dan setibanya di Dengkil, menurut Ustaz beliau telah nazak dan meningggal dunia di dalam kereta.

Meskipun beliau pernah dinasihati doktor untuk berehat tetapi beliau tetap berjuang, menghadiri mesyuarat walaupun sakit. Seperti yang dimaklumkan Ustaz, Allahyarhamah sering berkata, "kalau duduk di rumah berehat pun, tetap sakit. Baik keluar rumah menghadiri mesyuarat, kerana sakit memang akan tetap sakit. Amanah kena dilaksanakan."

Katakanlah: Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. - Ali Imran ayat 26.

Perginya seorang mujahidah, pejuang yang ikhlas dalam perjuangan. Al-Fatehah!

[+] Read More

Monday, May 22, 2006

Kelahiran Cahaya Baru


"Semoga Allah memberkati anak itu. Dan kamu bersyukur atas pemberian-Nya. Semoga anak itu membesar dengan baik. Dan engkau menikmati kebaikkannya"

Hari ini aku dapat berita kelahiran anak ketiga Angah dan Kak Nurul... Tahniah atas kelahiran cahayamata itu. Walaupun mengimpikan anak perempuan. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Harapan bertambah lagi bakal mujahid fisabilillah.

Welcome to our club...

[+] Read More

Friday, May 12, 2006

Sakit, Pahit Dan Sulit

Sakit, pahit dan sulit. Pastinya dihadapi bila nak mengubah sesuatu yang tak berapa best.

Orang berpenyakit, kalau seseorang kena penyakit barah contohnya. Dahlah rasa sakit macam nak mati. Kena makan ubat2 yang pahit nak membeli dan memakannya. Sulit pulak tu untuk sembuh.

Orang bercinta, bila kekasih di ambil orang. Ataupun ais kerim di peti sejuk dirembat hosmet. Sakit rasanya hati. Pengalaman pahit bila kehilangan insan yang disayangi. Sulit jugak nak dapat yang baru. Teramatlah sulitnya nak maafkan. Kalau ais kerim tu kira senang.

Pemimpin, lagilah kalau dalam negara yang ada hari ini. Sakit nak tegakkan kebenaran. Silap2 kena letak jawatan. Tak pun kena fitnah macam2. Pahit bila dikritik oleh orang bawahan. Lagi2 kalau rakan sejawatan. Impaknya lagi dahsyat. Memimpin manusia yang celik lebih sulit dari memimpin orang buta. Tapi kalau buta dan keras kepala? Lagi sulit aku rasa. Buta di dunia dan akhirat.

Ada orang cerita kat aku, kalau kawan2 dia datang jumpa dia mintak pendapat/komen/nasihat atau apa2.. dia selalu tanya diorang dulu sama ada nak dengar komen yg manis2 atau yg pahit2. Bagi aku biarlah yang pahit. Biarlah tersinggung. Tapi penyakit akan sembuh. Walaupun tak sembuh dalam masa yang singkat. Yang penting, mencuba dan tak berputus asa.

[+] Read More

Friday, May 5, 2006

Bila Hilang Kawalan

Cukup menakutkan kalau manusia ketika memandu hilang kawalan, kebarangkalian nyawa yang akan terkorban hanyalah sifar, satu mungkin juga sampai beratus. Begitu juga kalau kapten pesawat, kapal laut, keratapi hilang kawalan, kebinasaan mungkin mencapai ribuan nyawa terkorban.

Tapi lebih menggerunkan bila manusia sendiri yang hilang kawalan. Akal fikiran tak mampu lagi dipandu. Nafsu pula terus memacu syahwat yang melulu. Akhirnya korban yang tak berkesudahan. Dendam yahudi berlalu beribu tahun tanpa pernah padam apinya. Kesumat Nasrani masih segar dan dibaja, membenih kesesatan. Umat Islam menjadi mangsa.

Amat mengerikan lagi bila umat Islam yang hilang kawalan keimanan. Akal fikiran melayang tanpa ikatan. Melewati batas kewarasan dan keinsanan. Hanya kerana sebuah perselisihan mengakibatkan pembunuhan dan peperangan. Cukuplah sejarah hitam yang ada. Anak kecil bermain api, akhirnya membakar diri sendiri...

Teringat bicara teman, yang menukilkan kata-kata Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi... "kereta yang dicipta manusia kadang-kadang akan melanggar himar. Tetapi himar yang dicipta oleh Allah, tidak pernah melanggar kereta" lebih kurang camtulah.

[+] Read More