-->

Tuesday, October 24, 2006

Si Pemalas Dan Kemalasannya

Hari-hari bagi Si Pemalas dan kemalasannya adalah sama. Tiada perbezaan Walaupun yang namanya hari itu sentiasa beredar. Sentiasa bertukar. Mendekatkan lagi kepada garis penamat. Mendekatkan kepada kematian. Si Pemalas sentiasa menyedari. Kemalasannya menyebabkan segalanya tidak akan berubah.

Ketika Ramadhan datang, Si Pemalas merasa gembira. Kerana dia merasakan bulan ini adalah peluang untuk dia mengautkan keuntungan dalam beribadah. Ketika orang baru nak meneropong anak bulan. Dia sudah siap merencana ibadah yang bakal dilakukan. Sekurang-kurangnya dia akan membaca Al-Quran satu juzu' setiap hari. Mashaf baru size poket dibeli.

Apakan daya, Si Pemalas bukanlah orang yang boleh berubah sekelip masa. Kemalasannya telah lama bersarang dalam dirinya. Dia bukan orang yang melazimi membaca Al-Quran sebelum ini. Maka cita-citanya gagal dihari pertama Ramadhan. Tak sampai sejuzu' pun dia baca Kitab Suci itu.

Dia kembali bertekad. Esok akan lebih dari sejuzu'. Sebab nak cover balik apa yang ketinggalan. Rupanya segalanya berlalu tanpa ada perubahan. Dia tetap melayani kemalasannya. Hinggalah sepuluh hari telah berlalu. Cita-citanya tersasar tanpa usaha. Setakat panas-panas apam balik.

Si Pemalas sedar dengan sifatnya. Dia menanam azam lagi. Ramadhan berbaki 20 hari lagi. Masih belum terlambat. Sekurang-kurangnya perlu satu setengah juzu' sehari membaca Al-Quran. Dalam keadaan syaitan dibelenggu. Si Pemalas cuba juga untuk membaca. Tapi dia keletihan. Sebab tak biasa. Al-Quran hanya dibaca dalam solatnya sahaja. Sekadar Al-Fatehah dan beberapa surah lazim yang telah berabad dihafalnya.

Ketika Ramadhan berbaki 10 hari. Dia membayangkan kalau-kalau dia boleh membaca 3 juzu' sehari. Bermakna dia akan berjaya juga mengkhatamkan Al-QUran dalam bulan yang mulia ini. Tapi kemalasannya awal-awal lagik membantah. Menafikan. Mana mungkin. Tidak bisa. Dia melayani hasutan.

Akhirnya, Ramadhan telah berlalu. Apa yang ada hanyalah sebuah penyesalan. Mashafnya seperti semalam baru dibeli. Tinggal hanya sebuah cita-cita yang murni. Hadir pulak sebuah harapan yang baru. Menanti-nanti Ramadhan datang lagi.

Tapi apakah peluang itu akan datang. Menempuhi sebelas purnama untuk bertemu kembali. Kalaulah ditakdirkan bertemu lagi. Apakah dengan persediaan masih sama. Setapak melangkah adalah permulaan bagi perjalanan yang panjang. Tapi kalau hanya duduk diam. Ia adalah sebuah lamunan dalam angan-angan yang tiada berkesudahan.

[+] Read More

Saturday, October 21, 2006

Ketika Kita Hidup

Ketika kita hidup, kita cari dia. Bagaikan hidup seribu tahun. Kita simpan dia. Kita sayang kat dia. Hantar kat bank suruh jagakan. Hantar kat pajak gadai tolong simpankan. Tapi lepas kita meninggal. Dia pun tak ikut kita. Tinggal yang nama kain kafan jer. Gigi emas pun kena cabut. Pegi kubur pun dia tak temankan. Lepas kita mati, bakal jadik rebutan. Tu harta namanya.


Ketika kita hidup memang dah ada. Darah daging kita. Takpun kita kena cari. Hidup ni mana boleh sorang-sorang. Kena berteman. Nanti kita meninggal, diorang pegi kubur mengiring jenazah. Takpun dah menangis kat umah. Kalau masuk sampai kat dalam pun, kompom kuar balik. Silap-silap, Si penggali kubur jer yang sambut. Biarpun masa hidup pernah berjanji sehidup semati. Takkan berpisah selamanyalah. Tapi dalam kubur duduk ler sorang-sorang. Untung-untung bertemu lagik di akhirat. Lagi power kalau ada orang cakap "ku tunggu dirimu di pintu syurga". Tu ahli keluarga dan sahabat handai.

Ketika kita hidup, kita kena kerjakan dia. Tak dapat kalau kita tak buat. Apa jer yang kita kerjakan dah dikira. Kadang ditambah. Kadang dikurangkan. Kadang kena bagi kat orang. Nanti kita mati. Dia akan temankan kita. Samada yang baik ataupun yang jahat. Akan ikut kita menuju akhirat. Itu amalan kita. Samada dia akan menjadi cahaya. Ataupun menambah kegelapan. Bergantung kepada hidup kita di dunia.

[+] Read More

Tuesday, October 17, 2006

Cermin Diri

Berpakaian indah. Pastu 'touch up' sket. Pakai minyak wangi sesembur dua. Tengok kat cermin dalam lima enam kali. Senyum sorang-sorang. Dalam hati cakap. Boleh tahan gak aku nih. Apa yang dirasakan tu hanya terhad pada empunya diri. Keindahan diri adalah hiasan peribadi.

Berapa ramai yang menghiasi peribadi tetapi bukan hanya untuk diri sendiri. Tapi untuk orang lain menikmati kebaikkan diri mereka. Bagaikan Rasulullah. Diutuskan untuk memberi kerahmatan ke seluruh alam. Kerana manusia yang baik itu akan memberikan kemanfaatan kepada orang lain. Tidak akan menyakiti orang lain.

Perlu direnungi, bahawa Islam dibawa oleh Rasulullah bukan dengan kecanggihan teknologi, kekuatan angkatan perang, persenjataan tangguh, dan kepakaran orang-orang terdekatnya. Agama baru yang diperkenalkan Rasulullah berhasil dianut berjuta orang hingga hari ini, karena Nabi mengerti bagaimana cara memperkenalkannya dan mampu meluluhkan hati yang membatu.

Luqmanulhakim pernah berkata, "Barangsiapa yang melihat aibnya sendiri, maka dia akan meninggalkan kerja mencari keaiban orang lain. Barangsiapa yang rela dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah, maka dia tidak akan bersedih jika orang lain mendapat kelebihan rezeki, barangsiapa yang menghunus pedang untuk menganiaya orang lain, tangannya akan terpotong oleh pedang itu sendiri, barangsiapa yang menggali lobang untuk saudaranya, dia sendiri akan terjerumus ke dalam lobang itu, barangsiapa yang membuka aib orang lain, aibnya sendiri juga akan tersingkap, barangsiapa yang lupa akan kesalahan diri sendiri, dia akan selalu menganggap besar kesalahan orang lain".

Kita sering menginginkan orang berlaku baik terhadap kita. Tapi adakah kita layak untuk diperlakukan seperti itu. Akhlak yang terpuji bukan untuk mendapat pujian dari manusia. Nanti jadik riya'. Kerana segala pujian hanyalah bagi Allah.

[+] Read More

Thursday, October 12, 2006

Lelaki Terakhir

Hari ni aku pergi temankan member pegi register adsl kat Yalla. Apa nak aku citer kat sini ialah pengamalan menarik aku kat Yalla. Bukan promosi. Tapi berharap suatu masa nanti, semua orang mementingkan Allah lebih dari yang lain. Islam bukan kat dalam masjid jer. Tapi kat mana-mana.

Aku sampai kat Yalla hampir masuk waktu zuhur. Ketika berurusan, azan berkumandang. Staf yang layan kitorang pun cakap "kita semayang dulu, lepas ni baru sambung balik". Kalau ikutkan urusan daftar tu taklah sampai 10 minit kalau nak disiapkan. Tapi inilah pengamalan yang diorang buat dan pengajaran yang aku dapat. Nak ajak orang semayang ni bukan keje pak imam dan pak bilal. Semua orang boleh buat.

Apa kena mengena Yalla dengan 'Lelaki Terakhir'?. Sebenarnya lepas solat zuhur tu ada tazkirah. Staf kat Yalla gak yang sampaikan. Ada buku tazkirah kat tangan staf tu. Agaknya semua staf kat situ kena bagi tazkirah. Aku agak jer. Sebab aku tak rajin nak bertanya.

Kisah lelaki terakhir masuk Syurga. Aku ingat ni sebab dah hujung2 tazkirah tu. Kisah diceritakan dalam hadith riwayat Abdullah bin Mas'ud r.a. Kisah tentang lelaki yang paling akhir dikeluarkan dari Neraka dan paling akhir masuk Syurga. Dia adalah ahli Syurga yang paling rendah kedudukkannya. Paling 'low' di antara 'high class'. Dalam keadaan merangkak dia mendatangi Syurga. Allah suruh dia masuk. Lelaki tu masih ragu-ragu. Allah memerintahkan dia masuk Syurga. Berulang-ulang. Bagi lelaki itu Syurga seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya.

Dapat tanah sekangkang kera pun dah suka gila bangkong. Inikan pulak Syurga yang besarnya sepuluh kali ganda dunia. Bestnya.

Lelaki itu berkata. Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. Subhanallah.

Ramadhan pun dah masuk sepertiga yang akhir. Moga Allah melepaskan kita dari azab api Neraka. Kena wap pun dah panas. Lom lagik kena api. So, kena lah cari something yang boleh melindungi dari api neraka. Sebelah kurma pun ok. Nanti Allah pandai kira.

[+] Read More

Tuesday, October 3, 2006

Saya Dan Ana

Ketika Saya duduk menunggu metro. Ana yang sedia ada di situ terus menyapa Saya. Bertanyakan adakah Saya dari Malaysia. Saya cuma mengiyakan. Kemudian Ana bertanya lagi. Sudah berapa lama Saya di negaranya. Saya menjawab beberapa tahun. Ana menyatakan dirinya mengikuti perkembangan Malaysia. Tanpa ditanya. Ana memang peramah agaknya.

Ana bertanya tentang keadaan negara ini. Soalan yang biasa-biasa ditanya. Saya menjawab bahwa negaranya bagus. Ana tidak puashati. Ana inginkan jawapan yang benar-benar ikhlas. Bukan jawapan mengampu atau nak menjaga hati.

Saya pun berfikir apa yang tak kena ngan negara Ana nih. Saya pun bagitau kat Ana yang negaranya banyak debu. Kat tengah bandar pun banyak debu. Mendengar jawapan saya, Ana terus cakap pasal negara Saya yang berjerebu. Lagi-lagi kat bandar besar. Menjawab rupanya.

Kat sini banyak rakyat negara asing yang menjadi mangsa penyeluk saku. Pencuri. Penyamun. Penipu. Harami. Saya mengundang keruh. A'ah, Ana mengiyakan. Saya tersenyum. Tapi kat negara Saya, rakyat negara Saya yang suka keje meragut harta orang lain. Merompak. Membuli. Sampai tahap mencederakan dan membunuh lak tu. Lagi dahsyat. Perli Ana. Giliran Ana tersenyum.

Saya pun cakap tentang negara Ana buang sampah merata-rata. Tong sampah pun boleh kira. Takde kesedaran. Tidak cintakan alam sekitar. Ana makin terbakar dengan komentar saya. Ana cakap kat negara Saya orang memang pandai buang sampah pada tempatnya. Tapi orang buang bayi pulak merata-rata. Dalam sungai ada. Dalam tandas ada. Dalam tong sampah pun ada. Ana taknak kalah.

Saya pun panas dengar kata-kata Ana. Saya pun cakap. Kat sini ramai orang kencing kat dinding. Kat jalan. Kat tempat lalu lalang. Taktau malu. Ana menjawab. Kat negara Saya orang bercumbu, berasmara di tempat umum tanpa rasa malu jugak. Macam bukan sebuah negara Islam.

Negara Saya maju. Moden. Ada LRT. Ada STAR. Ada KLIA. Ada KLCC. Tak macam kat sini. Metro pun zaman bila ntah. Bas pun tak idupkan aircond. Tandas kotor. Saya mula berbangga. Tapi semua tu dikenakan bayaran kan? Tanya Ana. Saya malas nak jawab. Mana ada yang percuma. Masuk tandas pun kena bayar.

Eh Ana, cuba Ana tengok kat sini ramai pompuan yang pakai ketat-ketat. Saya dah takde modal. Ana dengan selamba menjawab. Kat negara Saya tu, orang pompuan pakai baju tapi nampak ketiak dan pusat.

Ada saja idea Ana nih. Saya pun malas nak terus bertengkar dengan Ana. Yerlah, kan negara Ana memang bagus-bagus. Tak macam negara Saya. Saya tau Ana saja nak carik salah negara Saya. Tapi apa yang Ana cakap tu betul.

[+] Read More

Monday, October 2, 2006

Dah Pandai2 Gaknya

Kalau pegi sembahyang tarawikh di masjid Al-Azhar. Kat sana buat dua puluh rakaat. Sama macam kat Malaysia. Tapi masih ada tazkirah. Macam kebanyakkan masjid di Mesir ini jugak. Masih buat tazkirah. Peliknya Malaysia yang lebih bertamadun sampai melarang tazkirah ketika rehat solat tarawikh. Macam bagus.

Kenapa kat sini orang buat tazkirah kat Malaysia di sekat. Kat sini pun berpolitik jugak. Kat sini pun ada pembangkang jugak. Kalau iyer pun nak menang. Takkan sampai nak main kotor.

Agaknya orang arab ni tak sepandai orang melayu. Ilmu agamanya cetek. Kena bagi tazkirah. Perlu diberi peringatan. Orang melayu paham apa yang pak imam baca. Orang melayu jugak rajin membaca. Orang melayu rajin pergi ke majlis ilmu. So, bila time bulan Ramadhan datang, takyah susah-susah nak diadakan majlis tazkirah.

Kalau kat kampung aku, time Ramadhan ni memang ramai orang pegi ke surau. Jenis yang biasa sembahyang kat rumah pun pegi surau sebab nak pegi tarawikh. Bawak anak bini. Kalau ada tazkirah ringkas. Dapat ler mengajar sikit-sikit ilmu agama. Sebulan dalam setahun. Nak harapkan khutbah jumaat. Seminggu sekali, nasib baik ler kalau tak tidur.

Orang tua-tua dulu ada cakap. Masa zaman Jepun menjajah Malaya. Diorang takde buatkan sekolah. Biar orang Malaya ni tak berapa cerdik. Kalau dah tak berapa cerdik nih senang jer nak diperbodoh-bodohkan. Takkan ler budak-budak jer yang kena belajar. Orang yang berusia sket, yang dah sibuk bekerja bila masanya nak tambah ilmu pengetahuan?.

Bila tengok berita, boleh katakan setiap hari ada kes bunuh. Jenayah lain jangan cerita ler. Tu yang masuk berita. Takkan nak harapkan tangkap dan hukum. Sampai bila. Macam makin bertambah jer tiap tahun. Manusia kena bagi peringatan. Sebab tu Rasul diutuskan. Kalau taknak bagi, jangan ler halang pulak orang nak bagi dan dengar tazkirah. Teruskan berpuasa.

[+] Read More