-->

Friday, September 29, 2006

Main Kayu Tiga

Orang bercinta pasti marah kalau pasangannya main kayu tiga. Apatah lagi bila orang yang dah kawin siap pasang lagi satu kat luar. Lagi bahaya kalau ada skandal dengan somebody kat dalam rumah. Huhu. Apapun, semua orang akan katakan main kayu tiga ni tak baik. Menduakan pasangan. Ada yang kena bunuh. Ada yang kena simbah asid. Ada yang mintak cerai. Macam2 lagik tindakkan susulan. Tak puashati punya pasal. Kalau yang jenis dayus... wat selamba jer.

Tapi camne kalau hamba main kayu tiga dengan Tuhannya. Makhluk yang dicipta ni nak menduakan Penciptanya. Suka-suka dia mensyirikkan Allah dengan yang lain. Politheisme (musyrik). Mungkin tidak menatah batu untuk dijadikan berhala, menghidupkan api atau memuja matahari macam sebahagian musyrik yang lain. Dalam masa mereka bertuhankan Allah. Dia main kayu tiga...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia dan Dia mengampuni dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". Surah An-Nisa' ayat 48.

Katakanlah (wahai Muhammad): Marilah aku bacakan (untuk kamu) perkara yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatupun. Surah Al-An'am ayat 151.

Manusia menjadikan nafsu sebagai tuhan yang disembah. Menjadikannya berhala yang disembah. Ditaati dan dituruti. Menjadi hegemoni dalam kehidupan. Nafsu yang terus beraja di hati. Imam Ghazali berkata, ''Ciri khas nafsu ialah merasa enak, lalai, santai atau malas. Dan semua ajakannya bersifat batil. Andaikan engkau mau menuruti perintahnya, engkau akan rosak. Atau lupa tidak mewaspadainya, engkau pasti hanyut dan sulit sekali menolak keinginannya. Padahal, semua itu akan mengajakmu ke neraka.''

Manusia menjadikan harta, takhta dan wanita sebagai tuhan yang dikejar-kejar. Andai datang perintah Allah. Ketimbang dengan harta, takhta dan wanita. Perintah Allah ditangguh dulu. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa mencintai dunia, maka dia merosak akhiratnya, dan barangsiapa yang mencintai akhirat, maka (seolah-olah) membinasakan dunianya. Maka, utamakanlah yang kekal (akhirat) daripada yang fana (dunia)". Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi.

Manusia menjadikan sifat kecintaan sebagai tuhan. Berapa banyak pelanggaran syariat hanya kerana cinta. Berzina dengan alasan cinta. Pembuangan anak hasil benih cinta. Hinggakan manusia sanggup berkata " Semakin Aku Hidup Dalam Cinta, Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya". "Tiada lafaz yang lebih agung, Kalimah cintamu, Yang ku tunggu tunggu".

Manusia menjadikan sifat ketakutan sebagai tuhan. Bukan kepada Allah. Takut tak dapat cari makan. Takut hilang kawan. Takut hilang pekerjaan. Takut hilang pangkat. Takut hilang kerusi. Akhirnya Allah diketepikan. Perkara yang haram, menjadi halal. Perkara yang halal disusahkan. Bukan Firaun dan Namrud jer mengaku menjadi tuhan. Hari ni mungkin yang namanya Abdullah (Hamba Allah) pun nak jadi tuhan...

[+] Read More

Wednesday, September 27, 2006

Mencari Penyelesaian

Alhamdulillah. Bila ada orang bertanya tentang masalahnya. Aku pun susah nak jawab. Bukan tak boleh nak jawab. Jawab boleh, betul ker tidak tu yang menjadi masalah. Takut tak menyelesaikan tapi makin jadik bermasalah. Dalam masa yang sama. Dapat e-mail dari sepupu aku. Syukran. Really interesting. Hikmah yang keciciran...

Aku terjemahkan ler e-mail yg berbahasa Inggeris tu ala kadar. Kalau lari makna perkataan tu memang sebab aku tak berapa faham ler. Dan aku pun tak pasti kisah ini benar atau tidak. Tapi sangat memberi pelajaran.

Mungkin ini yang orang selalu bagi nasihat tentang thinking outside the box. Anjakkan Paradigma. Berfikir di luar titik sembilan. Macam-macam lagilah. Bagi aku. Kalau kita bertawakkal kepada Allah. Pasti dia akan bagi jalan keluar.

Terimalah sebuah kisah:

Perbezaan Antara Memfokuskan Kepada Masalah dan Memfokuskan Kepada Penyelesaian

Ketika NASA menghantar astronaut ke angkasa. Mereka menghadapi masalah untuk menulis menggunakan pen. Dakwat tidak keluar kerana tiada graviti (dakwat tidak turun ke bawah)...

Untuk menyelesaikan masalah, mereka mengambil masa satu dekad dan USD12 juta. Mencipta pen yang boleh berfungsi dalam ketiadaan graviti, atas bawah, dalam air, dan di atas apa jua permukaan termasuk kristal dan ketika berada di bawah tahap beku melebih 300 darjah celcius.

Bagaimanapun orang Rusia menemui penyelesaian yang mudah...? Mereka menggunakan pensil.

Pengajaran dari cerita ini: Selalu mencari penyelesaian yang simple. Menggunakan penyelesaian yang mudah akan membantu kita menyelesaikan masalah.

Kita sering berhadapan dengan banyak masalah setiap hari. Di rumah, di tempat kerja dan dalam kehidupan sehari-hari. Apa berlaku ialah Bagaimana Seseorang Menghadapi Masalah Mereka. Harus mencari penyelesaian. Bukan hanya menumpukan tentang masalah tersebut.

[+] Read More

Sunday, September 24, 2006

Madrasah Ramadhan

Sedari atau tidak. Ramadhan telah datang lagik. Macam baru jer berlalu. Bulan kerahmatan didatangkan. Mendatangi. Berkunjung. Tapi apakah ianya disambut dan dinanti. Tanyalah pada diri. Adakah gembira dengan kunjungan ini.


Mungkin tak berlaku pada semua. Tapi kan kelakar kalau ada orang yang dihari pertama mereka berpuasa. Setelah bersahur, mereka telah berbicara pula tentang apakah juadah untuk berbuka. Memikirkan cara paling mudah untuk melalui siang hari Ramadhan. Lucu tapi kalau orang tau buat malu jer.

Semoga semua umat Islam bergembira. Orang Israel pun gembira dengan kedatangan Ramadhan. Sebagai contoh, kurma Israel telah dieksport ke Perancis. Kiranya petani Israel pun gembira. Orang cina pun gembira jugak. Diorang dah standby kan mercun2 utk dieksport ke negara2 umat Islam. Tapi kalau ada orang Islam pikir bulan Ramadhan ni untuk mengaut keuntungan semata-mata. Takde bezalah ngan orang Israel yang tanam kurma tuh.

Ramadhan mengajar erti ketaatan. Hanya antara kita dan Allah. Orang lain mungkin tak nampak. Tapi Allah yang menilai puasa kita. Sejauh mana keinginan kita berpuasa. Atau hanya menjaga mulut dan perut sahaja. Menjaga lapar dan dahaga.

Ramadhan mengajar erti persaudaraan. Kita membayar zakat. Kita memberi makanan. Biarpun cengkodok atau lempeng cuma. Kita bersedekah walaupun seposen. Tidak perlu tunggu yang lazat atau tunggu nilai berjuta. Biar orang lain merasa mereka masih ada saudara. Biar keimanan yang menjadi pengikat persaudaraan ini dihargai.

Ramadhan mengajar erti kesakitan dan keperitan. Kita memiliki. Tapi kita dilarang menggunakan. Kita ada macam2 dalam peti sejuk. Tapi jangan dimakan. Tapi orang lain tidak memiliki. Mengais dan mencari. Kehidupan yang penuh dengan kehausan dan kelaparan.

Ramadhan mengajar erti kesabaran. Kerana kita diajar berpuasa pada siang hari. Disuruh diakhirkan bersahur. Disunatkan berbuka diawal waktunya. Hanya perlu bertahan beberapa ketika. Susah ketika disiang hari. Senang ketika berbuka. Susah ketika di dunia. Gembira di akhirat sana.

Moga Madrasah Ramadhan kali ini mengajar kita untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Agar rahmat, keampunan dan terlindung dari azab neraka diberikan kepada kita. Selamat Berpuasa.

[+] Read More

Wednesday, September 6, 2006

Tolonglah! Bantulah! Sedarlah!

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Hrkh) - Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) merayu agar umat Islam di negara ini menandatangani Petisyen Sokongan Memorandum Anti Murtad yang akan diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Setiausaha Eksekutif Forkad, Abdullah Karim ketika menghubungi Harakahdaily berkata, kempen menandatangani memorandum itu masih giat dijalankan memandangkan jumlah tandatangan yang diterima belum mencapai matlamat iaitu satu juta.

Katanya, individu yang hendak menurunkan tandatangan boleh melayari laman web di alamat: www.myislamnetwork.net dan kempen ini akan berakhir pada 12 September ini.

Frokad merupakan salah satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah NGO pembela Islam (Pembela) dan berhasrat untuk mengumpul sejuta tandatangan umat Islam untuk menyokong memorandum anti murtad.

Abdullah juga turut menggesa PAS cawangan dan kawasan di seluruh Malaysia mencetak borang tandatangan daripada laman web tersebut kemudian diagihkan kepada ahli PAS.

"Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet boleh mencetak borang dari laman web dan mengagihkannya kepada ahli PAS serta kemudian diposkan kepada ibu pejabat Abim," jelasnya.

Sementara itu, Abdullah mengutuk tindakan mereka yang menyebarkan 'e-mel' dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang berbaur ugutan terhadap Peguam Malik Imtiaz.

Tambahnya, beliau turut menafikan dan menolak 'e-mel' yang cuba melibatkan Forkad dalam perbuatan ugutan itu.

Download [ BORANG SOKONGAN ] atau [ PETISYEN ONLINE ]

[+] Read More

Saturday, September 2, 2006

Maafkan Hamba

Peperangan ini telah lama bermula. Sejak berpuluh tahun berlalu. Berpuluh kali jua pertempuran tercetus. Namun kejayaan masih belum tercapai. Walau bayang kejayaan seakan-akan menjelma di depan mata. Tetap sukar menentukan tarikhnya.

Saban tahun hanya mengkhabarkan kegagalan. Terlalu pahit untuk dilafazkan. Sakit juga telinga yang mendengar. Pastinya amat mengecewakan bagi yang mengharapkan berita kemenangan. Maafkan hamba atas kegagalan ini. Harap tidak diundurkan dari medan ini. Walaupun setapak mara. Hamba bertekad meneruskannya jua.

Asalkan yang namanya peperangan. Memang bukan suatu yang mudah. Walaupun kematian itu amat mengerikan. Tetapi kegagalan adalah luka yang amat menyakitkan. Takkan ada yang seorang pun yang bergembira. Walaupun redha menerima sebuah kegagalan.

Peperangan ini menuntut pengorbanan. Sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Bukanlah suatu yang mustahil. Kerana orang lain telah melakukannya. Bukan memberi apa yang telah dimiliki. Tetapi harus berusaha untuk memberi. Memberi sebahagian yang kita miliki bermakna kita hanya menyumbangkan. Memberi sesuatu yang melepasi garis kemampuan itulah namanya pengorbanan. Ibarat kata Ustaz Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi.

Perang ini takkan terhenti. Pasti tidak berhenti. Selagi bumi ini masih ada. Selagi nyawa masih dikandung badan. Bermula dari dilahirkan. Hinggalah satu saat amalan tidak lagi diperhitungkan. Bertahanlah. Walaupun harapan untuk menang amatlah tipis. Pastinya cerah kan datang menghilangkan kegelapan.

Ramai yang telah tersungkur. Bangun dan meneruskan langkah. Biar terkadang langkahnya mundur. Tetapi bukan berpaling dari perjuangan ini.

[+] Read More