-->

Tuesday, April 24, 2007

Muslim Dan Yoga

Perlukah bagi seorang muslim melakukan senaman yoga? Apakah tidak cukup bagi mereka dengan solat-solat yang dianjurkan oleh Islam?

Bagaimana seorang profesor fizik di Amerika Syarikat pula mengkaji kelebihan solat berjemaah dan bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Fakta ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah, maka dengan bersujud otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. Bagaimana sujud membantu melegakan sistem pernafasan, membetulkan kedudukan buah pinggang, membetulkan pundi peranakan yang jatuh, melegakan sakit hernia dan beberapa jenis penyakit yang lain.

Pendapat saintis barat tentang kaitan otak dan urat saraf tulang belakang. Rahsia pergerakan otot-otot dan sendi-sendi dan kesannya terhadap organ manusia. Semuanya terbukti dan terjawab apabila seorang muslim itu sentiasa melakukan solat. Kalau Hatha Yoga dilakukan lima kali sehari. Kenapa tidak orang muslim itu melakukan solat mereka?

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ . الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ . وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ . وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ .
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, 2. Iaitu mereka yang khusyuk Dalam sembahyangnya; 3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia; 4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); 5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. - ٍsurah Al-Mukminun

Fatwa MUIS

Apakah hukum 'yoga'? Adakah hukum mempraktikkan 'yoga' untuk kepentingan kesihatan itu harus?

Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan”.

Fatwa Dar-Ifta

السؤال
اطلعنا على الطلب المقيد برقم 3320 لسنة 2005م المتضمن السؤال عن حكم ممارسة بعض الحركات الرياضية التي تشبه " اليوجا " من غير أن يخطر بباله ارتباطها بنسك الهندوك ولا يريد بذلك تعبدا ولا تشبها

الجواب

إن محض الحركات الرياضية المفيدة للجسم أو لبعض أعضائه لا حرج فيها ولا حرمة ، ولكن هذا لا يسمى يوجا ؛ فإن تلك المنسوبة إلى هذا الاسم لا بد فيها من إضافة مفهوم الجورو ( المرشد ) ومفهوم الشكرات ( مراكز التركيز ) ومفهوم الإنرجي ( الطاقة العليا ) ، وكلها مفاهيم تتعلق بالوثنية والشرك ، أما محض الحركات فلا تسمى بذلك ، وإصرار أحدهم على تسمية محض الحركات باليوجا غير جائز شرعا ، وهو من باب تسمية الأشياء بغير اسمها ؛ ليحصل التحليل أو التحريم ، وقد نُهِينا عن ذلك ؛ قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : « لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا » رواه أبو داود وابن ماجه عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه ، وفي رواية الدارمي عن عائشة رضي الله عنها : « يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا فَيَسْتَحِلُّونَهَا »

Muslim Dan Yoga
oleh zul_mz

"Dewasa ini kedengaran di banyak tempat dimana YOGA telah dijadikan sebagai satu budaya baru dan ada diamalkan oleh mereka yang berugama Islam.

Di sini saya ingin menyorot kembali terhadap gejala yang membimbangkan ini kerana terlalu ramai umat Islam yang telah menerima "bulat-bulat" sesuatu ilmu tanpa dikaji latarbelakangnya terlebih dahulu yang mengakibatkan berlakunya fasad dan mungkar yang tidak disedari.

Sejarahnya Yoga

MENGIKUT faktor sejarah, Yoga berasal daripada perkataan Sanskrit `yuga' yang bermaksud bercantum atau bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan.

Pergerakan serta gaya fizikal dalam amalan Yoga adalah rentetan dan bentuk budaya serta falsafah masyarakat Hindu.

Bukti itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu di Lembah Indus sekitar 3,000 tahun sebelum masihi menunjukkan bentuk gaya Yoga dan inilah bukti awal arkeologi, bagaimana Yoga berasal.

Bagaimanapun, ada pula versi yang menyatakan, ia bermula sejak 8,000 tahun lampau serta dipercayai dijumpai dalam buku sastera Hindu.

Gaya Yoga daripada batu berkenaan, menyerupai Lord Shiva (Tuhan masyarakat Hindu) dan Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai gaya atau Aasanaas serta kaedah pengamalan meditasi.

Tradisional Yoga berasal dari India beberapa ribu tahun lalu yang ditemui oleh pendeta agung (Rishis) dan cendikiawan (Maharishis).

Yoga juga pernah disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas. Malah Upanishads, termasuk dalam sistem pembelajaran Yoga.

Kemudian amalan ini berkembang apabila pengamal-pengamal yoga mendapati ia satu cara untuk menghilang ketangangan (stress) terutama uoleh masyarakat bandar.

Ada yoga yang telah disaring sementara banyak pula yoga yang diambil bulat-bulat tanpa sebarang penyaringan sehingga pengamal-pengamalnya boleh terjerumus ke lembah kesesatan.

HUKUMNYA

Setakat ini belum lagi fatwa tegas yang menyatakan SEMUA YOGA adalah sesat dan haram tetapi fatwa-fatwa berikut boleh dijadikan asas panduan:

Asasnya : Setiap sesuatu jenis "sukan" adalah halal asalkan ianya tidak mengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi unsur peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan dengan keugamaan dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga berfatwa hampir serupa.

"Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan”.

Sila rujuk laman web muis.

Ramai pula yang berhujjah bahawa YOGA ini menurut mereka hanyalah satu latihan pernafasan dan untuk menghubungi "minda separa sedar" di dalam usaha meleraikan ketegangan dan penyembuhan sebarang penyakit.

Namun apabila diteliti, kebanyakan YOGA ini dipandu oleh orang yang bukan Islam. Disinilah syaitan boleh mengambil kesempatan untuk menyusup masuk bagi menyesatkan aqidah orang Islam yang nantinya tanpa bekalan Ilmu Tauhid yang mencukupi maka digelincirkan maksud "penyatuan" itu adalah penyatuan dengan Tuhan.

Saya akui memang wujud disiplin ilmu di dalam bidang Psikologi yang mengkaji aspek minda dimana dari sudut saintifik minda kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu minda kiri (yang mengawal hal-hal metematika, deduksi, pengiraan dan seumpamanya) dan minda kanan (yang mengawal aspek seni, kreativiti, estetika dan seumpanya).

Dan saya sendiri ada terlibat secara lansung menyaring beberapa ilmu Yoga supaya segala unsur kesesatan dan penyelewengan aqidah dapat dibersihkan kerana memang ada unsur kebaikan di dalamnya cuma yang tidak baik turut juga wujud dan jika tidak berhati-hati ia boleh menjahanamkan aqifdah umat Islam.

Aspek MINDA PERKASA atau SUPERMIND (subconcious mind) yang wujud di dalam disiplin ilmu psikologi memang telah diajar lama di dalam Al-Quran.

Pengaturan pernafasan memang satu keperluan untuk membebaskan ketegangan saraf serta membekalkan oksigen ke dalam jantung manusia supaya aliran darah dapat berjalan lancar dan yang demikian minda dapat berfungsi dengan sempurna dan seimbang.

Dan Islam sendiri juga mengakui malah didalam keadaan tertentu ada menekan aspek pengaturan pernafasan seperti yang diajar di dalam ilmu-ilmu tasawuf dan dan ada juga diajar dan diamalkan di dalam beberapa ilmu seni mempertahan diri (persilatan) yang tidak bertentangan dengan Islam.

Solat itu sendiri yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. misalnya dengan menjaga segala aspek seperti bilangan rakaat, tuntutan berjemaah, rukun dan syaratnya sudah mengandungi hikmat yang banyak. Ia adalah merupakan "senaman" fizikal yang bertindak untuk menyeimbangkan cas positif dan negatif di dalam badan kita.

Rasulullah bersabda bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka." Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah)." (Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa'i).

Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud." (Riwayat al-Tabrani).

Semua hadith-hadith menekankan aspek "disiplin" di dalam melakukan pergerakan masa solat.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna dan ini hanya berlaku ketika sujud dgn tujuh angota sujud menyentuh bumi mengikut posisi yg disunnahkan.

Jadi di dalam Islam itu sendiri sudah ada ajaran-ajaran yang meruntun kepada aspek spiritualiti yang jauh lebih baik dan sempurna yang apabila dikaji dari sudut saintifik dan psikologi sekalipun terbukti sahih ianya mempunyai pelbagai hikmah untuk manusia seluruhnya.

Justeru itu jelaslah kepada kita betapa perlunya umat Islam mendapat pendedahan ilmu ugama yang secukupnya terutama Ilmu Tauhid dan Ibadah di dalam menolak segala unsur yang boleh menggelincirkan aqidah umat Islam lewat fenomena YOGA yang berbeluasa di negara kita ini apatah lagi YOGA yang dipimpin oleh mereka yang tidak Islam yang mana ilmu yoga itu tidak disaring sehingga segala sampah aqidah dibawa bersamanya.

Wallahu 'alam.

[+] Read More

Monday, April 23, 2007

Kesan Bahaya Alkohol

What happens to alcohol in your body?
www.drinkaware.co.uk

What happens to alcohol in your body? The alcohol in your drink is absorbed into your body through the stomach and small intestine. Food slows down the rate of absorption - that's why alcohol affects you more quickly on an empty stomach.

From here, it's distributed via the bloodstream throughout the body, reaching your heart, brain, muscles and other tissues. This happens very quickly - within a few minutes. Usually, though not always, this has a pleasant effect.

Your body can't store alcohol, so it has to get rid of it - mostly via your liver. First, the liver changes alcohol into acetaldehyde - a highly toxic substance. This turns into acetate, a harmless substance, which is passed out in the urine. Some alcohol is also excreted through the breath and sweat.

Your body's ability to process alcohol depends on various things, like your age, weight and sex. Your body breaks down alcohol at a rate of about one unit per hour - and no, there's no way you can speed this up!

Petikan dari artikel Bulletin Umum Pusat Racun Negara, USM mengenai kesan alkohol terhadap organ manusia.

Kesan pada otak

Pada asasnya selepas diminum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.

Di sini, alkohol menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Kesan pada hati

Kesan alkohol yang paling bahaya adalah kesan pada hati. Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah.

Kesan pada perut

Alkohol juga menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.

Kesan pada saraf

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri.

Kesan pada janin

Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

Selain daripada kesan-kesan di atas, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

Peminum alkohol juga didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin.

Bagi perokok yang meminum alkohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

Selain daripada kesan ke atas kesihatan ia boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.

Oleh itu hindarilah dari meminum minuman tersebut kerana jelas keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya.

[+] Read More

Tuesday, April 17, 2007

Sikit, Tetap Haram

Dari Portal Smart Generation : Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.

http://www.carlsberg.com.my/products/jolly.htm

Jolly Shandy now comes in a great new packaging that is energetic and youthful looking. Along with the original Lemon flavour, Jolly Shandy has also introduced a brand new Orange flavour. Both the Lemon and Orange flavours pack a tangy great taste as well as added Vitamin C for that refreshing feeling.

Jolly Shandy is the perfect drink for today's young and trendy who live a lifestyle by the adage 'Refreshingly Different'. Jolly Shandy Lemon & Orange flavours are available in 320ml cans nationwide.

Colour -- Golden yellow
Alcohol Content -- Less than 1%
Pack Size -- Can 320ml

[+] Read More

Friday, April 13, 2007

Penjual Daun Pudina

Usai solat Jumaat aku bingkas, ingin melangkah keluar dari masjid. Hujan telah turun, tapi sekadar rintik-rintik. Niat pulang ke rumah aku teruskan juga. Tiba di beranda masjid, langkah aku terhenti. Kerana aku takut kebasahan. Air hujan turun dengan lebat. Fenomena yang jarang-jarang berlaku di negara ini. Membuat aku teringatkan kampung halaman. Cewahhh...

Anak-anak muda yang berkumpul di halaman masjid turut beredar. Meninggalkan perkarangan masjid. Ada yang berlari pulang ke rumah. Ada yang mencari tempat berteduh. Juga kerana takut kebasahan. Mungkin takut demam. Seorang pakcik lalu di sebelah aku. Menuruni anak tangga, meninjau-ninjau dan terus meredah hujan yang lebat tanpa ketakutan. Mungkin saja dia ada perkara yang lebih penting untuk dikejarkan.

Dalam curahan hujan. Ada tiga orang penjual daun pudina berlarian menghala ke arah masjid dari luar pintu pagar. Ketika mereka menghampiri anak tangga masjid, mereka membelok ke tepi. Tidak naik ke beranda. Padahal beranda tidak penuh. Beranda itu juga sesuai bagi mereka yang dalam kebasahan. Tetapi mereka tetap tercari-cari tempat berteduh. Kenapa mereka tidak mahu berteduh di beranda masjid itu? Aku hanya memerhatikan gelagat mereka.

Akhirnya mereka mengambil tikar-tikar yang masih terhampar. Mereka bertiga berdiri halaman masjid, berpayungkan tikar. Walaupun mereka telah berpayungkan tikar, ia tetaplah tikar bukannya payung. Mereka terus kebasahan. Begitu pun, tidak ada seorang dari kami di beranda memanggil mereka untuk berteduh di beranda. Kami tidak bersikap seperti nabi Nuh ketika anaknya hampir mati kelemasan, walaupun anaknya bersikeras enggan menaiki bahtera nabi Nuh.

Hari ini atau esok, mungkin pengalaman yang sama akan berulang. Ketika ada orang yang berat hatinya untuk menghampiri masjid (Islam), jangan ada yang senang hati untuk memandang tanpa menghulurkan tangan atau kata-kata membantu mereka. Mereka mungkin tidak biasa, mungkin merasa malu tapi mereka sebenarnya ingin. Buktinya, mereka telah berlari ke arah masjid (Islam) itu.

[+] Read More

Tuesday, April 10, 2007

Apa Lagi Yang Tinggal

Ketika makna sebenar tentang agama telah hilang, maka yang tertinggal hanyalah zahirnya. Ibadat hanyalah menjadi adat. Sembahyang hanyalah gerak-gerak anggota badan. Puasa tinggal rasa haus dan kelaparan. Zikir hanya lafaz dan goyangan. Zuhud cuma pada pakaian dan luaran. Ilmu dijadikan perhiasan. Jihad cuma menjadi kebanggaan. Masjid tersergam indah hanyalah bangunan. Al-Quran hanyalah tinggal sebuah mashaf dan tulisan.

Ketika itu kelihatan penyeru-penyeru kepada agama mula menunjuk-nunjuk. Si zalim menindas atas nama keadilan. Kebathilan mereka jadikan kebenaran. Teriakan suara-suara kaum yang lemah dianggap penentangan. Tuntutan kepada hak mereka tidak dilayan. Ketika suara kepada kebaikan disalah ertikan. Kesetiaan kepada si zalim suatu yang dipersilakan.

Ketika itu hak manusia tidak memberi makna. Kebathilan si zalim suatu yang mulia dan dipuja. Ketika itu telah condong neraca kewarasan. Perkara yang maaruf menjadi mungkar dan munkar menjadi maaruf. Tempat maksiat dikerumuni, tempat ibadah dijauhi.

Ketika itu munculnya pencuri atas nama memelihara hak manusia. Perompak jalanan bernama konsesi. Pelampau batas atas nama pembebasan hak asasi manusia. Ketika itu disuruh dajal membawa hidayah dan islah. Orang tidak tahu agama mula bercakap tentang agama dan mencanduinya.

Nabi pernah bersabda yang bermaksud: "Hancurnya bangsa-bangsa sebelum kamu disebabkan oleh tindakan mereka yang membiarkan orang-orang terhormat melakukan pencurian (rasuah), sedangkan bila orang-orang lemah (rakyat) yang mencuri, hukum potong tangan dijatuhkan kepada mereka. Demi diriku yang berada ditangan-Nya, andaikan Fatimah puteri Muhammad mencuri nescaya akan kupotong tangannya." Riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nasa'i.

[+] Read More

Thursday, April 5, 2007

Cerita Dalam Bilik

Aku sebenarnya dah lama tak berchatting. Tak, maksud aku chatting yang lelama macam dulu2. Tapi kali ni aku jumpa member lama yang dah bekerja. Dia berchatting pun kat tempat kerja cuma aku harapkan dia takler mengabaikan kerja dia sebab dia berchatting. Takut kalau boss dia marah.. "eh lu.. wa bayar bukan untuk lu chatting kat sini maa, mau kerja takmau kerja?" tu kalau boss berbangsa tionghoa ler yang marah menurut aku punya imaginasi... tapi member aku ni keje kat jabatan kerajaan. Bossnya jugak orang melayu.

Banyak benda lah yang kitorang borakkan.. dari citer dia kat umah sampai tempat keje pastu balik umah semula. Kesian gak, tak cukup gaji beb. Duduk kat bandar, rumah nak kena bayar sewa, transport lagik, family lagik, nasib baik anak baru sorang, bini pun masih sorang. Aku rasa bini dia tetap sorang lah. Sebab dia sayang bini dia.

Dia puji bini dia kat aku beb. Bila pegi shopping, nak belikan bini dia kasut baru pun bini dia taknak. Nak belikan rantai taknak. Sebagai laki, dia pun kesian kat bini dia takde perhiasan mana. Aku pun cakap kat dia.. "yang pening bila bini kejap2 mintak beli kasut, nak beli rantai. Boleh botak kepala.." Tapi kalau dah kesian tu, belikan ler hadiah utk bini sendiri kan. Jangan bini orang pulak. Aku rasa tak payah yang mahal. Ikut kemampuan ler kan.

Klimak kat citer aku ni sebenarnya pasal dia kat tempat keje. Sebab dia meluahkan perasaan kat aku sebab gaji dia ngam2 jer. Orang dah berkeluarga. Faham2lah kan. Sebagai manusia biasa, ada gak keinginan terhadap perhiasan dunia nih. Nak beli rumah sendiri. Nak naik motor nak beli kereta.. bla bla bla..

Dia bengang ngan boss dia. Pasal waktu kerja, pekerja bawahan wajib kena pakai punchcard. Boss takyah pakai. Datang lambat takper, balik cepat pun takper. Sapa nak marah. Pastu dia citer boss dia kerja goyang kaki jer. Keje dah suruh budak2 bawahan buat. Pastu pekerja nak buat overtime takleh. Tapi boss dia claim bukan sikit. Kadang-kadang sampai sama ngan gaji dia sebulan. Datang kerja hari-hari sampai kadang tak sempat nak temankan bini dia pergi klinik.

Aku pun tanya kalau dia pernah suarakan benda nih. Dia kata nak perit tekak dia bertekak. Sampaikan boss dia pun dah anti kat dia. PC yang dia pakai pun tak di'upgrade'kan. Padahal staff2 yang baik ngan boss dan pakai monitor lcd. Dia still pakai monitor crt. Kalau ada souvenier pun taknak kasik kat dia. Tapi boleh bagi kat orang yang tak keje kat jabatan dia. Lastly dia cakap.. siapalah dia.

Tapi takkan ni kesudahan citer nih. Takkan ler setelah di tekan, dia cuma dapat luahkan "siapalah dia". Menyatakan bahawa dia tak mampu nak meminta haknya bukan melawan tanpa pasal. Ataupun dia takut kehilangan pekerjaannya. Kalau hilang pekerjaan, sapa nak bagi anak bini makan. Sekarang ni beratus ribu tengah menunggu dapat keje. Sebab tu ker boss2 ni semakin berkuasa?... Dalam keadaan tertekan dia terus menekan punat2 keyboard, chatting ngan aku ler...

[+] Read More

Wednesday, April 4, 2007

Pembunuhan Tanpa Kesakitan

Dalam peperangan, berlangsung tusukan demi tusukan. Mentah butir peluru memecah daging mematahkan tulang. Jasad mereka dirobek bagaikan hidangan. Anak menjadi yatim piatu. Isteri menjadi balu. Ketika kesakitan dirasai, memacu mereka bangkit melawan. Kerana akal mereka masih bernyawa.

Tetapi dalam Perang Pemikiran, tiada keringat yang tumpah, tiada tubuh yang mengalirkan darah, tiada lagi peluru atau peledak yang meratah. Tiada lagi yang kehilangan suami atau ayah. Tanpa merasai kesakitan mereka terkorban.

Dalam perang ini bukan nyawa jadi taruhan. Ketika nyawa dan kekuatan persenjataan dipertaruhkan, musuh Islam mengalami kekalahan. Umat Islam yang berjuang sentiasa berada dalam keberuntungan. Samada mereka terus menjulang Islam di atas muka bumi ini atau mereka menggadaikan nyawa mereka untuk mendapatkan bidadari di dalam syurga.

Maka Perang Pemikiran dilancarkan setelah perang salib mengalami sembilan kali kekalahan. Strategi Perang Pemikiran ialah membiarkan tubuh terus hidup dan mampu berjalan. Tapi akhlak telah dihancurkan, pemikiran telah diracuni, pendidikan telah dicemari dan agama telah dipalsukan.

Perang ini mensasarkan titik kelemahan umat Islam. Hinggakan adanya mereka bagaikan tiada. Seperti buih ditengah lautan. Mereka suburkan penyakit wahn. Penyakit menyintai dunia dan takutkan kematian. Orang yang berada dalam keadaan takutkan kematian sebenarnya mereka telah dibunuh tanpa merasa kesakitan.

Samuel Zwemer dalam persidangan Al Quds untuk paderi-paderi pada tahun 1935 mengatakan: "Sebenarnya tugas kalian bukan mengeluarkan orang-orang Islam dari agamanya menjadi pemeluk agama kalian. Akan tetapi menjauhkan mereka dari agamanya (Al Qur'an dan Sunnah). Sehingga mereka menjadi orang-orang yang putus hubungan dengan Tuhannya dan sesamanya (saling bermusuhan), menjadi terpecah-belah dan jauh dari persatuan. Dengan demikian kalian telah menyiapkan generasi-generasi baru yang akan memenangkan kalian dan menindas kaum mereka sendiri sesuai dengan tujuan kalian"

"Jika seseorang ingin membina bangunan yang kukuh, maka dimulakan dengan tapak dan asas yang kukuh. Islam juga begitu, maka binalah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin merobohkan rumah, tentu sukar kalau terus membongkar tapak dan asasnya, maka hancurkan satu persatu, tembok dan pagarnya dindingnya, pintunya, bumbungnya, tiangnya... akhirnya rumah menyembah bumi..."

Allah taala telah berfirman:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka akan Yang demikian. Surah As-Soff ayat 8.

[+] Read More