-->

Wednesday, July 25, 2007

Kata Bersulam Dusta

Berdiri pemimpin itu di hadapan aku, dia, kamu dan semua. Dia berkata "mereka yang bersalah tidak akan terlepas daripada undang-undang negara."

Itu katanya. Tapi hakikatnya tidaklah begitu. Tapi kalau dia baik dengan sang pemimpin itu pastinya bisa terlepas juga. Tapi awas kamu rakyat jelata. Kalau kamu mencuri seposen pun takkan terlepas. Jaringnya bermata halus tapi reput. Ikan kecil tersangkut, ikan besar merobek jaring.

Pemimpin itu berkata lagi "rakyat di beri kebebasan tetapi kebebasan itu ada hadnya"

Indah kata-katanya. Sebenarnya dia nak katakan "kamu semua tak bebas. Jangan cuba-cuba nak lawan saya." Senang cerita. Tapi takut kelihatan macam zalim sangat, kena cover jugak.

Pemimpin itu mengingatkan lagi "kami telah bertoleransi dan rakyat bebas untuk mengatakan apa sahaja tapi perlu memikirkan kesannya kepada masyarakat."

Sebenarnya dia ingin mengatakan "aku hanya bertoleransi pada sebahagian perkara yang memberi keuntungan pada ku. Kalau tidak, aku akan katakan itu adalah pemecah belah masyarakat."

Pemimpin itu berkata lagi "aku begitu toleran terhadap pendirian anti kepada aku dan kritikan yang dibuat, aku amat bimbang kepada kenyataan yang menghina agama dan berbau perkauman sehingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat."

Semakin hebat ucapannya. Tetapi sebenarnya rakyat dalam keresahan atas serangan terhadap agama Islam tanpa pembelaan. Siapa yang beriya-iya berjuang atas nama perkauman dan bangsa. Di manakah ruang untuk rakyat menyatakan kritikan? Televisyen? Radio? Surat Khabar?

Pemimpin itu berkata dengan tegas, "Atas nama kebebasan, rakyatku membenarkan fitnah, pembohongan, maki hamun, kata-kata kesat, keji dan kenyataan bersifat perkauman disampaikan tanpa mengambil kira kesannya kepada masyarakat."

Aku suka ucapan ini. Memang benar, ucapan anti pemimpin itu disorot dan diteliti. Dicari mana salahnya. Penyampainya akan ditangkap. Akan dikenakan hukuman. Biar berkurang ancaman. Biar mereka merasa ketakutan.

Cuma ucapan dia dan kawan-kawannya tidak perlu begitu. Katakanlah apa korang nak kata. Kerana korang berada di pihak pemimpin itu.

[+] Read More

Saturday, July 14, 2007

Apa Boleh Buat?

Jika anda mendengar seorang pemimpin paling power dalam negara anda berkata demikian: “Keluar Islam bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Ia pernah berlaku sebelum ini. Untuk sesiapa yang tidak mahu beragama islam lagi, apa yang boleh kita buat?” [harakahdaily]. Apakah perasaan anda? Apakah anda inginkan pemimpin seperti ini terus menerajui negara anda?

Jika anda mendengar seorang mufti di negeri anda menjawab apabila ditanya mengenai ada orang yang ingin murtad, dia menjawab: "biarlah, biar dia clear, dia kafir..." dan dalam klip yang sama dia mengucapkan: "kalau dia nak murtad juga, apa kita boleh buat. dari kita menyimpan munafik yang duduk dalam agama, kita biar dia declare diri dia secara terbuka, dia kafir. keluar dari agama..." [youtube]. Anda boleh menyaksikan klip itu. Kalau aku salah memahami tegurlah aku.

Ucapan dari orang yang berbeza... tapi membawa makna yang hampir serupa. Aku taktau siapa belajar dari siapa atau siapa yang mengajar siapa. Kenapa harus biarlah dan apa boleh kita buat jawapannya. Agaknya murtad bukan satu jenayah. Tapi inilah nasib umat Islam di negara kita. Kalau rakyat berhimpun dengar ceramah, demonstrasi tau pulak nak antar FRU. Menyokong parti pembangkang lebih mendatangkan masalah dari sesapa nak murtad.

Sheikh Abul Hassan Ali Al Nadwi telah menulis dalam risalahnya "Gejala Riddah Mengapa Tiada Abu Bakar Memeranginya" menyatakan: "Di kebanyakkan negara orang-orang Islam hari ini, kita akan dapati sebahagian besar daripada orang-orang yang memegang teraju pemerintahan, terdiri dari pemeluk-pemeluk agama baru ini, sungguhpun cara mereka bertaqlid agak berlainan. Boleh jadi di antara mereka ini ada yang mengakui beragama Islam, tetapi dengan lisan sahaja sedangkan perbuatan mereka dipengaruhi oleh falsafah kebendaan dari barat yang menjadi asas penting bagi faham Mulhid (atheism).

Kalau Fabio Capello dengan gaya sepakbola ultra defensive berjaya membawa Real Madrid menjadi juara liga Sepanyol pun tersingkir dari jawatannya, hanya kerana tidak memberikan gaya permainan yang diharapkan. Itu baru sebuah kelab bolasepak. Tapi bagaimana seorang pemimpin negara tidak tahu nak buat apa kalau rakyat negaranya murtad. Nampaknya rakyat kena tahu nak buat camne. Jangan anda pun join sekali berkata, biarlah... apa boleh buat.

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

Ertinya : Ingatlah akan hari kiamat Yang padanya ada muka orang-orang menjadi putih berseri, dan ada muka orang-orang menjadi hitam legam. Adapun orang-orang Yang telah hitam legam mukanya, (Mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu". surah Ali-Imran 106

[+] Read More

Wednesday, July 4, 2007

Sempat Dalam Sempit

Niatnya nampak baik. Nak suruh orang berhenti. Sebab membahayakan kesihatan. Tapi kenapa hanya harga yang menjadi sasaran. Dah berapa lama usaha ni dijalankan. Dah berapa kali naik harga. Tapi jumlah yang mengguna tetap bertambah. Mungkin kita boleh bertanya, betul ker nak suruh diorang ni berhenti. Macamane dengan beberapa barang dan cas perkhidmatan yang dinaikkan? Nak suruh berhenti gak ker? Mungkin saja kiasan aku tak berapa mengena.

Katakan saja menaikkan harga rokok adalah langkah terbaik mampu dilaksanakan oleh kerajaan. Bagaimana boleh kempen untuk taknak tapi masa yang sama masih banyak dan mudah didapati di pasaran. Iklan rokok lebih banyak dari kempen taknak merokok. Adakah kerana pengguna bertambah, maka ini adalah kesempatan yang terbaik untuk menaikkan harga. Kan ini memang fungsi penawaran dan permintaan. Bila banyak permintaan, harga akan naik. Perang candu belum tamat kerana lesen candu belum sampai tarikh luput.

“Jumlah perokok di negara kita secara kasar ialah enam juta orang dengan lapan peratus daripadanya adalah perokok wanita. Sebelum ini hanya empat peratus sahaja tetapi kebelakangan ini trend perokok wanita meningkat 100 peratus,” ni Datuk Lee Kah Choon, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan yang kuar kenyataan.

Kalau aku sebagai orang yang ada ladang tembakau. Tidak bermasalah, sebab tembakau kat Malaysia ni memang ada market. Kadang tak cukup, siap import dari luar. Tiada masalah dengan kenaikkan ini. Kalau aku juga kerajaan yang mengeluarkan lesen. Aku juga setuju dengan kenaikkan ini. Rakyat boleh berhenti merokok. Kenaikkan duti eksais tembakau yang masuk dalam kantung negara. Sebanyak tiga sen sebatang. 60 sen sekotak untuk sekotak rokok 20 batang.

Tapi kalau aku seorang perokok. Mungkin akan berfikir-fikir untuk berhenti. Takpun, mengira kembali belanjawan bulanan. Bahagian mana hendak dikurangkan. Mungkin boleh cilok sikit duit belanja dapur. Berapa yang perlu dibayar kalau setahun rakyat akan menghisap 19 billion batang rokok? Thank you for smoking. Hehe.

Kalau pernah terbaca satu berita, bertajuk 'harga rokok di Malaysia paling murah'. Kalau nak dibandingkan negara lain. Jadinya, kalau dinaikkan harga akan menyebabkan perokok tidak mampu membeli dan seterusnya akan berhenti. Harap-harap agar menjadi kenyataan. Tapi jangan sampai meningkat kadar jenayah. Tak mampu nak beli, diorang mencuri. Pernahkah anda tiba2 dipaksa menyerahkan wang kerana orang itu hendak membeli rokok? Kalau tak pernah. Boleh tanya anak sedara aku.

Kalau benar-benar ingin menjadikan rakyat Malaysia sihat. Kenapa tak ikut contoh Nabi Muhammad mengharamkan arak. Saat orang Madinah begitu tegar gila bangkong meminum arak. Nabi Muhammad berjaya mengharamkan arak pada tahun ketiga hijrah. Sahabat-sahabat berhenti. Menumpahkan arak-arak mereka. Memecahkan tempayan-tempayan arak mereka. Adakah dengan cara menaikkan cukai arak ketika tu. Supaya orang Madinah tak boleh beli arak. Baginda turut mengharamkan pengilang, peminum, pembekal, penuang, tukang jual, tolong beli dan yang makan duit arak tu termasuklah yang keluarkan lesen sekali.

Memanglah mengubah manusia ni tak mudah. Baginda memerlukan 13 tahun untuk mengubah akidah penduduk Mekah. Nabi mengambil masa 10 tahun untuk melaksanakan syariah. Tapi kat negara kita, arak tak haram apatah lagi rokok. Tapi yang menjadi masalahnya time PASTI, Sekolah Agama Rakyat, penceramah pulak kena haramkan.

Kalau merokok membahayakan kesihatan. Kenapa yer masih dibenarkan petani menanam tembakau. Kenapa masih dibenarkan pengilang mengeluarkan rokoknya. Kenapa kerajaan masih membenarkan kilang-kilang ini beroperasi. Nasib baik ayat tu tak gunakan "rokok itu boleh membunuh". Maka tanyalah siapa pembunuhnya. Penanam tembakaukah? atau penjual rokok kah? atau pengilang kah? Kalau kilang rokok, siapakah yang mengeluarkan lesen untuk membunuh? Sendiri pikir lah dol.

Fakta Mengenai Rokok:

3 Pengilang rokok utama di Malaysia. mengeluarkan sekitar 19 bilion batang rokok tiap-tiap tahun untuk pasaran tempatan. Menggunakan sekitar 15 juta kilogram tembakau. 5 juta kilogram tembakau yang diimport. Pendapatan pengilang-pengilang rokok utama sekitar RM650 juta dalam pertukaran wang asing dalam tahun 1999.

Ingin tahu lebih lanjut kenapa diorang tanam tembakau tak tanam benda lain. Korang boleh pegi lawan sendiri laman rasmi Lembaga Tembakau Negara. Ataupun soal jawab mengenai tembakau.

Cukai rokok naik, kerajaan kaut untung atas sengsara perokok?
Cukai naik, rokok kotak besar RM8

[+] Read More