-->

Wednesday, April 19, 2006

Ketam Punya Cerita

Tidak hamba ketahui bilakah diciptanya pepatah 'Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus'. Mungkin sebelum dicipta pepatah 'bapak borek anak rintik' agaknya.

Lebih kurang 15 tahun dulu.. diceritakan bahawa seorang raja memerintah di muka bumi ini. Namanya tidak pula dikhabarkan. Begitu juga dengan negeri kekuasaannya tidak dapat dipetakan. Mungkin cerita ini hanyalah rekaan jenaka dan teka-teki buat kanak2 di zaman itu.. Tapi hamba tak dapat nak cari keshahihan cerita ni..

Pada suatu hari.. tukang masak di dapur istana bertanya. Apakah masakan yang ingin disantap oleh tuanku tengahari ini? Belum sempat dijawab. Datanglah pula tukang kayu. Tuanku... kayu sudah siap digergaji tuanku. Belum sempat memberi perintah. Petani pula datang. Tuanku... padi semua telah masak tuanku. Lantas dijawab. Ketammmm...

Setelah beberapa tahun berlalu... ada lagi cerita pasal ketam. Kali ini mengenai perbezaan antara ketam cina dan ketam melayu. Ringkas cerita pasal beza ketam2 ni ialah ketam cina kena tutup bekasnya. Ketam melayu takyah tutup pun takpe. Sebab kalau seekor ketam melayu ni nak kuar. Ketam yang kat bawah akan tarik. Bagi jatuh. Kalau lepas keluar. Blah gitu jer. Taknak tolong member2 ketam yang lain. Kalau ketam cina nak keluar. Ketam yang lain akan bantu dia naik bekas tu dan yang di atas akan tolong yang di bawah naik.

Hamba pun taktau betul ker tidak citer ni. Tapi kalau tukar perkataan 'ketam' tu kepada 'orang'. Hamba rasa betul jugak adanya cerita itu hakikatnya. Kasihan kepada orang Melayu yang berjuang atas dasar kebangsaan. Meninggalkan Islam sebagai cara hidup mereka. Kemulian itu milik Allah.

2 comments:

Ibnu Ali said...

"guru kencing berdiri, murid kencing TERBANG"= pepatah Syeikh Husni Ginting

Da Munique said...

sekarang ni.. guru tak kencing pun kena belasah ngan anak murid. dahsyat sungguh. dalam bulan april dah tiga kes belasah guru. mungkin betul jugak pepatah syeikh husni tu.