-->

Friday, September 29, 2006

Main Kayu Tiga

Orang bercinta pasti marah kalau pasangannya main kayu tiga. Apatah lagi bila orang yang dah kawin siap pasang lagi satu kat luar. Lagi bahaya kalau ada skandal dengan somebody kat dalam rumah. Huhu. Apapun, semua orang akan katakan main kayu tiga ni tak baik. Menduakan pasangan. Ada yang kena bunuh. Ada yang kena simbah asid. Ada yang mintak cerai. Macam2 lagik tindakkan susulan. Tak puashati punya pasal. Kalau yang jenis dayus... wat selamba jer.

Tapi camne kalau hamba main kayu tiga dengan Tuhannya. Makhluk yang dicipta ni nak menduakan Penciptanya. Suka-suka dia mensyirikkan Allah dengan yang lain. Politheisme (musyrik). Mungkin tidak menatah batu untuk dijadikan berhala, menghidupkan api atau memuja matahari macam sebahagian musyrik yang lain. Dalam masa mereka bertuhankan Allah. Dia main kayu tiga...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia dan Dia mengampuni dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". Surah An-Nisa' ayat 48.

Katakanlah (wahai Muhammad): Marilah aku bacakan (untuk kamu) perkara yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatupun. Surah Al-An'am ayat 151.

Manusia menjadikan nafsu sebagai tuhan yang disembah. Menjadikannya berhala yang disembah. Ditaati dan dituruti. Menjadi hegemoni dalam kehidupan. Nafsu yang terus beraja di hati. Imam Ghazali berkata, ''Ciri khas nafsu ialah merasa enak, lalai, santai atau malas. Dan semua ajakannya bersifat batil. Andaikan engkau mau menuruti perintahnya, engkau akan rosak. Atau lupa tidak mewaspadainya, engkau pasti hanyut dan sulit sekali menolak keinginannya. Padahal, semua itu akan mengajakmu ke neraka.''

Manusia menjadikan harta, takhta dan wanita sebagai tuhan yang dikejar-kejar. Andai datang perintah Allah. Ketimbang dengan harta, takhta dan wanita. Perintah Allah ditangguh dulu. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa mencintai dunia, maka dia merosak akhiratnya, dan barangsiapa yang mencintai akhirat, maka (seolah-olah) membinasakan dunianya. Maka, utamakanlah yang kekal (akhirat) daripada yang fana (dunia)". Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi.

Manusia menjadikan sifat kecintaan sebagai tuhan. Berapa banyak pelanggaran syariat hanya kerana cinta. Berzina dengan alasan cinta. Pembuangan anak hasil benih cinta. Hinggakan manusia sanggup berkata " Semakin Aku Hidup Dalam Cinta, Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya". "Tiada lafaz yang lebih agung, Kalimah cintamu, Yang ku tunggu tunggu".

Manusia menjadikan sifat ketakutan sebagai tuhan. Bukan kepada Allah. Takut tak dapat cari makan. Takut hilang kawan. Takut hilang pekerjaan. Takut hilang pangkat. Takut hilang kerusi. Akhirnya Allah diketepikan. Perkara yang haram, menjadi halal. Perkara yang halal disusahkan. Bukan Firaun dan Namrud jer mengaku menjadi tuhan. Hari ni mungkin yang namanya Abdullah (Hamba Allah) pun nak jadi tuhan...

No comments: