-->
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Saturday, July 14, 2007

Apa Boleh Buat?

Jika anda mendengar seorang pemimpin paling power dalam negara anda berkata demikian: “Keluar Islam bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Ia pernah berlaku sebelum ini. Untuk sesiapa yang tidak mahu beragama islam lagi, apa yang boleh kita buat?” [harakahdaily]. Apakah perasaan anda? Apakah anda inginkan pemimpin seperti ini terus menerajui negara anda?

Jika anda mendengar seorang mufti di negeri anda menjawab apabila ditanya mengenai ada orang yang ingin murtad, dia menjawab: "biarlah, biar dia clear, dia kafir..." dan dalam klip yang sama dia mengucapkan: "kalau dia nak murtad juga, apa kita boleh buat. dari kita menyimpan munafik yang duduk dalam agama, kita biar dia declare diri dia secara terbuka, dia kafir. keluar dari agama..." [youtube]. Anda boleh menyaksikan klip itu. Kalau aku salah memahami tegurlah aku.

Ucapan dari orang yang berbeza... tapi membawa makna yang hampir serupa. Aku taktau siapa belajar dari siapa atau siapa yang mengajar siapa. Kenapa harus biarlah dan apa boleh kita buat jawapannya. Agaknya murtad bukan satu jenayah. Tapi inilah nasib umat Islam di negara kita. Kalau rakyat berhimpun dengar ceramah, demonstrasi tau pulak nak antar FRU. Menyokong parti pembangkang lebih mendatangkan masalah dari sesapa nak murtad.

Sheikh Abul Hassan Ali Al Nadwi telah menulis dalam risalahnya "Gejala Riddah Mengapa Tiada Abu Bakar Memeranginya" menyatakan: "Di kebanyakkan negara orang-orang Islam hari ini, kita akan dapati sebahagian besar daripada orang-orang yang memegang teraju pemerintahan, terdiri dari pemeluk-pemeluk agama baru ini, sungguhpun cara mereka bertaqlid agak berlainan. Boleh jadi di antara mereka ini ada yang mengakui beragama Islam, tetapi dengan lisan sahaja sedangkan perbuatan mereka dipengaruhi oleh falsafah kebendaan dari barat yang menjadi asas penting bagi faham Mulhid (atheism).

Kalau Fabio Capello dengan gaya sepakbola ultra defensive berjaya membawa Real Madrid menjadi juara liga Sepanyol pun tersingkir dari jawatannya, hanya kerana tidak memberikan gaya permainan yang diharapkan. Itu baru sebuah kelab bolasepak. Tapi bagaimana seorang pemimpin negara tidak tahu nak buat apa kalau rakyat negaranya murtad. Nampaknya rakyat kena tahu nak buat camne. Jangan anda pun join sekali berkata, biarlah... apa boleh buat.

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

Ertinya : Ingatlah akan hari kiamat Yang padanya ada muka orang-orang menjadi putih berseri, dan ada muka orang-orang menjadi hitam legam. Adapun orang-orang Yang telah hitam legam mukanya, (Mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu". surah Ali-Imran 106

[+] Read More

Wednesday, July 4, 2007

Sempat Dalam Sempit

Niatnya nampak baik. Nak suruh orang berhenti. Sebab membahayakan kesihatan. Tapi kenapa hanya harga yang menjadi sasaran. Dah berapa lama usaha ni dijalankan. Dah berapa kali naik harga. Tapi jumlah yang mengguna tetap bertambah. Mungkin kita boleh bertanya, betul ker nak suruh diorang ni berhenti. Macamane dengan beberapa barang dan cas perkhidmatan yang dinaikkan? Nak suruh berhenti gak ker? Mungkin saja kiasan aku tak berapa mengena.

Katakan saja menaikkan harga rokok adalah langkah terbaik mampu dilaksanakan oleh kerajaan. Bagaimana boleh kempen untuk taknak tapi masa yang sama masih banyak dan mudah didapati di pasaran. Iklan rokok lebih banyak dari kempen taknak merokok. Adakah kerana pengguna bertambah, maka ini adalah kesempatan yang terbaik untuk menaikkan harga. Kan ini memang fungsi penawaran dan permintaan. Bila banyak permintaan, harga akan naik. Perang candu belum tamat kerana lesen candu belum sampai tarikh luput.

“Jumlah perokok di negara kita secara kasar ialah enam juta orang dengan lapan peratus daripadanya adalah perokok wanita. Sebelum ini hanya empat peratus sahaja tetapi kebelakangan ini trend perokok wanita meningkat 100 peratus,” ni Datuk Lee Kah Choon, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan yang kuar kenyataan.

Kalau aku sebagai orang yang ada ladang tembakau. Tidak bermasalah, sebab tembakau kat Malaysia ni memang ada market. Kadang tak cukup, siap import dari luar. Tiada masalah dengan kenaikkan ini. Kalau aku juga kerajaan yang mengeluarkan lesen. Aku juga setuju dengan kenaikkan ini. Rakyat boleh berhenti merokok. Kenaikkan duti eksais tembakau yang masuk dalam kantung negara. Sebanyak tiga sen sebatang. 60 sen sekotak untuk sekotak rokok 20 batang.

Tapi kalau aku seorang perokok. Mungkin akan berfikir-fikir untuk berhenti. Takpun, mengira kembali belanjawan bulanan. Bahagian mana hendak dikurangkan. Mungkin boleh cilok sikit duit belanja dapur. Berapa yang perlu dibayar kalau setahun rakyat akan menghisap 19 billion batang rokok? Thank you for smoking. Hehe.

Kalau pernah terbaca satu berita, bertajuk 'harga rokok di Malaysia paling murah'. Kalau nak dibandingkan negara lain. Jadinya, kalau dinaikkan harga akan menyebabkan perokok tidak mampu membeli dan seterusnya akan berhenti. Harap-harap agar menjadi kenyataan. Tapi jangan sampai meningkat kadar jenayah. Tak mampu nak beli, diorang mencuri. Pernahkah anda tiba2 dipaksa menyerahkan wang kerana orang itu hendak membeli rokok? Kalau tak pernah. Boleh tanya anak sedara aku.

Kalau benar-benar ingin menjadikan rakyat Malaysia sihat. Kenapa tak ikut contoh Nabi Muhammad mengharamkan arak. Saat orang Madinah begitu tegar gila bangkong meminum arak. Nabi Muhammad berjaya mengharamkan arak pada tahun ketiga hijrah. Sahabat-sahabat berhenti. Menumpahkan arak-arak mereka. Memecahkan tempayan-tempayan arak mereka. Adakah dengan cara menaikkan cukai arak ketika tu. Supaya orang Madinah tak boleh beli arak. Baginda turut mengharamkan pengilang, peminum, pembekal, penuang, tukang jual, tolong beli dan yang makan duit arak tu termasuklah yang keluarkan lesen sekali.

Memanglah mengubah manusia ni tak mudah. Baginda memerlukan 13 tahun untuk mengubah akidah penduduk Mekah. Nabi mengambil masa 10 tahun untuk melaksanakan syariah. Tapi kat negara kita, arak tak haram apatah lagi rokok. Tapi yang menjadi masalahnya time PASTI, Sekolah Agama Rakyat, penceramah pulak kena haramkan.

Kalau merokok membahayakan kesihatan. Kenapa yer masih dibenarkan petani menanam tembakau. Kenapa masih dibenarkan pengilang mengeluarkan rokoknya. Kenapa kerajaan masih membenarkan kilang-kilang ini beroperasi. Nasib baik ayat tu tak gunakan "rokok itu boleh membunuh". Maka tanyalah siapa pembunuhnya. Penanam tembakaukah? atau penjual rokok kah? atau pengilang kah? Kalau kilang rokok, siapakah yang mengeluarkan lesen untuk membunuh? Sendiri pikir lah dol.

Fakta Mengenai Rokok:

3 Pengilang rokok utama di Malaysia. mengeluarkan sekitar 19 bilion batang rokok tiap-tiap tahun untuk pasaran tempatan. Menggunakan sekitar 15 juta kilogram tembakau. 5 juta kilogram tembakau yang diimport. Pendapatan pengilang-pengilang rokok utama sekitar RM650 juta dalam pertukaran wang asing dalam tahun 1999.

Ingin tahu lebih lanjut kenapa diorang tanam tembakau tak tanam benda lain. Korang boleh pegi lawan sendiri laman rasmi Lembaga Tembakau Negara. Ataupun soal jawab mengenai tembakau.

Cukai rokok naik, kerajaan kaut untung atas sengsara perokok?
Cukai naik, rokok kotak besar RM8

[+] Read More

Sunday, May 27, 2007

Boikot Barangan Naik

Hari ini aku membaca berita pasal kenaikkan harga barang. Najib suruh boikot. Dia kata “Kita boleh bertindak dan paling berkesan pengguna sendiri memboikot kedai mengenakan caj berlebihan dan menaikkan harga tidak berpatutan sebagai pengajaran,” Aku memang setuju. Tapi aku tau memang ada yang tak setuju. Pastinya peniaga yang naikkan harga ler. Ayat diorang "ini takde ambik untung punya..."

Barangan Naik (BN) memang patut diberikan pengajaran. Memang patut diboikot. Sebab BN ni menyusahkan orang jer. Terutamanya dah memang ler hidupnya susah. Baru ada ura-ura kenaikkan gaji barang pun turut naik sama. Tu kalau hidup makan gaji ngan kerajaan kira ok ler sikit. Kalau hidupnya keje swasta, apatah lagi tak makan gaji macam petani dan nelayan. Bahkan peniaga tu sendiri akan merasainya. Takkan selamanya nak makan barang sendiri.

Maka akan bertambahlah lagi cabaran dalam kehidupan. Bak kata orang "bukan senang nak senang, bukan susah nak susah." Peniaga pun susah juga sebab manalah ada orang nak beli kalau harga mahal. Tapi kalau terpaksa camne? Macam gula, tepung dan minyak masak dan gas. Soalan yang lain... kalau terpaksa boleh ker nak boikot?

Kenapa adanya BN dalam negara kita? Mungkin kita perlu merenungi lagu 'bangau oh bangau' yang menggambarkan hal-hal itu sebenarnya bersangkut-sangkut dan berantai-rantai. Tak berapa lama dulu minyak petrol dan diesel naik. Pastu elektrik pun naik jugak. Tol memang dah banyak kali naik. Pastu kekurangan bekalan di pasaran. Pastu mula ler naik harga.

Maka, adalah tidak bijak kalau si pengilang itu menggunakan basikal untuk memasarkan barangan mereka dan kilang mereka tidak menggunakan bekalan elektrik untuk penjimatan kos. Kalau kos dah naik maka harga barang pun naik ler jugak. Bila kilang dah naikkan harga, pembekal pun ikut sekali. Last2 peniaga yang naikkan harga dia pulak yang kena boikot...

Kalau boikot BN, pembeli nak beralih arah kemana? Jawapannya kena carilah alternatif. Kalau ada 'pesta naik harga' maka dilancarkan 'Kempen Beli Barang Murah'. Kan ada pasaraya Hyper macam Tesco, Giant, Carrefour dan Mydin yang menawarkan harga lebih murah. Biar peniaga-peniaga kecil ni bungkus. Kalau dah bungkus diorang nak ke mana?

Tapi bukan jawapan yang tepat jugak sebenarnya. Kalau macam rumah aku yang di kawasan pendalaman pastu nak pergi ke bandar untuk membeli barangan yang murah. Adalah tidak bijak juga. Sebab kena pulak mengisi minyak, membayar tol dan membayar tempat letak kereta. Lebih kurang jer.

Jadinya, supaya lebih bijak kenalah boikot penyebab utama BN ni terus berkuasa. Kenalah belajar-belajar teori domino. Macam main domino jugak ler. Boikotlah BN.

[+] Read More

Friday, March 30, 2007

Biarkan Luka Berdarah

Ada orang menyangka Air Mata Berembang sebuah tajuk drama melayu tempatan. Tapi bagi aku itulah episod drama yang benar-benar terjadi tetapi tidak ditayangkan di kaca tv. Ramai orang taktau dan tak ambil peduli sebab ianya takkan keluar kat tv dan ramai yang tak ambil peduli. Bukan kampung mereka yang kena.

Kalau ditayangkan, aku percaya ianya akan mampu mengalahkan program realiti yang lain. Kerana ia adalah realiti sebenar kehidupan masyarakat Melayu di kawasan bandar yang mula ternafi hak mereka. Kalau di tv sibuk mencari potensi penghibur yang baru, di Selangor khususnya tanah-tanah yang berpotensi terus dicari. Program realiti yang tidak memerlukan undian sms dari anda. Tapi sms2 lah untuk memberitahu rakyat yang lain.

Episod drama Kampung Berembang, Kampung Semarak, Kampung Rimba Jaya, Kampung Wira Damai, Kampung Banjar dan Kampung Kassipillay antara drama yang menggambarkan bagaimana impian "setinggan sifar" dilaksanakan.

Membaca cerita atau berita memang tak sama dengan menonton cerita. Ketika seorang kawan minta dicarikan video Duka dan Lara Kampung Berembang, rupanya dah banyak episod telah ke udara tetapi hanya dapat dilayan bagi siapa yang memiliki kemudahan.

Mungkin kita lebih tau tentang cerita bagaimana jentolak merobohkan rumah-rumah di Palestine. Kita akan mengutuk kezaliman Israel kerana merobohkan kediaman dan merosakkan harta orang Islam. Tapi kisah yang hampir sama berlaku kepada penduduk setinggan bandar yang menghuni rumah mereka sejak berpuluh tahun. Bezanya mereka beragama Yahudi dan di tanahair mereka melaung-laungkan Islam Hadhari.

Kalau Israel meroboh rumah orang Palestine yang telah didiami sejak berkurun lamanya kerana mereka mendakwa tanah itu adalah milik datuk moyang mereka. Mereka akan dirikan kediaman baru untuk rakyat Israel. Di Malaysia mereka dinafikan hak mereka dengan alasan mereka menghuni di tanah kerajaan. Mereka tinggal dalam khemah bagaikan pelarian.

Lacrima (baca: airmata) dan kesedihan melanda penduduk kampung setinggan membentuk luka yang amat pedih. Bagi yang hanya menonton videonya cuma turut merasakan perkara yang sama. Kerana ini bukan filem Bilut yang menggambarkan bagaimana kerajaan memberi hutan untuk rakyat. Tapi drama ini mengisahkan bagaimana kerajaan tanah bandar dari tangan rakyat.

Kekecewaan rakyat yang selama ini menyokong kerajaan selama berpuluh tahun, suatu masa dulu dia berjuang untuk kemerdekaan negara menghalau komunis. Ada yang sanggup bergadai nyawa ketika peristiwa 13 Mei 1969. Rumahnya dirobohkan hinggakan mereka merasa sebagai pendatang asing. Kalau pendatang asing berhak mendapat keistimewaan di negara ini. Sebagai rakyat negara ini, kehilangan hak mereka merupakan sesuatu kekecewaan dan kelukaan.

Apa yang diharapkan kelukaan ini tidak segera sembuh. Kalaupun mampu disembuhkan, harap-harap parutnya tidak dilupakan. Mereka telah menyedari bagaimana kerajaan datang kepada mereka ketika pilihanraya. Merayu kepada setiap orang agar memberikan undi mereka. Pandanglah kepada luka yang ada. Bijaklah ketika membuat pilihan. Apakah memang benar melayu mudah lupa.

Sifar setinggan, agenda sifarkan Melayu miskin dari bandar - wakil BN
'Padang jarak padang tekukur' di Kampung Berembang

[+] Read More

Saturday, March 17, 2007

Antara Dua Zaman

Aku membaca karangan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna bertajuk 'Antara Semalam dan Hari Ini'. Bila membaca sub-topik 'Negara Islam Yang Pertama' aku mendapati perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan Negara Islam Hadhari.

Negara Islam Pertama: Didirikan berasaskan dasar sistem Al-Quran. Ianya sebuah negara yang beriman benar-benar dengan Al-Quran, melaksanakan segala ajarannya dengan penuh rapi dan kemudiannya menyebarkannya pula ke seluruh dunia.

Negara Islam Hadhari: Diwujudkan kerana sikap orang islam sendiri yang tidak mempraktikan islam secara menyeluruh. Islam kebanyakan orang hanya sebagai agama ; Islam as religion dan bukan practical religion. Kita ingin menerajui sebagai umat Islam yang menjadi contoh, umat yang suaranya digeruni , akhlaknya disegani, ummmatan wasatan. –islamhadhari.net

Negara Islam Pertama: Khalifah Islam yang pertama, Saidina Abu Bakar r.a pernah berkata "Jika seutas tali pengikat unta hilang pun dari jagaan saya, saya akan dapatinya dalam Al-Quran".

Negara Islam Hadhari: Bila keluar berita tentang indeks rasuah negara jatuh tangga ke tujuh, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak terpengaruh dengan sebarang kaji selidik yang menggambarkan indeks rasuah di negara ini semakin tinggi. -utusan

Negara Islam Pertama: Beliau telah memerangi orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat dan menyifatkan mereka itu sebagai murtad kerana meruntuhkan salah satu rukun sistem ini. Beliau mengatakan, "demi Allah kalau mereka itu enggan menunaikan kepada ku seutas tali pengikat unta seperti yang telah ditunaikan kepada Rasulullah saw, pasti aku akan perangi mereka selagi pedang masih berada di tangan ku".

Negara Islam Hadhari: Azlina Jelani, Jamaluddin Osman, Hartina Kamarudin, Aisyah Bukhari, Hasnah, Kamariah Ali, Daud Mamat antara nama-nama orang yang mengistiharkan murtad di Malaysia.

Abdullah Md Zin kata "Umat Islam tidak perlu bimbang tentang kedudukan agama Islam kerana kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahan dan memastikan segala isu berkaitan ditangani secara berkesan". -utusan

Negara Islam Pertama: Prinsip al Quran ini telah berjaya menghapus dan menghalau keluar fahaman-fahaman keberhalaan yang khurafat di Semenanjung tanah Arab dan Farsi. Yahudi penipu juga telah dihalau dan kekuasaan agama dan politik mereka dilenyapkan. Prinsip dan dasar Al-Quran ini juga telah berjuang menentang fahaman Kristian sehingga terhapus dari benua Asia dan Afrika dan terpaksa berlindung di bawah naungan kerajaan Rom timur di Konstantinopel.

Negara Islam Hadhari: Penyembah berhala, Kristianisasi, IFC, Sister In Islam, Anti Hadis, Sekular, Islam Liberal, Kapitalis, Queer Nation… nak tunggu berapa tahun yer?

Negara Islam Pertama: Bala tentera Islam telah berjaya sampai ke tengah Perancis serta utara dan selatan Itali. Ia juga telah mendirikan sebuah kerajaan yang agung di Eropah Barat yang bersinar dengan ilmu dan peradaban. Kemudian barulah Konstantinopel sempurna di buka dan Kristian diletakkan di sudut yang kecil di tengah Eropah.

Kapal laut tentera Islam belayar hebat di dua lautan iaitu lautan Mediteranean dan laut Merah yang mana kedua lautan itu menjadi tasik Islam. Tentera laut negara Islam memegang kunci laut di timur dan di barat dan seluruh kekuasaan darat dan laut berada di tangan Islam.

Negara Islam Hadhari: Kapal perang Nuklear USS Enterprise, USS Leyte Gulf, USS Nimitz, kapal induk USS Ronald Reagan.. dibenarkan untuk memasuki perairan Malaysia dan berlabuh di Pelabuhan Klang… jelas kelihatan perbezaannya.

Negara Islam Pertama: Seluruh tamadun itu telah diubahsuai dengan kehendak-kehendak Islam dengan mengekalkan keindahan dan kehebatannya. Islam tidak menegah dari mengambil faedah tamadun itu selagi ianya tidak mengganggu kesatuan politik dan masyarakat ummat Islam.

Negara Islam Hadhari: Menghalalkan judi dan tempat perjudian dengan syarat mendapat lesen dari kerajaan. Judi hanya haram kalau dikendalikan tanpa lesen. Membenarkan pembinaan kilang arak dan membiarkan jualannya tanpa sekatan. Menolak hukum hudud terutama bagi kesalahan mencuri dan berzina. Membenar dan memberi laluan yang luas kepada pengusaha tempat-tempat hiburan. Mendukung dasar amalan riba… kemana perginya prinsip-prinsip Islam Hadhari?.

[+] Read More

Saturday, February 24, 2007

Bukan Rajin Sangat

Bukan rajin sangat keje menjaga tepi kain orang ni. Kain sendiri pun tak berapa nak dijaga. Tapi masalahnya sekarang ni bila dah ramai sangat orang membukak kain di tempat awam. Takkan nak diam. Ni tak kira lagik yang main sorok-sorok...

Tapi PM kata tak usah intip maksiat orang. Hentikanlah menjaga tepi kain orang lain, sebaliknya berikan tumpuan menangani isu-isu lebih utama masyarakat Islam. -mstar

Kalau dulu perbuatan jaga tepi kain orang lain adalah istilah bagi orang yang suka cari aib, kaki korek rahsia dan menceritakan keburukan orang lain. Tapi akhir2 ni, maknanya dah berubah. Menjaga tepi kain orang lain ialah mengambil tahu hal orang lain dan sifat prihatin.
"Kenapa kita nak jaga tepi kain orang dengan ambil gambar mereka? Jawapannya, bukan nak jaga tepi kain orang, tapi bila dah selak-selak, kita nak suruh dia tutup-tutupkan" -bukunota
75 peratus dari 1137 undian bersetuju bahawa unsur-unsur positif dalam budaya “jaga tepi kain orang” wajar diamalkan ke arah mewujudkan masyarakat sejahtera dan bebas jenayah. -undian Bernama.com

Firman Allah bermaksud: "Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan." Al-Maaidah ayat 78-79.

Skuad intip: Perdana Menteri jangan campur tangan kuasa Raja-Raja Melayu

[+] Read More

Tuesday, February 20, 2007

Pondok Menjadi Istana

Bulan ni dilancarkan kempen mengisytiharkan harta untuk semua kakitangan kastam. Satu cadangan yang bagus. Tapi alangkah bagusnya kalau pemimpin tertinggi negara pun buat perkara yang sama. Takkan pegawai kastam jer yang kena istihar. Otai2 bila pulak.

Sebelum tu, Setiausaha Agung PPB yang baru, Ban Ki-Moon dah pun istiharkan harta ngan keluarga dia sekali. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hanya memiliki sebuah kereta berusia 30 tahun dan akuan bank kosong apabila mendedahkan aset miliknya. Wakil rakyat Malaysia?.

Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming yang tidak terurus pentadbirannya menyebabkan tentera dan kakitancan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya hancur.
Kalau rasuah haram dan babi itu juga haram. Tapi ramai yang sanggup makan rasuah tidak pula sanggup memakan babi
Tidak mustahil kerajaan yang ada pada hari ini pun akan tumbang kerana masalah yang sama. Bila yang memiliki pondok kecil mampu membina istana. Dari mana datangnya duit nak bina istana. Kalau gaji tak seberapa. Oh.. mereka mendapat hadiah, bukan rasuah. Hehe.

Memetik kata Ketua Pengarah pertama BPR, Tan Sri Harun Mahmud Hashim pada seorang bekas Menteri Besar.. ``Datuk, kalau Datuk makan rumput, minum air hujan saja dan setiap sen elaun disimpan masih tak boleh buat rumah macam ini".

http://info.gerakmalaysia.org/

[+] Read More

Thursday, February 15, 2007

Jom Tukar dan Menang

'Come on' lah rakyat Malaysia. Apalah sangat ngan Myvi kan. Korang dah lama kena camni kan. Korang kena memainkan jer. Manusia berpegang pada janji. Itu yang tertanam pada otak rakyat kita.
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu. Masihkan tunduk tersipu-sipu?. Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan.

Tapi seharusnya kita menyedari. Bilakah janji ditabur dan bilakah janji akan berkubur. Bagai menanam tebu ditepi bibir. Huhu. Masih ada hati lagi untuk bercerita tentang tanggungjawab.

Kempen ‘Jom Tukar dan Menang’ ni memang cantik. Harusnya rakyat kena ubah mentaliti masing-masing. Kena melihat kepada yang lebih besar lagi. Kena membuat pertukaran kuasa kepimpinan. Alihkan dari berpegang janji dengan 'si pelupa' dan yang sering melupakan.

Masa untuk menukar kerajaan yang ada akan tiba. Masa untuk meraih kemenangan berada ditangan rakyat Malaysia. So, tiba masanya untuk rakyat Malaysia merealisasikan kempen ‘Jom Tukar dan Menang’.

'Tawaran Myvi kurang bijak'
Shahidan gesa Radzi tarik balik perkataan ‘bodoh’

[+] Read More

Monday, October 2, 2006

Dah Pandai2 Gaknya

Kalau pegi sembahyang tarawikh di masjid Al-Azhar. Kat sana buat dua puluh rakaat. Sama macam kat Malaysia. Tapi masih ada tazkirah. Macam kebanyakkan masjid di Mesir ini jugak. Masih buat tazkirah. Peliknya Malaysia yang lebih bertamadun sampai melarang tazkirah ketika rehat solat tarawikh. Macam bagus.

Kenapa kat sini orang buat tazkirah kat Malaysia di sekat. Kat sini pun berpolitik jugak. Kat sini pun ada pembangkang jugak. Kalau iyer pun nak menang. Takkan sampai nak main kotor.

Agaknya orang arab ni tak sepandai orang melayu. Ilmu agamanya cetek. Kena bagi tazkirah. Perlu diberi peringatan. Orang melayu paham apa yang pak imam baca. Orang melayu jugak rajin membaca. Orang melayu rajin pergi ke majlis ilmu. So, bila time bulan Ramadhan datang, takyah susah-susah nak diadakan majlis tazkirah.

Kalau kat kampung aku, time Ramadhan ni memang ramai orang pegi ke surau. Jenis yang biasa sembahyang kat rumah pun pegi surau sebab nak pegi tarawikh. Bawak anak bini. Kalau ada tazkirah ringkas. Dapat ler mengajar sikit-sikit ilmu agama. Sebulan dalam setahun. Nak harapkan khutbah jumaat. Seminggu sekali, nasib baik ler kalau tak tidur.

Orang tua-tua dulu ada cakap. Masa zaman Jepun menjajah Malaya. Diorang takde buatkan sekolah. Biar orang Malaya ni tak berapa cerdik. Kalau dah tak berapa cerdik nih senang jer nak diperbodoh-bodohkan. Takkan ler budak-budak jer yang kena belajar. Orang yang berusia sket, yang dah sibuk bekerja bila masanya nak tambah ilmu pengetahuan?.

Bila tengok berita, boleh katakan setiap hari ada kes bunuh. Jenayah lain jangan cerita ler. Tu yang masuk berita. Takkan nak harapkan tangkap dan hukum. Sampai bila. Macam makin bertambah jer tiap tahun. Manusia kena bagi peringatan. Sebab tu Rasul diutuskan. Kalau taknak bagi, jangan ler halang pulak orang nak bagi dan dengar tazkirah. Teruskan berpuasa.

[+] Read More

Saturday, August 19, 2006

Siapakah Yang Bersalah

Pepatah Melayu pernah bilang... berani kerana benar, takut kerana salah. Tapi sekarang ini, seakan-akannya dunia sudah terbalik. Bukan posisi atau putarannya. Tapi istilah kehidupannya.

Dulu... seorang hakim dipecat dari jawatannya. Gara-gara dia ingin menyelamatkan akidah seorang gadis yang memeluk agama Islam dengan rela hatinya. Bukan dihipnosis atau dipaksa. Juga bukan ditipu sama cinta.

Lepas itu... seorang wakil rakyat dipenjara hanya kerana membantu seorang nenek yang ingin kes cucunya menjadi mangsa rogol diambil perhatian. Gara-gara skandal VIP. Pelaku onar terlepas. Penghalangnya ditahan.

Pernah juga... seorang Mufti disebuah wilayah terpaksa meletakkan jawatan. Gara-gara kes gadis-gadis Melayu yang terlibat dengan pertandingan ratu cantik. Macam tak bersalah kalau mereka melucutkan pakaian. Yang menegur pula dilucutkan...

Suatu masa... sebuah jabatan yang bertugas untuk membenteras maksiat disebuah kota terpaksa membatalkan saman terhadap pesalah. Gara-gara yang terlibat dalam penangkapannya adalah selebriti dan juga anak-anak orang besar. Malah dimaki pulak tu.

Bebaru ini... sebuah filem yang mencemar budaya dan seni menang anugerah. Apa benar kelakuan Pak Bilal senang melihat pelacur pulang kerja?. Apa pelacuran diiktiraf sebagai pekerjaan?. Apa benar kelakuan nurse-nurse muda memang begitu bila ketemu pesakit lelaki?. Apakah curang harus dibalas curang juga?.

Hari ini, yang melakukan kesalahan itu sepertinya orang yang melakukan kebenaran. Tidak takut. Malah syok bangga. Sebaliknya orang-orang yang benar, takut untuk menegur kejahatan. Bagai berada ditempat orang-orang bersalah.

[+] Read More

Friday, July 7, 2006

Kira Untung Beb...

Semua orang nak untung. Mana boleh rugi. Cincai-cincai punya niaga pun itulah tujuannya. Tapi kadang-kadang orang nak kejar untung punya pasal, banyak benda yang dilupakan. Buat-buat lupa atau hantam sajalah. Pokoknya ada untung pak. Halal haram belakang cerita. Orang lain yang merana, itu diorang punya pasal.

Malang sekali kalau urusan pemerintahan negara pun dikira berdasarkan untung gak. Bukan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Walaupun mengisytiharkan negara Islam tambah Hadhari lagi. Walaupun diisytiharkan DarusSunnah dikala manusia sibuk berpesta Jom Heboh - nama baru selepas Sure Heboh difatwakan haram.

Kalau hukuman zina dibayar, ini satu keuntungan. Kalau sebat tara untung. Kalau rejam kang batu abis. Untung tak masuk. Kuar modal rotan pulak. Silap-silap kena bagi ubat. Setakat seribu dua, senang-senang diorang boleh bayar. Itupun kalau kena tangkap. Kalau buat kat hotel yang berbintang-bintang. Sakitlah nak tangkap. Cuba kena sebat. Bayangkan kalau kena rejam. Time tu tak kiralah kaya ker tidak. Ada pangkat ker takde. Kompom menikmati hukuman yang sama.

Kalau orang Islam minum arak, takyah nak hukum sebat 40 kali. 6 sebatan pun dah bising. Nanti sapa nak minum arak yang berlambak kat Malaysia. Nak harap orang kafir?. Berapa baldi diorang nak minum. Kalau tak orang-orang yang pada namanya Islam. Kat mana-mana ada. Sampai untung syarikat arak ni berbillion-billion. Negara dapat income dari syarikat ni. Arak dan dadah hukumnya haram. Dalil haram arak lebih jelas kalau nak dibandingkan dadah. Bezanya... satu ada untung. Satu lagi tara untung maa. Najis dadah.. Arak?

Kalau sebut pasal judi. Negara kita memang terkenal. Bukan setakat Pusat Islam ada, pusat perjudian pun ada gak. Atas bukit. Kat lembah. Kat parit. Ada saja tempat nak berjudi. Si miskin berjudi kat pondok-pondok. Takpun tikam nombor ekor. Si kaya boleh pegi Genting, Bukit Tinggi. Takpun pegi luar negara. Kalau tikam nombor ekor kena denda. Sapa yang untung. Cukai dapat. Denda pun dapat. Tapi kalau orang Islam pegang saham judi? Tutup mata...

Kalau bagi biasiswa kat pelajar tak berapa nak untung. Buat universiti biar diorang bayar yuran yang mahal-mahal. Pastu tawarkan pinjaman yang berbunga-bunga. Baru ada untung. Sampai ada student yang buat maksiat semata-mata nak cover duit blaja diorang. Bank pun rajin nak tawarkan pinjaman. Riba' dalam tangan. Baru ada untung...

Kan pelik. Pada masa Islam Hadhari memerintah, ada cadangan melanjutkan waktu operasi pusat hiburan sehingga jam lima pagi. Nak kasi murah lagi harga arak yang ada. Kalau orang nak sampaikan ceramah. Lebih pukul 12 dah start bagi warning. Kalau lambat, harapan kena perambat. Tapi kalau kelab malam takpe. Buat-buat taktau jer. Kalau diorang asyik berhibur. Pemimpin gak yang untung. Kerana mereka takkan sibuk-sibuk tentang urusan negara.

Sendiri mau ingat beb...

[+] Read More

Friday, June 30, 2006

Cerita AP (Approval Permit)

Terdapat dua jenis AP iaitu AP terbuka dan AP francais. Bagi AP terbuka, pemegangnya dibenarkan mengimport kereta baru dan kereta terpakai dari mana-mana sumber tetapi pemberian AP ini dihentikan pada 1988 manakala AP francais pula diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai perjanjian agensi eksklusif dengan pengeluar kereta asing.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada petang 18hb Julai 2005 yang lalu terdapat empat orang iaitu Tan SriNasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd. Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad, yang telah diberikan lebih 25,000 permit import (AP) untuk mengimport kereta mewah pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, Syed Azman, Mohd. Haniff dan Azzuddin menerima sejumlah 16,214 AP menerusi beberapa syarikat manakala Nasimuddin, pengarah urusan NazaMotor Group, memegang 9,412 AP kebanyakannya menerusi Naza Kia Sdn. Bhd.

Syed Azman dan Mohd Haniff mengimport kereta mereka menerusi syarikat-syarikat seperti Westcar Motorsport Sdn Bhd, Atlantic Star Auto Sdn Bhd, Auto Pacific Star Sdn Bhd, Go Smartstar Sdn Bhd, Global World Trade Sdn Bhd dan Territorial Star Sdn Bhd. Seorang lagi pemilik saham di Weststar ialah Azzuddin. Syarikat mereka mengimport kereta-kereta seperti Honda, Ford, Chevrolet, Smart, Suzuki Audi.

Syarikat-syarikat milik Nasimuddin ialah Naza Kia Sdn, Next Car Sdn Bhd, NZ Wheel (M) Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd dan Naza Brabus, yang mengimport kereta-kereta seperti Kia, Mercedes Benz, Peugeot, Ferrari, Modena, Maserati, Rolls Royce, Bentley dan Brabus.

Antara penerima lain dalam bilangan besar ialah HyumalMotor Sdn Bhd yang dimiliki oleh Berjaya Group Bhd, Sime Darby Bhd dan Tan Sri Vincent Tan yang diperuntukan 8,573 AP bagi kereta Hyundai.

Senarai meliputi 67,158 AP itu bagi tahun ini dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ekoran timbulnya kontroversi mengenai pemberian AP. Adalah suatu yang agak aneh senarai penerima AP tersebut tidak dikeluarkan oleh MITI meskipun isu AP di bawah MITI.

Mengapakah terdapat inidividu-individu tertentu seperti Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd. Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad, telah diberikan lebih 25,000 permit import (AP) untuk mengimport kereta mewah pada tahun ini dan apakah asas dan kriteria yang digunakan dalam pemberian AP tersebut ?

Bacalah lagi dari blog peguampas

[+] Read More

Wednesday, June 21, 2006

Umpan Jinak Di Air Tenang

Kalau hendak menangkap ayam. Takyah penat-penat nak kejar. Atau berhari-hari menunggu jerat mengena. Cukuplah bawakan segenggam umpan yang hina. Campakkan dihadapan mereka. Ayam pasti datang memagut umpan. Silap-silap, ada yang makan umpan ditangan. Ketika seekor ayam ditangkap untuk disembelih. Ayam yang lain buat selambe, akan terus makan. Lantaklah kalau ada member dia kena tangkap. Paling best pun, pura-pura lari, pastu datang balik makan umpan. Kan pepatah melayu ada kata.. rezeki jangan ditolak.

Tapi teori ni untuk jenis ayam kampung sahaja. Ayam ternak, atau yang kat kedai tu baik tak payah. Memang tak lari punya. Sebab lepas menetas jer dah kena suap. So aku pun malas nak citer pasal species manusia yang jenis macam tu.

Bila kecoh pasal ramai sangat yang murtad. Kelihatan rakyat nampak macam marah-marah. Maka bagilah umpan... yang kafir yang masuk Islam lebih ramai dari yang murtad. Rakyat pun makan. Dalam masa yang sama. Sibuk pulak nak kongsi raya. Memang umpan dah mengena. Jangan pelik kalau pasni ada istilah "kongsi agama". Istilah "agama semuanya sama" banyak kali gak kedengaran.

Bila kecoh pasal arak dan judi. Kenapa perlu di negara itu. Sedangkan majoriti rakyatnya beragama Islam. Maka kata pemimpinnya... kita kan berbagai bangsa. Berbilang agama. Maka rakyat pun tak kata apa. Telan gak umpan yang ada. Padahal hukumnya telah terang dan nyata. Arak kan ibu maksiat. Ulama' yang duduk kat sebelah pemimpin pun buat-buat tak nampak jer. Dah kenyang.

Bila rakyat negara itu marah-marah pasal minyak naik. Maka pemimpinnya akan kata.. minyak negara lain lagi mahal. Minyak kita dah nak abis. Rakyat pun makan umpan camtu. Mungkin rakyat negara tu lupa yang negara dia yang jual minyak. Padahal ada negara yang takde sumber minyak. Harga tetap stabil.

Bila negara tu nak tambah pusat-pusat hiburan. Rakyat negara itu pun tidak puashati. Nanti gejala moral akan meningkat.. Maka sedap jer pemimpin negara tu kata... tempat-tempat tu menyediakan peluang pekerjaan untuk korang jugak. Bedal jugak umpan jenis tu. Kan senang nak buat maksiat kalau ada di kawasan berhampiran kita.

Tapi bila umpan dah takleh pakai. Terpaksa jugak pakai taktik kejar dan tangkap. Mana-mana ayam yang mengancam atau cuba menghasut ayam lain jangan termakan umpan. Jenis itu merbahaya. Harus disembelih awal-awal. Ni ayam extreme dan terrorist.

[+] Read More

Monday, April 24, 2006

Roboh Di Zaman Hadhari

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh apa di kata
Badan dan nyawa hamba serahkan

Pantun ni dikategorikan pantun jihad dan perjuangan oleh
Abu Raudhah. Tapi ada gak yg guna sebagai pantun cinta. Cinta gila babi ler tu. Tapi aku bukan nak cerita pasal pantun ni. Sebab Abu Raudhah dah ulas bab tu. Cuma nak mengimbau beberapa peristiwa yang berlaku di tanahair terutamanya peristiwa robohnya Masjid RTB Kampung Bujal hampir setahun berlalu. Roboh.

Kat bawah ni beberapa peristiwa berlaku dalam era pemerintahan kerajaan Islam Hadhari. Apakah ini balasan kepada rakyat kerana mereka menyokong hadhari.

18 April 2006 - Rumah penduduk Kampung Desa Mukmin Permai.Batu 7,Jalan Gombak dirobohkan
>>

17 April 2006 - Surau Seksyen Dua, Taman Bandara Puteri Jaya ( Sungai Petani ) yang masih dalam pembinaan dirobohkan
>>

5 April 2006 - Lebih 40 buah rumah kawasan setinggan Kampung Dato' Harun, Petaling Jaya dirobohkan
>>

5 April 2006 - Majlis Daerah Setiu (MDS) merobohkan gerai milik 14 peniaga ikan di Kampung Penarik
>>

15 Mac 2006 - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) meroboh dan merampas sejumlah khemah rakyat miskin
>>

14 Februari 2006 - Sekumpulan penguat kuasa MPAJ telah merobohkan rumah-rumah peneroka bandar di AU 3, Hulu Klang
>>

16 November 2005 - Gerai peniaga bumiputera di Bazar Mara Jalan Laksamana dirobohkan
>>

26 Mei 2005 - Masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal dirobohkan
>>

Jais merampas dan meroboh lebih tujuh masjid dan surau di sekitar negeri Selangor. Antaranya, Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas; Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Al Hidayah Kelana Jaya, Masjid Al Munawwarah Shah Alam, Surau Ar Rasyidin Gombak dan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya.
>>

Lebih daripada 1,200 buah masjid dan musolla milik umat Islam telah dirobohkan oleh tentera Israel sejak menjajah bumi Palestin pada tahun 1948.
>>


Siapakah yang lebih bersalah dalam hal ini?

[+] Read More

Monday, April 17, 2006

Macam Sama Jer

Kejam...

Seorang anggota polis Bangladesh membelasah wartawan veteran ketika waktu rehat perlawanan kriket di antara pasukan Bangladesh dan Australia di Stadium Chittagong, semalam.

Mereka bertindak sedemikian sebagai susulan terhadap tunjuk perasaan yang dilakukan oleh para wartawan sebagai memprotes tindakan polis Bangladesh, memukul seorang jurugambar Shammul Haque Tanku di pintu masuk stadium. [
utusan ]

TERSUNGKUR BUKANNYA HINA...

Demi kerana hak rakyat dicabuli, walaupun dipaksa menyembah bumi, digari dan ditahan, semangat rakyat tidak akan dipatahkan. Seorang yang ditahan, seribu lagi akan tampil menentang kezaliman dan penindasan. Rakyat akan teruskan protes menentang kenaikan harga minyak. [ web PAS ]

Situasi berbeza. Tapi tindakan hampir sama. Kenapa cuma di Bangladesh situasi ini dikatakan kejam. Sedangkan di negara kita kenapa tidak?. Aku rasa sama jer...

[+] Read More

Saturday, April 15, 2006

Projek Gajah Putih

Kenapa letak nama gajah putih? Dulu2 cuma golongan diraja sahaja yang boleh memiliki gajah putih di Thailand. Di negara kita. Rata2 'gajah putih' masih dibela orang2 yg memiliki kuasa. Lebih kurang macam zaman dulu jugak. Senang cerita, projek gajah putih ni adalah gelaran bagi projek yang membazir. Sesuatu yang mahal tidak berguna.


Bila search kat internet sure jumpa banyak citer pasal Projek Gajah Putih ni. Paling hot sekarangni pasal Jambatan Bengkok atau Scenic Bridge itu menelan belanja RM620 juta. Kat Johor. Bumi kelahiranku yang nyaris2 menjual 50juta meter padu pasir kepada Singapura dan membenarkan ruang udara untuk pesawat tentera SAF.

Pembatalan projek Jambatan Bengkok ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada Gerbang Perdana sebanyak RM100 juta. Duit kerajaan tu duit kita. Kita kena membayar atas kelemahan kerajaan. Lemahnya siapa yang menyokong lagik kerajaan yang ada.

Bila membaca tulisan Ibrahim Baba mengenai Projek Marina Harbour di Kuala Kedah. Siapa yang untung dengan pembelanjaan RM200 juta untuk Monsoon Cup? Siapa akan untung dengan perbelanjaan yang sudah mencecah RM200 juta untuk Pusat Sukan Kuda di Kuala Ibai? Dahsyat..

Apa kena mengena Projek Gajah Putih dengan Villa Shakira? Siapakah empunya Villa Shakira? Korang gi tengok ler sendiri.. Fikir2kan lah..

[+] Read More

Saturday, April 8, 2006

Angka-angka Terbilang

Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menduduki ranking ke 39 dengan indek 5.1 berbanding Singapura ranking ke 5 dengan indek 9.4 [ baca ]

Dewan Rakyat menjadi riuh seketika semalam apabila M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mendakwa Ahli Parlimen Sungai Siput, Dato' Seri S. Samy Vellu memiliki rumah bernilai RM5.6 juta di kawasannya (Sungai Siput).[ baca ]

Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih tidak dibebaskan walaupun sudah hampir 6 tahun. [ baca ]

Seorang pakar undang-undang perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa berpendapat adalah menjadi satu kewajaran bagi 9 menteri bukan Islam yang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri baru-baru ini meletak jawatan. [ baca ]

Mengikut 2004 Durex Global Sex Survey, gadis Malaysia kehilangan dara mereka pada purata usia 19.3 tahun. [ baca ]

Bilangan gadis Melayu yang bekerja sebagai tukang urut di rumah-rumah urut di sekitar Lembah Kelang mencecah 5000 orang [ baca ]

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid [ baca ]

Sejak tahun 1988 hingga 2005, seramai 289,763 orang penagih dadah telah dikesan di Malaysia. Jumlah ini amat menggerunkan kerana ia merupakan 1% daripada jumlah penduduk negara [ baca ]

64,439 rakyat Malaysia dijangkiti HIV, 9,442 kes AIDS dan 7,195 yang telah mati kerana AIDS. [ baca ]

Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini. [ baca ]

[+] Read More

Sunday, April 2, 2006

First Hijab-clad Presenter on Danish TV

COPENHAGEN, March 31, 2006 (IslamOnline.net) – The first hijab-clad talk show presenter has appeared on the Danish television to discuss Danish society's pressing issues topped by the cartoons that lampooned Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him).

"I'm seeking to project a good image about hijab-clad Muslim women in Denmark," Asmaa Abdol-Hamid told IslamOnline.net Friday, March 31.
Asmaa, 24, appeared for the first time on the small screen on Wednesday, March 29.

The young lady has grown up in Denmark since she was six years old.

"I'm proud to be a Danish Muslim of Palestinian origin," said Asmaa, who is doing an MA in sociology.Asmaa believes that her hijab will be the talk of the audience at the very beginning.
"But I'm confident that with the passage of time they would come to realize my distinct personality and presentation."

[+] Read More

Thursday, March 30, 2006

30sen Nak Berkira Ker?

Biler tengok citer Seniman Bujang Lapok... minum kat kedai 30sen, itupun nak masuk buku. Naik beca 30sen, tapi Aziz bayar 5sen jer. Itu zaman P.Ramlee.
Sekarang zaman Abdullah Badawi, minyak naik 30sen. Semua orang susah hati. Bukan orang susah jek yang susah hati. Tapi yang senang pun susah hati. Pemimpin senang2 hati jer cakap orang yang tak puashati buat demonstrasi utk meluahkan rasa hati itu perhimpunan haram. Budak pompuan umo 9 tahun pun kena tahan. Minyak naik 30sen, buat demonstrasi kena tahan 30 orang. Tak puashati tul.

Tapi yang lebih menyedihkan biler ada orang yang macam takde hati jer. Selamba dan tak rasa apa2. Biarkanlah. Mungkin dah keras hati. Ataupun buta hati. Menerima dgn hati terbuka. Ibarat Hang Tuah menerima titah Sultan Melaka. Sedar2lah. Jangan kena tipu jer. Islam Hadhari, minyak naik lagi...

110km_blogspot menulis "Ini yang saya dapat dari email. Kalau betullah cara kira kos petrol begini...memang rakyat malaysia di tipu hidup-hidup..

Price petrol per barrel worldwide USD60.00 Processing fees per barrel USD10.00 PRICE IN TOTAL PER BARREL USD70.00 (Exchange rate RM3.70 / USD1.00) means: RM259 per barrel in total **** 1 barrel is 200 litter... Kira balik... per litter is only RM1.295 and not RM1.92....

No such thing as gov subsidi... RM60 for petrol and the prossing fess is fix worldwide.... Think fren.. Malaysian people is not stupid....

[+] Read More

Wednesday, March 29, 2006

Journalist Released Unharmed in Iraq

BAGHDAD, Iraq - American reporter Jill Carroll was set free Thursday, nearly three months after she was kidnapped in a bloody ambush that killed her translator. She said she had been treated well. Carroll, 28, was dropped off near the Iraqi Islamic Party offices. She walked inside, and people there called American officials, Iraqi police said. "I was treated well, but I don't know why I was kidnapped," Carroll said in a brief interview on Baghdad television.

[+] Read More