-->

Friday, January 12, 2007

Pasca Metamorfosis

Dari setitis air mani yang hina, Allah jadikan dia janin yang bernyawa. Dari janin yang tidak bisa melihat kecuali alamnya, dia dilahirkan ke dunia. Dari bayi yang hanya bisa menangis dia mula membuat orang ketawa. Dia membesar dan dewasa. Dia meninggalkan zaman muda dan meniti usia tua. Dari kekurangan dia menjadi sempurna zahirnya. Kemudian dia menjadi kurang semula. Perubahan terlalu banyak dalam hidup manusia hinggalah fasa metamorfosis ini berakhir.

Dulu dia berada dalam zaman jahiliyyah setelah empangan Maarib runtuh, akhlaknya juga terheret sama. Dia berpaling dari ajaran nabi-nabi terdahulu. Hanya kerana mereka bersifat jahil. Jahil terhadap Tuhannya, Rasul dan syari’at-syari’at-Nya serta mereka berbangga-bangga dengan keturunan, kebesaran dan sebagainya. Dia membunuh Nabi dan Rasul yang mengajak kepada kebenaran.

Ketika Allah mendatangkan Islam. Dibangkitkan Rasul-Nya berbekalkan Al-Quran. Dia mulai berubah. Dari perpecahan, peperangan dan perkauman, kepada satu panji yang sama. Dari penipuan, penindasan dan penyelewengan kepada keadilan. Dari pemujaan terhadap berhala, bulan, matahari, api dan segala kesyirikan kepada menyembah Tuhan yang Esa. Dari buta huruf, dia mula membaca ayat-ayat Tuhan. Mula mengenal yang mana dongengan dan yang mana kebenaran.

Kata Abu al-Hasan lagi ketika menerangkan fenomena jahiliyyah, pada zaman tersebut ahli-ahli agama mengundurkan diri daripada berperanan, mereka berlindung di rumah-rumah ibadat, gereja atau tempat berkhalwat dan melarikan diri daripada fitnah. Mereka selesa berehat dan lari dari tanggungjawab. Jika ada sebahagian kecil di kalangan mereka yang masih aktif berada dalam kancah masyarakat, mereka bersekongkol dengan pemerintah dan mereka cintakan dunia.

Dia... hanya seorang manusia biasa diantara berjuta-juta manusia yang terus bermetamorfosis melengkapi kesejatiannya...

Inspired by the beautiful butterfly, who had transform from a worm, through a process called "metamorphosis". That's how I want my life would be. A metamorphosis from a foolish servant of Allah, to become a better and better one. Becoming wiser and richer in life.. -ayat yg dicilok.

Adakah dia memikirkan bagaimana dia diciptakan. Bagaimana kesudahan penciptaan ini?

No comments: