-->

Sunday, May 27, 2007

Boikot Barangan Naik

Hari ini aku membaca berita pasal kenaikkan harga barang. Najib suruh boikot. Dia kata “Kita boleh bertindak dan paling berkesan pengguna sendiri memboikot kedai mengenakan caj berlebihan dan menaikkan harga tidak berpatutan sebagai pengajaran,” Aku memang setuju. Tapi aku tau memang ada yang tak setuju. Pastinya peniaga yang naikkan harga ler. Ayat diorang "ini takde ambik untung punya..."

Barangan Naik (BN) memang patut diberikan pengajaran. Memang patut diboikot. Sebab BN ni menyusahkan orang jer. Terutamanya dah memang ler hidupnya susah. Baru ada ura-ura kenaikkan gaji barang pun turut naik sama. Tu kalau hidup makan gaji ngan kerajaan kira ok ler sikit. Kalau hidupnya keje swasta, apatah lagi tak makan gaji macam petani dan nelayan. Bahkan peniaga tu sendiri akan merasainya. Takkan selamanya nak makan barang sendiri.

Maka akan bertambahlah lagi cabaran dalam kehidupan. Bak kata orang "bukan senang nak senang, bukan susah nak susah." Peniaga pun susah juga sebab manalah ada orang nak beli kalau harga mahal. Tapi kalau terpaksa camne? Macam gula, tepung dan minyak masak dan gas. Soalan yang lain... kalau terpaksa boleh ker nak boikot?

Kenapa adanya BN dalam negara kita? Mungkin kita perlu merenungi lagu 'bangau oh bangau' yang menggambarkan hal-hal itu sebenarnya bersangkut-sangkut dan berantai-rantai. Tak berapa lama dulu minyak petrol dan diesel naik. Pastu elektrik pun naik jugak. Tol memang dah banyak kali naik. Pastu kekurangan bekalan di pasaran. Pastu mula ler naik harga.

Maka, adalah tidak bijak kalau si pengilang itu menggunakan basikal untuk memasarkan barangan mereka dan kilang mereka tidak menggunakan bekalan elektrik untuk penjimatan kos. Kalau kos dah naik maka harga barang pun naik ler jugak. Bila kilang dah naikkan harga, pembekal pun ikut sekali. Last2 peniaga yang naikkan harga dia pulak yang kena boikot...

Kalau boikot BN, pembeli nak beralih arah kemana? Jawapannya kena carilah alternatif. Kalau ada 'pesta naik harga' maka dilancarkan 'Kempen Beli Barang Murah'. Kan ada pasaraya Hyper macam Tesco, Giant, Carrefour dan Mydin yang menawarkan harga lebih murah. Biar peniaga-peniaga kecil ni bungkus. Kalau dah bungkus diorang nak ke mana?

Tapi bukan jawapan yang tepat jugak sebenarnya. Kalau macam rumah aku yang di kawasan pendalaman pastu nak pergi ke bandar untuk membeli barangan yang murah. Adalah tidak bijak juga. Sebab kena pulak mengisi minyak, membayar tol dan membayar tempat letak kereta. Lebih kurang jer.

Jadinya, supaya lebih bijak kenalah boikot penyebab utama BN ni terus berkuasa. Kenalah belajar-belajar teori domino. Macam main domino jugak ler. Boikotlah BN.

[+] Read More

Thursday, May 17, 2007

Anak Makcik Eta

Makcik Eta yang mengaku dirinya tak berapa tua menziarahi anak-anaknya yang belajar di universiti. Walaupun agak jauh perjalanan, tapi makcik Eta taklah kisah sangat sebab segala kos perjalanan mendapat support dari JKK Kampung Barang Naik.

Kalau nak harapkan gaji dia sebagai guru fardu ain, manalah dia sanggup nak jalan jauh. Minyak jer dah naik 30 sen satu liter. Tu belum masuk harga tol dari utara ke selatan. Kena kira jugak duit untuk bayar bil letrik dan gas, barangan harian yang naik seposen dua, roti canai pun naik harga sebab tepung makin mahal. Astro pulak naik kadar langganan. Jawapannya tunggu anak-anak balik kampung time cuti semester jerlah.

Harus diketahui bahawa makcik Eta yang sebelum ni mengajar kelas fardu ain telah dilantik menjadi JKK kampung berkat rekomen dari ketua kampung tu gak, Pak Dol. So, menjadi harapan Pak Dol supaya anak-anak makcik Eta membantu dia mengekalkan jawatan kalau ada pemilihan akan datang. Budak-budak universiti lah katakan, sapa lagik nak diharapkan.

Sampai-sampai jer, makcik Eta pun belanja anak-anak dia makan dulu. Bila dah habis makan, makcik Eta pun mula membebel dihadapan anak-anaknya agar membantu ketua kampungnya. Sebab memang itu tujuan dia menjenguk anak-anaknya. Kalau tak, lebih baik dia duduk kat rumah amik upah menjahit baju kebaya nyonya. Pak Dol pun suka pada baju jenis tu. Taste orang tua-tualah. Tapi bukan semua.

"Korang tau tak, Pak Dol merayu pada mak agar korang ni tolong dia. Tulunglah Pak Dol, tulunglah Pak Dol... kalau anak-anak mak tak tolong Pak Dol... sapa lagi nak tulung" makcik Eta merayu dengan muka kesian. Walaupun dia tau anak-anaknya tak suka pada Pak Dol.

"Korang tengok mak orang lain, ada jenguk anak-anak dia? Mak kalau duduk kat umah boleh dapat duit tau, boleh tengok tv, boleh hantar sms AFUNDI tapi mak sanggup jengok korang. Tapi mak datang sini, belanja korang makan. Kasi lagi duit poket. Takper, anak mak punya pasal" makcik Eta mula memujuk sambil mengungkit.

"Walaupun Pak Dol ada kelemahan, korang jangan pandai nak mengomen jer. Takyah tanya Pak Dol dah buat apa, dah seleweng apa kat kampung kita. Mak tau korang pandai. Tapi korang kenalah pandai mengampu jugak. Kena sokong Pak Dol." makcik Eta cuba mempertahankan Pak Dol.

"Pak Dol dah menunjukkan satu contoh yang terbaik untuk kita. Takde pun orang yang punya idea sebernas Pak Dol. Sebab kat kampung kita kalau mencuri tak kena potong tangan. Kalau ada pencuri kena tangkap, dibagi kerja kat dia. Bagi dia peluang berniaga. Biar dia tak mencuri lagi. Bekalkan jarum suntikan dan kondom dan methadone percuma untuk penagih dan pesakit HIV kat kampung kita. " makcik Eta pun blur dengan Pak Dol punya idea sebab tak berapa nak sama dengan apa yang dia ajar kat kelas Fardu Ain.

Anak-anak makcik Eta sebenarnya memang tak puashati ngan Pak Dol. Dah lama orang pertikaikan kebolehan Pak Dol memimpin. Sejak Pak Dol pegang kampung tuh, bertambah-tambah pencuri. Getah sekerap kena curi. Kelapa sawit pun hilang. Penagih tak berkurang. Dewan serbaguna yang baru direpair pulak bocor. Masa tar jalan kampung tu, Pak Dol ambil kesempatan tar halaman rumah dia sekali. Pak Dol memang cekap menyeleweng.

Makcik Eta pun tau yang Pak Dol tidak berapa baik orangnya. Sebab tu dia menyifatkan Pak Dol sebagai tong yang berisi keladak dan kotoran. Bagi makcik Eta, sebagai wanita dia tidak mampu untung menumbangkan tong dan membuang isinya. Apa yang dia dapat lakukan hanyalah mengisi air yang banyak dalam tong itu agar keladak dan kotorannya boleh hilang. Kalau perlu, makcik Eta akan masuk dalam tong itu dan menyental kotoran yang ada.

Lepas ini, mungkin beberapa JKK kampung yang lain turut di minta menziarahi anak-anak di universiti. Yerlah, kerana Pak Dol dah mintak tolong. Tak kiralah anak nak periksa ker masa tu. Apa yang perlu ialah survival kepimpinan Pak Dol di pertahankan.

[+] Read More

Saturday, May 12, 2007

Tawaran Pelakon Tambahan

Seorang sutradara mengarahkan krewnya untuk mencari pelakon tambahan. Imbuhannya yang ditawarkan untuk pelakon tambahan agak lumayan. Setiap seorang akan dibayar dalam RM150. Kalau pelakon wanita akan diberikan wang dan mesin jahit. Payung dan air mineral ketika berlakon. Watak yang perlu dilakonkan sekitar 20 minit. Rasanya cukup berbaloi dengan ganjaran itu.

Lagi ramai adalah lebih baik. Tapi jangan terlalu ramai sangat. Nanti ketahuan orang tak pandai mengarah. Sebab zaman dulu-dulu manalah ramai sangat orang dalam satu kawasan tu kan. Kalau tak cukup dari kawasan tu, carik ler dari kawasan-kawasan berhampiran. Kalau ada yang datang dari jauh pun boleh jugak. Bas akan disediakan.

Filem yang mengisahkan tentang seorang pahlawan di masa lampau yang mampu memerintah dan memperhambakan sebuah daerah yang di diami oleh manusia dan hantu. Sebuah kawasan yang tak berapa glamor hampir tidak ditemui dalam peta dunia. Tapi hantu ni bukan macam citer 'jangan pandang belakang' tuh. Bukan jenis yang pandai hilang-hilang. Ni macam citer Resident Evil, orang yang dah mati boleh hidup balik. Pastu sibuk nak mentekadarah jer sebab tu mereka tak kisah sapa perintah.

Bila dibuat offer jer, ramai ler yang nak jugak berlakon. Termasuklah seorang nenek tua. Masa casting diminta nenek tu punya ic. Nama dia boleh pulak tak sama. Nenek tu jawab "Ni arwah akak aku yang punya." Disebabkan nak carik pelakon susah, asal datang jer masuk dalam senarai pelakon tambahan. Nenek kalau berlakon ok, nanti saya rekomenkan pegang watak mak lampir. Krew tu mula berjanji.

Ketika filem itu ditayangkan, walau menampakkan keganasan, kecacatan dan beberapa part yang tak masuk akal tetap mendapat sambutan. Hero pun taklah terkenal sangat. Bakat baru dalam berlakon dan masih single. Lagipun bukan bakat yang dipertandingkan, yang penting teknik pengarahan. Hari ini bakat tidak akan menentukan segalanya.

Ada lagik filem dan hero yang berlakon lebih bagus dan lebih berpengalaman tapi promosi kurang hebat. Walaupun jalan cerita yang baik. Tema penceritaan mengenai keadilan dan kemanusiaan. Tapi tidak dipromosikan di TV1, TV2, TV3 dan apa jugak jenis tv adanya. Kat radio pun takde kedengaran iklan mengenainya. Hanya menggunakan taktik lama. Pasang kain rentang, pasang sepanduk kat lori. Bergaung speaker suruh orang datang ke panggung. Alah, macam zaman P. Ramlee tuh.

Pelakon tambahan tak ramai. Bajet tak banyak. Mana boleh lawan filem tadi tuh. Bajetnya jer lebih kurang 30 juta. Datang di hari pertama tayangan siap dapat hadiah macam-macam. Berduyun-duyun orang datang. Lebih dari jangkaan. Mengatasi catatan bilangan penonton sebelum ini.

Kalau bukan citer hantu dan mistik, orang malas nak tengok. Sebab bukan trend penonton sekarang. Maka berkatalah hero filem tuh "saya akan melakonkan apa saja yang peminat minta". Katanya, nak buat kenduri selamat bila dah menang anugerah nanti.

Ada orang bertanya kepada sutradara filem tuh bagaimana boleh menghasilkan filem yang mendapat sambutan ramai, apakah rahsianya? Jawapannya mudah... pastikan semua orang yang menonton puas. Camne nak bagi orang kepuasan? dan dengan apa nak bagi orang puas tu rahsia saya... ?

[+] Read More

Friday, May 4, 2007

Kelebihan Surah Al-Mulk

بسم الله الرحمن الرحيم

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إن سورة من القرآن ثلاثون آية شفعت لرجل حتى غفر له وهي سورة تبارك الذي بيده الملك .رواه الترمذي وأبو داود وابن ماجه

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu Surah tabarakallazi biyadihil mulk."

حدثنا إبراهيم بن الحكم عن أبيه عن عكرمة عن إبن عبّاس انه قال لرجل : الا اتحفك بحديث تفرح به؟ قال بلى، قال : اقرا تبارك الذي بيده الملك و علمها اهلك و جميع ولدك و صبيان بيتك و جيرانك ، فانها المنجيه والمجادله تجادل و تخاصم يوم القيامه عند ربها لقارئها و تطلب له ان ينجيه من عذاب النار و ينجي بها صاحبها من عذاب القبر. قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : وددت ان تبارك الذى بيده الملك في قلب كل انسان - ابن كثير

Dari Ibnu Abbas telah berkata kepada seorang lelaki, "mahukah kamu aku berikan sebuah hadis yang kau akan bergermbira dengannya? Lelaki itu berkata: "ya", Ibnu Abbas berkata "bacalah tabarakallazi biyadihil mulk hingga akhir surah al-Mulk dan ajarkan kepada keluarga, isteri, anak-anakmu, serta tetanggamu, maka surah ini akan menyelamatkan bahkan akan membelanya di hari kiamat di hadapan Tuhan terhadap orang yang selalu membacanya, ia akan minta kepada Tuhan bagi orang yang membacanya supaya selamat dari siksa kubur dan siksa neraka.' bahkan Nabi s.a.w. bersabda, "sesungguhnya aku ingin supaya surah ini diucapkan di dalam hati (dihafalkan) oleh setiap umatku." riwayat At-Thabarani.

عن ابن عباس قال:ضرب بعض اصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم خباء على قبر و هو لا يحسب انه قبر - فاذا قبر انسان يقرا سورة الملك حتى ختمها فاتى النبي صلى الله عليه و سلم فقال : يا رسول الله: ضربت خبائي على قبر و انا لا احسب انه قبر فاذا انسان يقرا سورة الملك تبارك حتى ختمها فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : هي المانعه هي المنجيه تنجيه من عذاب القبر – الترمذي

Daripada Ibnu Abbas r.a, seorang sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu, beliau terdengar suara orang membaca Surah Al-Mulk sehingga khatam. Beliau lalu menemui baginda dan berkata: "Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui; saya mendengar seseorang sedang membaca Surah Al-Mulk sehingga khatam." Maka Nabi SAW bersabda: "Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia dari siksa kubur." Riwayat At-Tarmizi

عن جابر قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا ينام حتى يقرأ " آلم " تنزيل السجدة ، و " تبارك الذي بيده الملك "
رواه الترمذي


Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur sebelum ia membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk). Riwayat At-Tarmizi

فلذلكَ كان عثمانُ رضي الله عنه إذا أتى القبورَ بكى حتى يبُلَّ لحيتَه بالدموعِ فقيلَ له في ذلك، فقالَ هذا البيتَ وذكر أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "القبرُ أولُ منزلةٍ من منازلِ الآخرةِ فمن نجا منهُ كان أنجى مما بعدَه ومن لم ينجُ منهُ كان ما بعدَهُ أشدَّ عليه". فمن نجا في قبرِهِ من النكدِ والعذابِ كان ناجِيا في الآخرةِ من العذاب. فالعاقلُ الذي بلغَه هذا الحديثُ لا يتهاونُ بهذا الفضلِ العظيم.

Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu. Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

عن عبد الله بن مسعود قال : من قرأ تبارك الذي بيده الملك كل ليلة منعه الله بها من عذاب القبر ، وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم نسميها المانعة ، وإنها في كتاب الله سورة من قرأ بها في كل ليلة فقد أكثر وأطاب

Dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah mencegahnya daripada azab kubur."

Wallahu'alam.


Download

[+] Read More

Thursday, May 3, 2007

Filem Ayat-Ayat Cinta

Baru dapat novelnya, tapi rupa-rupanya filemnya dalam proses pembikinan.


Filem Ayat-Ayat Cinta diadaptasi dari novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Mengisahkan tentang kehidupan seorang mahasiswa Indonesia bernama Fahri bin Abdullah Shiddiq yang sedang menjalani pendidikan di Universiti Al-Azhar Mesir.

Fahri merupakan peribadi yang sangat menjunjung tinggi nilai-nilai keimanan. Nilai itulah yang dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Hal itu terus diterapkan Fahri hingga berkeluarga. Saat itulah, keimanan Fahri diuji.

Fahri bertemu dengan seorang mahasiswi Jerman bernama Aisha, yang diam-diam mengkagumi peribadi Fahri sebagai seorang yang ramah dan memiliki wawasan keislaman yang luas. Selain Aisha, seorang gadis Kristian Koptik, Maria Boutros, juga menaruh hati pada Fahri dan kisah cinta di antara mereka semakin rumit ketika dua watak lainnya, yaitu Nurul dan Noura Bahadur, juga mengalami perasaan yang sama. - info dari republika

Filem yang membuat pengambaran di Mesir. Sebahagian besar dialog akan menggunakan bahasa Arab. Camnelah nanti hasil garapan di layar perak sebab pengarahnya tidak berniat untuk menjadikan filem itu sebagai filem agama seperti novelnya. Walaupun katanya tetap menginginkan agar filem itu tidak berbeza jauh dari asalnya. Aku mengharapkan juga kalau ada yang berminat nak membuat filem Maria. Aku rasa memiliki tema2 yang kuat. Dari mempersembahkan filem yang bertemakan cinta tanpa sandaran agama.

Oleh kerana filem lambat lagik nak keluar. Layan dulu novel, tapi sekarang bukan waktunya sebab...

Tengah hari ini, kota Cairo seakan membara. Matahari berpijar di tengah petala langit. Seumpama lidah api yang menjulur dan menjilat-jilat bumi. Tanah dan pasir menguapkan bau neraka. Hembusan angin sahara disertai debu yang bergulung-gulung menambah panas udara semakin tinggi dari detik ke detik. Penduduknya, banyak yang berlindung dalam flat yang ada dalam apartemen-apartemen berbentuk kubus dengan pintu, jendela dan tirai tertutup rapat. - ayat2 awal dari novel.

Kaca jendela mengembun. Musim dingin sedang menuju puncaknya. O, apakah di surga sana ada musim dingin? Ataukah malah musim semi selamanya? Ataukah musim-musim di sana tidak seperti musim yang ada di dunia? - petikan dari novel, ayat last2.

[+] Read More