-->

Tuesday, April 24, 2007

Muslim Dan Yoga

Perlukah bagi seorang muslim melakukan senaman yoga? Apakah tidak cukup bagi mereka dengan solat-solat yang dianjurkan oleh Islam?

Bagaimana seorang profesor fizik di Amerika Syarikat pula mengkaji kelebihan solat berjemaah dan bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Fakta ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah, maka dengan bersujud otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. Bagaimana sujud membantu melegakan sistem pernafasan, membetulkan kedudukan buah pinggang, membetulkan pundi peranakan yang jatuh, melegakan sakit hernia dan beberapa jenis penyakit yang lain.

Pendapat saintis barat tentang kaitan otak dan urat saraf tulang belakang. Rahsia pergerakan otot-otot dan sendi-sendi dan kesannya terhadap organ manusia. Semuanya terbukti dan terjawab apabila seorang muslim itu sentiasa melakukan solat. Kalau Hatha Yoga dilakukan lima kali sehari. Kenapa tidak orang muslim itu melakukan solat mereka?

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ . الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ . وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ . وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ .
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, 2. Iaitu mereka yang khusyuk Dalam sembahyangnya; 3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia; 4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); 5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. - ٍsurah Al-Mukminun

Fatwa MUIS

Apakah hukum 'yoga'? Adakah hukum mempraktikkan 'yoga' untuk kepentingan kesihatan itu harus?

Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan”.

Fatwa Dar-Ifta

السؤال
اطلعنا على الطلب المقيد برقم 3320 لسنة 2005م المتضمن السؤال عن حكم ممارسة بعض الحركات الرياضية التي تشبه " اليوجا " من غير أن يخطر بباله ارتباطها بنسك الهندوك ولا يريد بذلك تعبدا ولا تشبها

الجواب

إن محض الحركات الرياضية المفيدة للجسم أو لبعض أعضائه لا حرج فيها ولا حرمة ، ولكن هذا لا يسمى يوجا ؛ فإن تلك المنسوبة إلى هذا الاسم لا بد فيها من إضافة مفهوم الجورو ( المرشد ) ومفهوم الشكرات ( مراكز التركيز ) ومفهوم الإنرجي ( الطاقة العليا ) ، وكلها مفاهيم تتعلق بالوثنية والشرك ، أما محض الحركات فلا تسمى بذلك ، وإصرار أحدهم على تسمية محض الحركات باليوجا غير جائز شرعا ، وهو من باب تسمية الأشياء بغير اسمها ؛ ليحصل التحليل أو التحريم ، وقد نُهِينا عن ذلك ؛ قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : « لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا » رواه أبو داود وابن ماجه عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه ، وفي رواية الدارمي عن عائشة رضي الله عنها : « يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا فَيَسْتَحِلُّونَهَا »

Muslim Dan Yoga
oleh zul_mz

"Dewasa ini kedengaran di banyak tempat dimana YOGA telah dijadikan sebagai satu budaya baru dan ada diamalkan oleh mereka yang berugama Islam.

Di sini saya ingin menyorot kembali terhadap gejala yang membimbangkan ini kerana terlalu ramai umat Islam yang telah menerima "bulat-bulat" sesuatu ilmu tanpa dikaji latarbelakangnya terlebih dahulu yang mengakibatkan berlakunya fasad dan mungkar yang tidak disedari.

Sejarahnya Yoga

MENGIKUT faktor sejarah, Yoga berasal daripada perkataan Sanskrit `yuga' yang bermaksud bercantum atau bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan.

Pergerakan serta gaya fizikal dalam amalan Yoga adalah rentetan dan bentuk budaya serta falsafah masyarakat Hindu.

Bukti itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu di Lembah Indus sekitar 3,000 tahun sebelum masihi menunjukkan bentuk gaya Yoga dan inilah bukti awal arkeologi, bagaimana Yoga berasal.

Bagaimanapun, ada pula versi yang menyatakan, ia bermula sejak 8,000 tahun lampau serta dipercayai dijumpai dalam buku sastera Hindu.

Gaya Yoga daripada batu berkenaan, menyerupai Lord Shiva (Tuhan masyarakat Hindu) dan Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai gaya atau Aasanaas serta kaedah pengamalan meditasi.

Tradisional Yoga berasal dari India beberapa ribu tahun lalu yang ditemui oleh pendeta agung (Rishis) dan cendikiawan (Maharishis).

Yoga juga pernah disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas. Malah Upanishads, termasuk dalam sistem pembelajaran Yoga.

Kemudian amalan ini berkembang apabila pengamal-pengamal yoga mendapati ia satu cara untuk menghilang ketangangan (stress) terutama uoleh masyarakat bandar.

Ada yoga yang telah disaring sementara banyak pula yoga yang diambil bulat-bulat tanpa sebarang penyaringan sehingga pengamal-pengamalnya boleh terjerumus ke lembah kesesatan.

HUKUMNYA

Setakat ini belum lagi fatwa tegas yang menyatakan SEMUA YOGA adalah sesat dan haram tetapi fatwa-fatwa berikut boleh dijadikan asas panduan:

Asasnya : Setiap sesuatu jenis "sukan" adalah halal asalkan ianya tidak mengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi unsur peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan dengan keugamaan dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga berfatwa hampir serupa.

"Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan”.

Sila rujuk laman web muis.

Ramai pula yang berhujjah bahawa YOGA ini menurut mereka hanyalah satu latihan pernafasan dan untuk menghubungi "minda separa sedar" di dalam usaha meleraikan ketegangan dan penyembuhan sebarang penyakit.

Namun apabila diteliti, kebanyakan YOGA ini dipandu oleh orang yang bukan Islam. Disinilah syaitan boleh mengambil kesempatan untuk menyusup masuk bagi menyesatkan aqidah orang Islam yang nantinya tanpa bekalan Ilmu Tauhid yang mencukupi maka digelincirkan maksud "penyatuan" itu adalah penyatuan dengan Tuhan.

Saya akui memang wujud disiplin ilmu di dalam bidang Psikologi yang mengkaji aspek minda dimana dari sudut saintifik minda kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu minda kiri (yang mengawal hal-hal metematika, deduksi, pengiraan dan seumpamanya) dan minda kanan (yang mengawal aspek seni, kreativiti, estetika dan seumpanya).

Dan saya sendiri ada terlibat secara lansung menyaring beberapa ilmu Yoga supaya segala unsur kesesatan dan penyelewengan aqidah dapat dibersihkan kerana memang ada unsur kebaikan di dalamnya cuma yang tidak baik turut juga wujud dan jika tidak berhati-hati ia boleh menjahanamkan aqifdah umat Islam.

Aspek MINDA PERKASA atau SUPERMIND (subconcious mind) yang wujud di dalam disiplin ilmu psikologi memang telah diajar lama di dalam Al-Quran.

Pengaturan pernafasan memang satu keperluan untuk membebaskan ketegangan saraf serta membekalkan oksigen ke dalam jantung manusia supaya aliran darah dapat berjalan lancar dan yang demikian minda dapat berfungsi dengan sempurna dan seimbang.

Dan Islam sendiri juga mengakui malah didalam keadaan tertentu ada menekan aspek pengaturan pernafasan seperti yang diajar di dalam ilmu-ilmu tasawuf dan dan ada juga diajar dan diamalkan di dalam beberapa ilmu seni mempertahan diri (persilatan) yang tidak bertentangan dengan Islam.

Solat itu sendiri yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. misalnya dengan menjaga segala aspek seperti bilangan rakaat, tuntutan berjemaah, rukun dan syaratnya sudah mengandungi hikmat yang banyak. Ia adalah merupakan "senaman" fizikal yang bertindak untuk menyeimbangkan cas positif dan negatif di dalam badan kita.

Rasulullah bersabda bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka." Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah)." (Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa'i).

Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud." (Riwayat al-Tabrani).

Semua hadith-hadith menekankan aspek "disiplin" di dalam melakukan pergerakan masa solat.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna dan ini hanya berlaku ketika sujud dgn tujuh angota sujud menyentuh bumi mengikut posisi yg disunnahkan.

Jadi di dalam Islam itu sendiri sudah ada ajaran-ajaran yang meruntun kepada aspek spiritualiti yang jauh lebih baik dan sempurna yang apabila dikaji dari sudut saintifik dan psikologi sekalipun terbukti sahih ianya mempunyai pelbagai hikmah untuk manusia seluruhnya.

Justeru itu jelaslah kepada kita betapa perlunya umat Islam mendapat pendedahan ilmu ugama yang secukupnya terutama Ilmu Tauhid dan Ibadah di dalam menolak segala unsur yang boleh menggelincirkan aqidah umat Islam lewat fenomena YOGA yang berbeluasa di negara kita ini apatah lagi YOGA yang dipimpin oleh mereka yang tidak Islam yang mana ilmu yoga itu tidak disaring sehingga segala sampah aqidah dibawa bersamanya.

Wallahu 'alam.

No comments: