-->

Wednesday, June 21, 2006

Umpan Jinak Di Air Tenang

Kalau hendak menangkap ayam. Takyah penat-penat nak kejar. Atau berhari-hari menunggu jerat mengena. Cukuplah bawakan segenggam umpan yang hina. Campakkan dihadapan mereka. Ayam pasti datang memagut umpan. Silap-silap, ada yang makan umpan ditangan. Ketika seekor ayam ditangkap untuk disembelih. Ayam yang lain buat selambe, akan terus makan. Lantaklah kalau ada member dia kena tangkap. Paling best pun, pura-pura lari, pastu datang balik makan umpan. Kan pepatah melayu ada kata.. rezeki jangan ditolak.

Tapi teori ni untuk jenis ayam kampung sahaja. Ayam ternak, atau yang kat kedai tu baik tak payah. Memang tak lari punya. Sebab lepas menetas jer dah kena suap. So aku pun malas nak citer pasal species manusia yang jenis macam tu.

Bila kecoh pasal ramai sangat yang murtad. Kelihatan rakyat nampak macam marah-marah. Maka bagilah umpan... yang kafir yang masuk Islam lebih ramai dari yang murtad. Rakyat pun makan. Dalam masa yang sama. Sibuk pulak nak kongsi raya. Memang umpan dah mengena. Jangan pelik kalau pasni ada istilah "kongsi agama". Istilah "agama semuanya sama" banyak kali gak kedengaran.

Bila kecoh pasal arak dan judi. Kenapa perlu di negara itu. Sedangkan majoriti rakyatnya beragama Islam. Maka kata pemimpinnya... kita kan berbagai bangsa. Berbilang agama. Maka rakyat pun tak kata apa. Telan gak umpan yang ada. Padahal hukumnya telah terang dan nyata. Arak kan ibu maksiat. Ulama' yang duduk kat sebelah pemimpin pun buat-buat tak nampak jer. Dah kenyang.

Bila rakyat negara itu marah-marah pasal minyak naik. Maka pemimpinnya akan kata.. minyak negara lain lagi mahal. Minyak kita dah nak abis. Rakyat pun makan umpan camtu. Mungkin rakyat negara tu lupa yang negara dia yang jual minyak. Padahal ada negara yang takde sumber minyak. Harga tetap stabil.

Bila negara tu nak tambah pusat-pusat hiburan. Rakyat negara itu pun tidak puashati. Nanti gejala moral akan meningkat.. Maka sedap jer pemimpin negara tu kata... tempat-tempat tu menyediakan peluang pekerjaan untuk korang jugak. Bedal jugak umpan jenis tu. Kan senang nak buat maksiat kalau ada di kawasan berhampiran kita.

Tapi bila umpan dah takleh pakai. Terpaksa jugak pakai taktik kejar dan tangkap. Mana-mana ayam yang mengancam atau cuba menghasut ayam lain jangan termakan umpan. Jenis itu merbahaya. Harus disembelih awal-awal. Ni ayam extreme dan terrorist.

No comments: